Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Mengenali Permata Golongan Sufi - al-Imam al-'Arif Billah Sari As-Saqati(QaddasAllahu Sirrahu)

Posted by Unknown - -

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين



الإمام و العارف بالله سيدي السري السقطي
قدس الله سره 



Sejarah Hidupnya:

Beliau adalah wali yang amat dikenali pada zamannya, pakar pembersih hati golongan 'arifin, Imam as-Sari as-Saqati merupakan seorang ulama' sufi yang agung, yang kisahnya sentiasa disebut-sebut hingga zaman sekarang. Nama sebenar adalah, Abu al-Hasan Sari ibn Mughlas as-Saqati(semoga Allah menyucikan rohnya), yang merupakan bapa saudara kepada Imam al-Ma'ruf Junaid al-Baghdadi(semoga Allah menyucikan rohnya). Beliau lahir di Baghdad dan wafat di sana pada tahun 253 Hijrah. Pada hayat beliau, amat dikenali sebagai orang yang amat zuhud, dan dilabelkan sebagai ketua orang-orang yang wara' pada zamannya, Penghidup Sunnah serta Ilmu Tauhid.

Beliau merupakan murid kepada Imam al-Arif Billah Ma'ruf al-Karkhiy(semoga Allah menyucikan rohnya), seorang wali Allah yang mahsyur dan melahirkan ramai manusia yang berhati suci hasil didikannya.

Walaupun sejarah hidupnya tidak diriwayatkan secara terperinci, akan tetapi kata-kata hikmah beliau tersebar luas melalui anak muridnya, iaitu Imam Junaid al-Baghdadi(semoga Allah menyucikan roh mereka berdua).




Perkataan Beliau:

11)      Imam Junaid al-Baghdadi pernah mendengar beliau berkata(semoga Allah menyucikan roh mereka berdua), "Hendaklah kamu mengetahui jalan terpilih serta teringkas untuk ke Syurga". Aku(Imam Junaid al-Baghdadi) bertanya, "Apakah itu?". Maka jawab beliau;

لا تسأل من أحد شيئا، ولا تأخذ من أحد شيئا ولا يكن معك شيء تعطي منه أحدا

Maksudnya: “Janganlah kamu meminta dari seseorang akan sesuatu, dan jangan kamu mengambil dari seseorang akan sesuatu, dan jangan ada bersama kamu walau sesuatu, dan berikan apa sahaja yang ada di sisi kamu”.


22)      Pernah satu hari aku(Imam Junaid –semoga Allah menyucikan rohnya-) masuk ke dalam bilik Imam Sari as-Saqati(semoga Allah menyucikan rohnya) dan melihat bahawa beliau sedang menangis. Lalu aku pun bertanya kepada ayah saudaraku itu, “Kenapakah kamu menangis?”. Jawab beliau, “Semalam, ada seorang budak perempuan datang kepadaku dan berkata, “Wahai ayah, malam ini adalah malam yang panas dan aku akan menggantungkan bekas air disini”. Setelah itu aku pun menjadi amat mengantuk lalu tertidur dan aku bermimpi datang seorang hamba perempuan yang amat indah yang turun daripada langit. Aku pun bertanya, “Siapakah yang memiliki kamu?”. Jawab hamba tersebut, “Aku adalah milik orang yang tidak meminum air sejuk di dalam bekas(merujuk kepada bekas budak perempuan tadi), lalu hamba tersebut mengambil bekas itu lalu memecahkannya”. Imam Junaid(semoga Allah menyucikan rohnya) berkata, “Aku terlihat kesan-kesan bekas yang pecah itu, tetapi beliau tetap sahaja membiarkannya disitu ataupun menyentuhnya sehinggakan kesan itu diselaputi oleh debu”.


33)      Berkata ‘Ali ibn al-Hussein ibn Harb, “Aku telah diutuskan oleh ayahku kepada as-Sari membawa ubat batuk”. Maka beliau berkata kepadaku, “Berapakah harganya?”. Aku pun menjawab, “Aku tidak diberitahu oleh ayahku akan harganya”. Maka beliau pun berkata, “Sampaikan dariku salam kepadanya dan katakan “Kami telah mengajarkan manusia sejak 50 tahun dahulu agar mereka tidak mencari makan melalui agama mereka, tetapi sekarang kami melihat bahawa kita semua mencari makan melalui agama kita”.


44)      Beliau pernah berkata;
احذر أن تكون ثناءًا منشورا وعيبا مستورا
Maksudnya: “Berhati-hatilah kamu apabila mendapat pujian yang tinggi, tetapi ke’aiban kamu tertutup”.


55)      Perkataan beliau mengenai Tawakkal;
التوكل الانخلاع عن الحول والقوة
Maksudnya: “Tawakkal adalah membuang rasa kekuatan dan keupayaan”.


66)      Beliau berkata;
أربع خصال ترفع العبد: العلم والأدب والعفة والأمانة
Maksudnya: “Empat perkara yang akan mengangkat seseorang hamba; Ilmu, Adab, melawan hawa nafsu, dan juga amanah”.


77)      Seseorang pernah datang dan bertanya kepada beliau akan kelebihan orang yang sentiasa berlapar dengan orang yang sentiasa kenyang, maka jawab beliau;
إن الجوع أورثهم الحكم، وإن الشبع أورثهم الغم
Maksudnya: “Sesungguhnya dengan kelaparan itu akan mewariskan mereka hikmah, sebaliknya dengan kekenyangan itu akan mewariskan kesedihan”.


88)      Beliau berkata;
اجعل فقرك إلى الله تستغني به عمن سواه
Maksudnya: “Jadikanlah diri kamu faqir dihadapan Allah, maka kamu akan menjadi kaya dan tidak bergantung kepada selainNya”.


99)      Beliau berkata, sebaik-baik perkara ada lima iaitu;
-          Menangis kerana dosa.
-          Memperelokkan ke’aiban diri.
-          Taat kepada Allah.
-          Mengeluarkan nafsu yang meliputi hati.
-          Dan kamu tidak menjadikan nafsu itu sebagai tungangan kamu.


110)  Pernah beliau berpesan kepada anak saudaranya dan juga muridnya iaitu Imam Junaid al-Baghdadi(semoga Allah menyucikan roh mereka berdua);
أشتهي ان أموت ببلد غير بغداد .فقيل لمَ؟ فقال أخاف أن لا يقبلني قبري‏ فأفتضح
Maksudnya: “Aku teringin sekali mati di tempat selain Baghdad”. Lalu, Imam Junaid pun bertanya, “Kenapa?”. Maka jawab beliau, “Aku amat takut bahawa tanah di Baghdad ini tidak akan menerima ku lalu mengeluarkan ku daripada kuburku”.



Sekian terjemah al-Imam al-‘Arif Billah, Permata bagi golongan Sufi, Sidi as-Sari as-Saqati qaddasAllahu sirrahu.

Diterjemahkan dengan bantuan Allah s.w.t.;
alfaqir ila Rabbihi al-Latif,
Tengku Ahmad Saufie.