Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Nukilan - Berbaloikah Dengan Segala Keseronokan Kita Itu?

Posted by Unknown - -

Hidup ini mempunyai tamat tempohnya, semua tahu akan hakikat ini baik mereka yang beriman, mahupun kufur..Tetapi, adakah hidup ini sekadar satu kehidupan, kemudian akan disertai dengan kematian begitu sahaja?
Bagi mereka yang beriman, apa yang mereka akan isi dalam kehidupan mereka yang sementara ini?..Apakah dengan keseronokan?..Apakah dengan kebaikan yang bermanfaat?..Atau mereka hanya menjalani kehidupan seperti yang mereka inginkan walaupun mereka tahu, kehidupan itu bukan sekadar kehidupan, dan kematian itu adalah satu peringkat kehidupan yang semua manusia akan tempuhi.



Kita semua tahu, kematian bila-bila masa akan menjelma..tetapi, tidak cukupkah itu sebagai satu peringatan untuk kita dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini dengan sebaik mungkin?
Bayangkan, dengan umur kita yang singkat, adakah berpadanan dengan segala keseronokan yang kita lakukan tanpa mengira batas di atas muka bumi ini? Sedangkan apabila kita memasuki di dalam alam Barzakh, kita tiada lagi peluang untuk kembali ke atas muka bumi..
Berpadanankah dengan segala keseronokan kita itu? Apabila kita di alam barzakh, kediaman kita hanyalah tanah, kemungkinan juga tanah pun tidak sabar untuk menyeksa jasad kita, apatah lagi apabila datangnya dua malaikat yang tidak sabar untuk menyoal dan menyeksa kita kerana banyaknya dosa kita..
Berpadanankah dengan segala keseronokan kita itu? Apabila dengan segala keseronokan kita itu, kita terseksa dan menyesal di alam Barzakh, dan penyesalan itulah sebesar-besar keseksaan kita nanti..
Berpadanankah dengan segala keseronokan kita itu? Apabila kita mengharapkan rahmat Allah s.w.t. sedangkan kita telah menyia-nyiakan masa yang amat singkat yang telah diberikan kepada kita, tetapi apabila memasuki rumah tanah kita itu, kita baru mendapat tahu bahawa kemurkaan Allah itu amatlah agung dan ditutup pintu rahmat untuk kita.. Apa lagi yang dapat kita lakukan apabila segalanya telah terlambat..



Berpadanankah dengan segala keseronokan kita itu? Kita telah diberi masa yang cukup untuk kembalikan hati kita kepadaNya, tetapi kita hanya menangguhnya kerana merasakan tidak puas melakukan keseronokan itu.. Tiba-tiba apabila kita membuka mata, kita melihat manusia-manusia lain, kawan-kawan kita yang bersama-sama melakukan keseronokan itu, ibu bapa dan keluarga kita, melihat mereka menangis di sisi kita.. Ada antara mereka membacakan Yaasin, ingin kita menggerakkan tubuh kita, tetapi kita melihat tubuh itu hanya kaku serta keras, sedarlah kita telah kembali ke alam Barzakh.. Tetapi apa yang kita dapat lakukan waktu itu? Kita merayu, kita menangis, kita cuba menegur kesemua manusia agar menolong kita, tetapi jeritan kita tiada lagi didengari.. Apa lagi yang dapat kita lakukan? Tidakkah kita takut apabila sampai saat ini?
Fikirlah wahai diri serta sahabat, cukuplah keseronokan itu diganti dengan persediaan..cukuplah keseronokan itu diganti dengan satu hubungan dengan Allah..cukuplah keseronokan itu diganti dengan sifat kehambaan..
Apabila datang waktu itu, tiada lagi waktu bonus, dan tiada lagi waktu tambahan..Apabila datang waktu itu, kesemuanya terhenti dan hanya penyesalan..
Allahua'lam..

One Response so far.

  1. syukran atas perkongsian dan sekaligus menjd peringatan buat dr yg lemah ini..

    kesronokan di dunia melalaikan kita dari mengingati mati,akhirat dan Allah S.W.T..
    setiap masa dan setiap saat malaikat catit amalan kite..sgguh rendahnya kite pd pndgn ilahi,,


    muhasabah dr..
    "duduk bersama org2 yg mencintai para alim ulama, berkongsi mutiara kata dgn nya,jg merupakan anugerah di atas anugerah ihsan Allah kpd hambaNya..