Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Yip~yip~Hoorey! Insyaallah ^_^

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -



Dengan nama yang Maha Agung, Allah S.W.T., yang telah mengaturkan kehidupan kita dengan penuh kebaikan dan hikmah tanpa syak, selawat dan salam keatas junjungan kekasih umat Islam, pembimbing, penunjuk jalan hidayah, semulia-mulia makhluk ciptaanNya, iaitu Nabi Muhammad pemilik akhlak yang agung. Amma ba'd~

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan blog ana yang pertama didaftar dan dapat sentiasa dikemaskini walaupun tidak sekerapmana dan tidaklah mempunyai isi kandungan yang menarik untuk dikongsi sepertimana bloggers yang lain, tergerak pula badan dan hati yang kerdik ini untuk buka satu lagi cawangan dalam blogger ini. Walaupun ana asyik terfikir "eh, knp aku bkk lg ea blog lain? kang nnt sume tersadai n terabai ditgh2 laut tuh!". Tapi ana tetap berazam, agar blog yang satu ini agar kebaikan yang diperolehi dapat dikongsi dengan para penyelam alam maya. Agar mereka yang suka menyelam, tidak hanya melihat ikan jerung, ikan paus, ikan duyung(erk~), tapi juga tidak lupa untuk melihat ikan bilis, ikan nemo dan macam2 lg~. Supaya sambil-sambil menyelam, dapat juga memperolehi manfaat yang berguna walaupun hanya sebutir pasir pantai seperti nama blog yang telah ana namakan ini~


~Cahaya Penyuluh~

Inilah nama blog yang terilham dihati ana sebelum mendaftarnya. Tujuan ana membuka blog ini tidaklah sama dengan blog sebelum ini. Mungkin disini ana dapat kongsikan suatu yang tidak dapat ana tunaikan pada blog sebelum ini. Di blog sebelum ini, walaupun berunsur ilmu, tapi lebih kepada umum, isi semasa dan berunsurkan lebih kepada tasawuf. Kali ini insyaallah pada blog yang kedua ini ana akan tumpukan lebih kepada ilmu Islam, iaitu Ilmu Tauhid, Tasawuf, dan Fiqh, berpandukan kitab-kitab yang dimiliki ana untuk manfaat bersama. Sesuai dengan nama blog ini, Cahaya Penyuluh.

Kenapa Cahaya Penyuluh?
Kerana tujuan ana buka blog kedua ini adalah kerana ingin sama-sama berkongsi ilmu di alam siber ini.

"Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, apabila ilmu yang dipelajari masuk kedalam hati, hati itu akan disinari cahaya yang akan menjadi penyuluh hidup seseorang Muslim dalam menjalani kehidupan didunia dan diakhirat~"



Moga Allah memaafkan segala ke'aiban ku dan seluruh muslimin. Ya Allah~ Pimpinlah kehidupanku, keluargaku, sahabat-sahabat seagama denganku agar kami dapat menjalankan tugas kami sebagai hambaMu yang amat hina, kerana tiadalah maqam yang dipandangMu melainkan maqam "hamba" dan Engkau sebagai Tuhan. Ya Allah, Keluarkanlah kami dari kegelapan "wahm", muliakanlah kami dengan cahaya ilmu, kurniakanlah kami hafalan para RasulMu, dan ilham dari malaikat yang sentiasa dekat kepadaMu, Ya Tuhanku, kurniakanlah kami ilmu, dengan rahmatMu wahai Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Kurniakanlah kami ilham kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan diri kami, tutuplah pintu kegelapan kami, kurniakanlah kami ilmu, muliakanlah kami dengan taqwa, dan kurniakanlah kami kesihatan, dengan rahmatMu Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, kurniakan kami pembukaan para 'arifin, kurniakan kami fahaman para NabiMu, dengan rahmatMu, dan mengharap kepadaMu, dan ingatkanlah kami akan apa yang telah kami lupakan, dengan rahmatMu Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan salam keatas junjungan kekasih kami, Nabi Muhammad S.A.W. walhamdulillahi-rabbil-'alamin~