Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Apa itu Tasawwuf?

Posted by Unknown - -

Apa itu Tasawwuf?


Tasawwuf adalah satu cabang ilmu Islam yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ini kerana ilmu Tasawwuf menyempurnakan Tauhid dan Syari’at yang dijalankan agar kita dapat menjalani kehidupan dalam kehambahan kepada Allah dengan makna yang sebenar.

Ilmu Tauhid menekankan manusia agar mengenal Allah dan dapat menjaga daripada perkara yang membatalkan aqidah, manakala ilmu Syari’at pula menekankan kehambahan seseorang kepada Allah dengan mematuhi segala perintah Allah.

Akan tetapi, ilmu Tasawwuf pula adalah ilmu yang menekankan rohani dan akhlak seseorang agar menjadi manusia yang setiap saatnya mengingati Allah, berakhlak mulia apabila berinteraksi dengan makhluk yang lain kerana Allah, hati mereka pula sibuk dengan Allah dan dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah, kehidupan mereka tenang kerana tidak mementingkan keduniaan sebaliknya hanya ingin mencapai cinta, redha dan qabul daripada Allah s.w.t. Mereka itulah para ahli Sufi dan wali Allah yang mempunyai maqam Ihsan, iaitu “beribadah seolah-olah mereka melihat Allah, walaupun tidak dapat melihatNya, mereka tahu mereka dilihat Allah”. Seperti sabda Rasulullah s.a.w.:

"أن تعبد الله كأنك تراه. فإن لم تكن تراه، فإنه يراك"
Maksudnya:
“…Engkau beribadah seolah-olah melihatNya, sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, nescaya Dia melihatmu”.
(Riwayat Imam Muslim)

Berkata imam Junaid R.H. : “Tasawwuf ialah menggunakan semua akhlak yang tinggi lagi terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi keji”.

Berkata juga Imam Syazuli R.H. : “Tasawwuf adalah melatih diri dengan ‘ubudiyyah dan mengembalikannya kepada hukum rububiyyah”.

Imam Jalaluddin as-Suyuti R.H. : “Adapun ilmu berkenaan hati serta mengetahui penyakit-penyakitnya seumpama ‘ujub, takabbur, dan selainnya, berkata Imam Ghazali : “Bahawasanya ia adalah fardu ‘ain!””.

Allahua'lam bis Sowab~