Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Keganasan Fahaman Pelampau Bukan Sebahagian Daripada Islam

Posted by Unknown - -


Ulama kecam serangan bom di Russia


2010/04/02


UMAROV dilihat pada   laman web ketika mengaku bertanggungjawab  atas serangan bunuh diri di Moscow.

UMAROV dilihat pada laman web ketika mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri di Moscow.

Cendekiawan sifatkan penyerang lakukan jenayah pengganas

DUBAI: Seramai 12 ulama mengutuk serangan bunuh diri di Russia dan Dagestan, sebagai ‘jenayah pengganas’ yang melanggar undang-undang agama sendiri.

Serangan itu berlaku di stesen kereta api bawah tanah Metro menyebabkan 50 orang maut dan 100 lagi cedera.“Islam mengutamakan kehidupan dan pengikutnya tidak sekali-kali boleh menggunakan alasan marah untuk membunuh,” kata mereka di sini.


Pemimpin pejuang Chechen, Doku Umarov, berkata dalam video www.kavkazventer.com, dia mengarahkan serangan dilakukan kerana membalas dendam dasar Vladimir Putin di Caucasus.Video itu disiarkan selepas 12 terbunuh dalam serangan kedua, awal semalam.

“Prinsip dan etika Islam melarang sepenuhnya perbuatan jahat itu,” kata Setiausaha Agung Persatuan Seruan Islam Sedunia, Muhammed Ahmed Sharif.
Sementara itu, di PARIS, sekumpulan ulama menolak tafsiran pelampau melakukan pembunuhan kerana bercanggah dengan dunia global yang menghormati fahaman dan hak awam.

Satu persidangan di Mardin, tenggara Turki, mengisytiharkan bahawa fatwa ulama kurun ke-14 Ibnu Tamiyya memisahkan ‘rumah Islam’ dan ‘rumah orang tidak percaya kepada tuhan’ tidak lagi dipraktikkan.




Osama bin Laden memetik fatwa Tamiyya berulang kali dalam gesaannya supaya umat Islam menggulingkan kerajaan Arab Saudi dan melancarkan jihad menentang Amerika Syarikat.

Merujuk kepada dokumen itu, ulama persidangan itu mengisytiharkan: “Sesiapa yang menggunakan fatwa ini untuk membunuh umat Islam dan bukan Islam tersilap dalam tafsirannya. Ia bukan kepada seseorang individu Islam atau sekumpulan Islam untuk mengumumkan dan mengisytiharkan perang atau terbabit dalam jihad perjuangan atas nama sendiri,” kata pengisytiharan itu yang dikeluarkan dalam bahasa Arab dan kemudian diterjemahkan ke bahasa Inggeris, kelmarin.

Deklarasi itu adalah cubaan terbaru oleh sekumpulan ulama menyangkal dakwaan pelampau. Mac lalu, sekumpulan ulama Pakistan mengeluarkan fatwa 600 muka surat menentang keganasan.

Persidangan Mardin itu mengumpulkan 15 ulama terkenal dari negara termasuk Arab Saudi, Turki, India, Senegal, Kuwait, Iran, Maghribi dan Indonesia.

Antara yang hadir ialah Mufti Besar Bosnia, Mustafa Ceric, Sheik Abdullah bin Bayyah dari Mauritius dan Sheik Habib Ali al-Jifri dari Yaman. - Reuters