Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Sirr yang ku cari

Posted by Unknown - -

Wahai ibu bagi sekelian mu’minin,
Siti A’isyah namamu yang dipuji,
Ayahmu Abu Bakar si pembela Nabi,
Ketinggian akhlakmu amat diakui,
Oleh insan yang sentiasa mengasihi.

Dikau adalah wanita beruntung,
Dari kecil dirimu dibelai Nabi,
Oleh sebaik-baik makhluk disisi yang Maha Agung,
Kecintaan terhadap Nabi tidak dapat ditandingi,
Dan kecintaan Nabi kepadamu tiada siapa pertikai.

Bila ku mendengar kisahmu,
Diriku tersenyum dan terasa sesuatu,
Amat beruntung bagi dirimu,
Dapat bahagia disisinya selalu.

Kata Nabiku yang tidak pernah menipu,
Mereka yang bersentuh kulit denganku tidak disentuh neraka,
Betapa ramai sahabat masing-masing mencuba,
Tapi dirimu A’isyah lebih selalu.



Tinggi cintamu kepada sebaik-baik lelaki,
Yang menjadi contoh terbaik bagi jejaka yang menyedari,
Alangkah ruginya sesiapa yang tidak menyedari,
Lebih-lebih lagi sesiapa yang menjauhi.

Sesungguhnya diriku menyemburui dirimu,
Kisah cinta agung sepanjang zaman hingga kini,
Lalu ku tertanya-tanya dalam hatiku,
Dapatkah ku dicintai seperti ini,
Oleh seseorang yang mencontohimu?



6.03PM/Rabu
Selepas hujan di asrama,
Madrasah al-Hidayah