Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Siapa Aku?

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Bismillahir-Rahmanir-Rahim, Segala puji bagi Allah yang telah mencipta segala ciptaan dengan penuh rasa kecintaanNya, ALLAH, satu nama yang cukup agung, yang menggetarkan hati setiap mu'min yang mendengar akan nama yang begitu indah sekali. Selawat dan salam keatas junjungan besar kekasihNya,yang menjadi sebaik-baik makhluk yang diciptakanNya, iaitu, kekasih kita, penghulu kita, pengsyafaat kita di akhirat kelak, pemimpin kita, itatu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, dan juga kepada ahlul bait Baginda, para sahabat r.a, dan juga kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Assalamualaikum buat sahabat-sahabatku yang dicintai~

Salam perkenalan dariku kepada penziarah-penziarah blogku, dengan perasaan penuh kecintaan terhadap sahabat-sahabat sekalian. Tergerak hati ana untuk meluangkan masa untuk memperkenalkan siapa diriku, walaupun hanya di alam siber yang penuh dengan "duri-duri",moga-moga Allah menjaga diri kita dari segala perkara yang melalaikan kita untuk mengingati Allah.

Adalah diri ini yang jauh merantau. Mencari ilmu dan kelemahan diri. Tercari-cari akan keredhaanNya, yang memiliki seluruh alam. Sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah, yang tenggelam didalam khayalan sementara~


Ana pun xpernah terfikir untuk mempunyai sebuah blog sendiri, untuk dijadikan salah satu cara untuk berdakwah untuk menyeru diri kepada Allah, menghitung diri, sama-sama menyedarkan diri bahawa kita dijadikan oleh Allah untuk menjadi hamba kepadanya, bukan hamba kepada hawa nafsu, yang mana manusia sekarang majoriti menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan mereka.

"Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.: ( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #27)

Syukron jazillan buat sahabat-sahabat yang banyak membantu ana dalam menyiapkan blog ana yang tak seberapa ni, moga-moga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan dari sifat pemurahNya.^_^

Siapakah ana?..
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)." ( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #79)
Ana seorang rijal yang digelarkan sebagai Mus'ab, gelaran ini diberikan kepada ana oleh kekasih ana, Sheikhuna Sidi Yusuf al-Bakhour al-Hasani, seorang ulama' sufi yang dilahirkan di Lubnan, tempat lahirnya ramai ulama' Sufi yang sentiasa beruzlah di pergunungan Lubnan yang indah bagaikan "Syurga Dunia". Pertama sekali ana berjumpa dengan beliau di Madrasah tempat ana mengenali ilmu agama, Madrasah al-Hidayah(http://www.madrasah-hidayah.blogspot.com/) dan muncul di hati ana perasaan mahabbah yang teramat sangat terhadap beliau, alhamdulillah^_^.

Kenapa digelari Mus'ab?..
Tentu sudah mafhum bagi kita akan nama "Mus'ab". Nama yang terpuji ini adalah nama seorang sahabat Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, yakni Mus'ab ibn Umayr, seorang jejaka Makkah yang amat tampan, yang berasal dari keluarga hartawan di tanah Makkah. Beliau hidup dalam keadaan mewah, amat mewah sehingga pakaian beliau dibuatkan dari kain yang amat bermutu,sentiasa bersalin pakaian dua kali dalam satu hari, dan ketika makan, beliau dan keluarga beliau dapat merasai makanan yang pelbagai jenis dan enak-enak. Inilah kehidupan beliau ketika sebelum sampainya risalah Baginda kepada beliau. Akan tetapi selepas beliau memeluk Islam, beliau dipinggirkan oleh keluarganya kerana agama yang suci ini, dan pernah ibu beliau mengurung dan menyeksa beliau supaya murtad dan kembali kepada agama asal. Allah memelihara beliau, beliau adalah sahabat yang amat dipercayai oleh Rasulullah, seringkali Rasulullah menangis melihat keadaan beliau yang "dhaif" kerana ingin kembali kepada fitrah yakni, Islam.
Beliau wafat didalam peperangan Uhud, peperangan yang mengorbankan banyak nyawa sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah. Ketika Rasulullah melihat jenazah pemuda kesayangan Rasulullah ini, Rasulullah menangis dengan teresak-esak kerana terharu akan keadaan beliau, yang syahid dalam keadaan pakaian yang tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya,bila ditutup bahagian kaki, maka bahagian kepada pula tidak cukup, begitulah. Suatu keadaan yang berbeza dengan keadaan sebelum keIslaman beliau.
Beliau adalah contoh kepada para remaja yang sanggup meninggalkan keniqmatan dunia hanya kerana ingin mengejar akhirat.

Bermadah....bermadah....bermadah...inilah yang ana paling minati, bermadah untuk memupuk rasa cinta kepada Baginda,Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam,dan juga kepada Allah.
Ramai dari kalangan umat Baginda telah lupa akan Baginda sendiri, kerana hati mereka telah banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu,syaitan,dan dunia yang melekakan. Sedangkan Rasulullah berjuang dengan seluruh jiwa raganya, dengan perasaan mahabbah yang tidak ternilai terhadap umatnya, agar terselamat daripada fitnah dunia yang makin mengganas.

Ummati..Ummati...Ummati,
itulah kalam mu yang sentiasa diingati,
mahabbahmu terlampau tinggi,
hingga kerisauanmu jelas di akhirat nanti.

Adakah mereka lupa,
akan tangisan Baginda setiap masa,
mengenangkan nasib umatnya,
hingga bercucuran air mata sang mulia.

Ayuhlah wahai saudaraku,
kembalilah kepada seruannya selalu,
agar nanti tiada yang merasa terkedu,
melihat akhirat tempat balasan Tuhanmu!

One Response so far.

  1. Adawiyah says:

    Ya afwan. Haha. Nasib baik anta ucap terima kasih kat kitorang yang bantu anta buat blog ni. Kui3. Tapi memang interesting dari mana anta mendapat gelaran anta tu.