Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Pengenalan Ringkas - Syaikhuna Sidi Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani

Posted by Unknown - -




Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.


Syaikh Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.

Antara guru-guru beliau adalah:-

Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi
Kiyai Maemun Zuber
Al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
Al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
Al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
Al-Marhum Kiyai Syadzeli
Al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
Syaikh Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi
Syaikh Umar Hasyim
Al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
Al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim
Syaikh Ibrahim Al-Khuli
Dr Saad Jawis
Al-Marhum Syaikh Jad al Haq
Syaikh ‘Abdullah
Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir)
Dan ramai lagi ulama’.



Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Darul Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Sering berulang alik dari Mesir - Asia Tenggara untuk memberi tarbiyah dan pengajian khususnya di bidang tasawwuf kepada Ahbab al-Hasani di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Selain dari mengajar, berdakwah, beliau juga aktif di dalam penulisan. Beliau telah menulis beberapa buah buku di dalam siri pengenalan ilmu tasawuf.