Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Aku seorang "salik" yang tersungkur.

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Aku tersungkur,
didalam perjalanan menuju kepadaMu,
sungguh aku hambaMu yang lemah,
yang sentiasa tertipu dengan godaan nafsu.

Aku resah,
Aku bimbang,
Aku takut cintaMu akan pergi dari hatiku,
lalu binasa aku tiada kembali.

Wahai nafsuku,
kenapa kau sentiasa memusuhi azamku,
perjuanganku dan keinginanku,
lalu aku terhenti di tengah perjalananku.

Akulah insan yang rugi,
yang sentiasa leka dan selesa dengan tipuan,
akulah insan yang tidak mengenal,
akan Tuhanku yang maha Mengasihani.



Aku terseksa,
hatiku merana,
imanku lemah,
terkapai-kapai aku ditengah lautan,

Wahai diri yang leka,
sedarlah kau bakal kelemasan,
lihatlah dan pohonlah,
dari Dia yang Maha Memberi.

Disana ada kapal yang bisa menyelamatkanmu,
membawa dan menyelamatkanmu,
dari keganasan laut yang melemaskanmu,
Ya Tuhan,

Aku tidak ingin terus kelemasan,
ditelan hawa nafsu yang menyeksaku,
kurniakan aku kekuatan,
kurniakan aku kesabaran.

Wahai Tuhan yang memilikiku,
yang memiliki sifat kelembutan terhadap hamba,
sungguh aku adalah hambaMu,
sedarkanlah aku dari tidur yang lena.



Air mataku basah mengalir,
sungguh menyesal akan kelalaian,
tiadaku pohon dariMu,
melainkan diterima akan taubah.

Dan, Dijauhi dari azab seksa,
yang tidak dapat aku tanggung,
sungguh Kau Maha memiliki keampunan,
Ampunkan aku, ampunkan aku.

Sucikan hatiku,
dari segala keaiban nafsu kejahatan,
kurniakanku cayaha kelembutan,
memimpinku ke jalan kebenaran.



Aku pohon kepadaMu wahai Penolongku,
dengan rahmat dan kasih sayangMu,
terhadap Nabi Muhammad pembawa rahmatMu,
tiada lagi yang menjadi sebaik-baik pembantu.


3.10am
26 September 2009
~Qadista'antuka Rabbi,
'Ala mudawati Qalbi~
~_~

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    asslmu'alaikum..

    emm..best sajak nie..
    touching lak...
    huhu

    create bnyak2 lg ek..
    hehe