Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Salam 'Eidulfitri diucapkan kepada semua pengunjung~ ^_^

Posted by Unknown - -



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan bulan Syawal sebagai bulanNya, yang mana kita menyambutnya sebagai hari lebaran, selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Moga segala amal ibadat kita dibulan tersebut diterimaNya, dan menjadi sebagai madrasah tarbiah untuk kekal dan terus mengamalkan ibadat yang telah dilakukan bertungkus lumus di bulan tersebut pada bulan yang akan mendatang. Selawat dan salam kepada setinggi-tinggi dan semulia-mulia makhluk, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, dimana Baginda adalah makhluk yang paling dicintai dan disayangi Allah, moga-moga kita menjadi umatnya, yang mana ketika diPadang Mahsyar, disaat matahari panas terik membakar dan menyeksa segala manusia disana, disaat manusia ada yang berenang-renang didalam keringat sendiri, dan pelbagai keadaan yang menyeksakan lagi, kita tergolong didalam golongan yang dapat merasai dan meminum air dari telaga Baginda iaitu telaga al-Khautsar.
Dan juga salam kepada ahli bait Baginda yang mulia, yang mana mereka adalah contoh tauladan yang amat baik bagi umat Baginda sendiri, dan juga kepada para sahabat Baginda ridwanullahi 'ajma'in yang bertungkus lumus memperjuangkan dan mempertahankan Islam hingga Islam terpelihara sehingga sekarang.


Ucapanku untuk saudaraku sekalian~
Moga-moga kita semua menyambut hari kemenangan('Eidulfitri) ini dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah, dan mensyukuri segala apa yang diberikan oleh Allah.
Maaf diucapkan kepada antum sekalian, sekiranya terdapat silap dan kata didalam artikel-artikel yang telah dipostkan disini, samada terkasar bahasa ataupun tidak senang dengan gaya bahasa yang ana gunakan.