Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Perempuan Ibarat....~

Posted by Unknown - -


Inginku berkongsi kepada sahabat-sahabatku sekalian akan pesanan dari Sheikhuna Sidi Yusuf al-Bakhour al-Hasani berkenaan wanita, moga ianya menjadi penyedar kepada diri kita dan menjadikan kita lebih berhati-hati berhadapan fitnah dunia.







Suatu hari ana bersama-sama dengan sheikhuna, Sidi Yusuf al-Hasani, sambil-sambil mengurut beliau yang sedang kepenatan lagi keletihan. Terbayang-bayang di fikiran ana, akan perjuangan sheikhuna ketika muda dahulu dalam menuntut ilmu. Begitu kuat bertungkus lumus dalam keazaman beliau dalam mengejar warisan Rasulullah.


~Sesungguhnya Rasulullah tidak meninggalkan harta untuk diwarisi, akan tetapi ditinggalkan ilmu agar dapat menyuluh kehidupan~


Sheikhuna walaupun keadaan beliau sering lemah-lemah kerana usia, dicampur pula dengan kegiatan seharian beliau yang amat aktif, sanggup untuk menghabiskan masa memberi ilmu dan pelbagai nasihat kepada para ahbab beliau setiap petang.

Selepas itu, Sheikhuna mula berkata kepadaku:-
"Wanita ini fitnahnya amat besar terhadap lelaki~". Ramai lelaki terjatuh dibawah 'bisa' para wanita, kerana wanita ini ibarat ular yang boleh bertukar-tukar warna kulitnya. Pandai menyamar, pandai berkata-kata, pandai menarik perhatian, pandai melemahkan kejantanan lelaki dan sebagainya."

Kata beliau lagi:-
Syaitan ini ada dua:
1) Syaitan yang sentiasa membisikkan was-was.
2) Syaitan yang bekerjasama dengan nafsu.
Dan hampir semua wanita adalah syaitan yang merosakkan lelaki. Bila saja wanita mengatakan tertarik dengan si jejaka itu, terus jejaka itu akan rebah akan sihir kalam wanita. Bila sahaja wanita mengatakan "i love you", terus dunia lelaki akan berubah. Wanita datang kepadamu dengan kata-kata, tidak dengan cara lain, cuma kata-kata dan dengan kata-kata itulah yang banyak membinasakan lelaki~

Lalu sheikhuna bertanya kepadaku akan soalan yang tidak dapat ku jawab,
"kalau 10 lelaki, berbaris, kemudian datang 1 orang wanita yang cantik lalu mengatakan "i love you", berapa orang lelaki yang akan termakan dengan kata-katanya itu?
ana tergamam, kerana kalam wanita itu amat berbisa. Hatiku berbisik, mungkin kesemuanya akan termakan dengan kata-kata wanita itu.
Sheikhuna cuma membiarkan soalan ini bermain-main difikiranku.
Tapi pesanan sheikhuna itu sudah cukup untuk memberitahu akan diri dan nafsuku bahawa wanita amat bahaya.

Kata sheikhuna,"Biar kamu dikelilingi wanita, tapi jangan hatimu sedikitpun tertarik dengan mereka".

Ya Allah, benarlah akan sabda kekasihMu yang agung, Nabi Muhammad s.a.w. walaupun Baginda tidak menyaksikan zaman ini, akan tetapi zaman ini telah pun dirasai oleh Baginda.


"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih besar selepas kewafatanku, melainkan fitnah wanita."


Sodaqta ya Rasulullah, wanita sememangnya merbahaya kepada lelaki. Betapa ramai lelaki yang berjalan menuju Allah, rebah kerana 1 orang wanita.

Moga Allah memelihara hatiku dan hati saudara sekalian daripada fitnah wanita.

Kata Sheikhuna lagi,"Wanita datang kepada lelaki dengan kata-kata, tetapi nyamuk datang kepadamu dengan menghisap darah~"

Moga kita sentiasa mengingati firman Allah:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَو¡7;َمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَ‌ٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ﴿١٤

(14) Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).



Allahua'lam bis sowab~

----------------------------------------------------------------------------
*Moga sekiranya ada kebaikan dari nasihat sheikhuna ini, ana meminta kepada antum supaya menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan du'a kepada sheikhuna Yusuf al-Hasani, agar beliau sentiasa sihat dan cergas untuk memikul tanggungjawab memimpin para ahbab dan masyarakat kepada Allah~


2 Responses so far.

  1. Assalamu'alaikum ya akh..

    Terima Kasih atas peringatan ini.
    Semoga bercambah-cambah kebaikan darinya. InsyaAllah.

  2. Bismillah..
    salamu'alaykum,
    benar,ta dinafikn fitnah wanita d akhr zmn ini..
    trlalu byk..
    sbgi wanita,trlalu besar tnggjwb mnjaga diri sbaiknya sprti
    yg trmaktub dlm surah An-Nur,

    "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
    ayat 31..

    sesungguhnya wanita itu adalah aurat..
    dan apabila seorg wanita mula melangkah keluar, syaitan akn menjadikan ia indah pd pndgn lelaki ajnabi yg melihatnya..

    Astaghfirulla..
    smg ana bkn dlm klgn wanita yg mmbawa fitnah trhdp kaum ajnabi d luar sna..

    syukran ats artikel yg mnarik dn brmanfaat~