Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Tariqat? jawapan kepada soalan saudara "khilaf"

Posted by Unknown - -


Tariqat Sufiyyah? Apa itu?





Bismillahi wassolatu wassalam 'ala rasulillahi wa ahlihi ila yaumil qiamah~

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah yang telah menetapkan segala kehidupan kita dengan penuh kebaikan dan hikmah. Segala puji ke penghulu kita yang memimpin seluruh manusia agar kembali kepada Allah dan meninggalkan cahaya kegelapan yang menyesatkan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara "khilaf" yang sudi bertanya berkenaan tariqat.

Tariqat ialah berasal dari perkataan arab yang bermaksud jalan ataupun street(didalam bahasa english).
Apabila perkataan tariqat ini disandarkan kepada suatu golongan yang dikenali dengan golongan tasawuf@sufi@apa sahaja nama yang dinamakan kepada golongan ini, ini bermakna suatu madrasah tarbiah rohaniyyah. Iaitu suatu sistem tarbiah yang tersusun, mempunyai pemimpinnya(sheikh mursyid), penuntutnya(para salikin), mempunyai manhaj yang tersusun dalam mentarbiah, dan mengamalkan himpunan zikir dan qasidah.
Tariqat bukanlah seperti mazhab-mazhab fiqh.
Semua tariqat yang benar, mempunyai 4 asas manhaj tarbiah, iaitu:-
1)Suhbah
2)Zikir
3)Ilmu
4)Muzakarah

Dan tariqat yang benar juga tidak akan meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah yang mana dua sumber ini adalah sumber rujukan utama didalam semua ilmu Islam.

Telah berkata sheikhuna Rohimuddin al-bentani:-
"Satu tareqat merujuk kepada seorang mursyid, dengan bilangan anak murid yang ramai, dengan manhaj tarbiah yang tertentu, seperti himpunan zikir-zikir dan sebagainya. Ini dikenali dengan tasawuf amali" (rujuk buku Tasawuf Amali).

Tariqat adalah jalan yang paling pantas untuk rohani menuju kepada Allah.
kata sheikhuna Yusuf al-Hasani:-
"Tariqat ibarat kapal terbang, yang mana orang yang menaikinya sedikit, dan mahal, tetapi cepat sampai kepada destinasi yang dituju".

Tariqat juga bukanlah menjadikan seseorang itu bebas dari syari'ah, kata sheikhuna Rohimuddin al-Bentani:-
"Kami adalah golongan yang bertasawuf, dan bersyari'ah. Tiada tasawuf bagi siapa yang tidak bersyariah".

Dan hampir semua ulama' mengambil tarbiah dari golongan sufi dan menjadi sebahagian dari mereka atau kekal bersuhbah dibawah tarbiah mereka.
Antaranya ialah sheikhuna Yusuf al-Hasani,Sheikh Hassan al-Banna(pengasas Jemaah Ikhwanul Muslimin), Sheikh 'Ali Juma'ah(mufti Mesir), sheikhuna Rohimuddin al-Bentani, para Masyayikh Universiti Azhar, Allahyarham Sidi Muhammad 'Alawi al-maliki, dan sebagainya.

Dan kata sheikhuna Yusuf al-Hasani:-
"Musibah bagi golongan sufi, ialah mereka yang jahil tentang ilmu".

Ini kerana ilmu amat penting bagi sesiapa sahaja. Dan lebih-lebih lagi kepada para salikin, kerana untuk memilih sheikhnya, perlulah mengetahui kebenaran sheikhnya terhadap syari'ah dan aqidah yang disepakati(ASWJ). Kerana ramai salik lupa akan perkara ini. Mereka memilih sheikh yang mempunyai pelbagai "ilmu pelik" yang mana dikagumi mereka.

Dan kata sesetengah ulama':-
"Adalah penting bagi orang yang ingin memasuki tarbiah tasawuf, memiliki asas aqidah dan syari'ah yang kuat supaya dapat membezakan antara sheikh yang benar, dan sheikh yang sesat"

Bagi mereka yang menjalani jalan ini, mereka dilatih agar sentiasa berzikir, diatuntut agar mujahadah, dan pelbagai lagi tarbiah agar dapat mendidik mereka menuju kepada Allah. Mereka dididik agar sentiasa mengingati Allah, zuhud kepada dunia, dan mengawal nafsu mereka dari keburukan.

Kata sheikhuna Rohimuddin al-Bentani:-
"Kita dididik hanya kepada Allah dan itu sahaja, lepas kita sampai kepadaNya, terpulang kepada kita mahu menjadi petani, sheikh, guru, atau apa sahaja".

Kami hanya inginkan Allah,
dalam seharian hidup kami,
kerana didalam hidup ini,
melupakan kami akan perjanjian Allah.

Kami dididik dengan akhlak,
dan melazimi zikir penuh kelazatan,
kami dididik agar beradab,
agar seharian menghadap Tuhan~

Allahua'lam.

*untuk rujukan lebih lanjut, sila layari www.jalansufi.com
Jangan jadikan internet sebagai sheikh anda~ ^_^

2 Responses so far.

  1. smile =) says:

    salam..
    nk tya psal tareqat ni..
    klu ade tareqat ni bila mereka berzikir sampai x sedar diri,melompat-lompat dn sebagainya..
    adakah ianya dibolehkan?
    syukrn '-'

  2. Unknown says:

    wassalam..

    Adapun apabila mereka berzikir, dan kemudiannya tidak sedarkan diri krn merasa lazat menyebut nama Allah yang tidak terkira ketika itu, adalah dimaafkan kerana bukannya mereka buat secara sengaja..
    bahkan zikir secara berdiri dgn sengaja pun seperti dilakukan kebanyakkan tariqat di Syria pun ada didalam Hadith Baginda yang tercatat dalam banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang dalil Zikir.

    Allahua'lam bis Sowab