Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Jariku kerehatan dalam kesibukan(dan kemalasan) ~.~

Posted by Unknown - -



Assalamualaikum~Alhamdulillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah..
fuh~hampir 1bulan jari-kemariku menjauhi keyboard utk mengupdate blog, Alhamdulillah dapat juga memaksa jari yang malas dan asyik nak berehat ini untuk kembali ke alam blog~asif..hehe ^_^
banyak yang berlaku, dan program yang ana ikuti sepanjang ke"away"an ana, termasuklah program-program di merata negeri bersama guru yang mulia, Sheikhuna Sidi Yusuf al-Bakhor al-Hasani.

Dan termasuklah jadual penerbangan ana yang sepatutnya pada bulan ini, yang terpaksa ditangguhkan lagi kepada tahun hadapan~setelah mengambil kira nasihat Sheikhuna berkenaan pengajian ana di Lubnan nanti, kerana kuliah disana telahpun bermula 4bulan yang lalu, Sheikhuna menasihatkan supaya ana pergi kesana bulan tujuh tahun 2010 kerana kuliah baru akan bermula September 2010~
jadi, sepanjang keberadaan ana ditanah air ini, insyaallah akan diisi dengan pengajian bahasa Arab supaya disana nanti tidak terkapai2 didalam kuliah, di negara yang hanya beberapa orang sahaja sebangsa.

ingin ana kongsikan jadual perjalanan Sheikhuna Sidi Yusuf al-Bakhour al-Hasani yang sempat ana ikuti bersama:-

11.12.2009
Petang~Ana tiba di Nilai, Markaz Darul Hasani(perumahan di belakang INTI Kolej).
Malam~Program Ziarah anak buah Sheikhuna di Jelebu.
12.12.2009
Petang~Seminar Sufi di IKIM, penerangan Tasawuf yang sebenar oleh Sheikhuna dan Soal Jawab bersama Sheikhuna di Radio IKIM.
Malam~Majlis Tazkirah dan Zikr di Markaz Ba'alawi.
13.12.2009=Ana pulang ke terengganu.
14.12.2009~Sheikhuna menziarahi Madrasah al-Hidayah(pondok belajarku). Disinilah ana berjumpa pertama kali Sheikhuna yang datang pada bulan 6 2008.
18.12.2009=Ana ke Shah Alam.
19.12.2009~
Petang~Menuju Nilai,N9 bersama sahabat, kemudiannya ke Port Dickson untuk mengikuti Malam~Program Mukhayyam Tarbawi@Ruhiy bersama Sheikhuna dan Ahbab Darul Hasani.
20.12.2009~Selesai Program.
Petang~Sheikhuna ke Melaka  untuk majlis Ta'lim jemputan Ketua Menteri Melaka. Dan ana bersama Ahbab Darul Hasani pulang ke Nilai.
Malam~Ana pulang ke Terengganu.

Jadual akan datang:-
29.12.2009~Ana terbang ke K.L dan tinggal di Setiawangsa.
31.12.2009
Pagi~Ke Nilai, Markaz Darul Hasani berjumpa dengan Sheikhuna.
Malam~Ke Kuala Lumpur International Airport, Sheikhuna akan pulang ke Lubnan meninggalkan Malaysia ~_~.

*Sheikhuna ketika berada di Markaz Ba'alawi


Allahua'lam bis Sowab~


*Sesiapa yang ingin melihat pictures yang diambil sepanjang ana mengikuti Sheikhuna, layarilah www.myspace.com/simusafirilahi