Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Lebanon~ ^_^

Posted by Unknown - -

Assalamualaikum~




Bismillahi wassolatu wassalam 'ala habibina wa qudwatina Rasulillah wa alihi wa ashabih ila yaumil qiamah~
Alhamdulillah, 8hb ni insyaallah ana akan diterbangkan ke Lubnan menggunakan flight Kuwait pada jam 3pagi waktu malaysia. ^_^ kemudiannya akan transit di Kuwait selama lebih kurang 8jam sebelum bertolak ke Lubnan yang akan memakan masa hanya 1jam lebih. Dijangkakan ana sampai disana didalam pukul 5.40 petang waktu tempatan~
walaupun disana tak ada melayu(mungkin jumlahnye hanya beberapa kerat saje), tapi disinilah tempat yang elok bagi sesiapa yang ingin menguasai percakapan dan bahasa Arab dengan cepat, kerana apa-apa yang kita ingin lakukan, terpaksalah menggunakan bahasa Arab~hohoho. kalau pandai BI@peranchis boleh la sebagai bahasa pilihan kedua untuk berkomunikasi ^_^

Antara negara yang tercantik didunia, dengan permandangannya yang indah, separa eropah, rakyatnya yang peramah, diuji dengan peperangan dan ujian keagamaan~kerana telah lama dijajah Perancis, dan berdekatan dengan eropah menyebabkan rakyatnya di baratkan dan agama kengkadang dipinggirkan.

Moga-moga disana ana dapat membulat tekadkan untuk belajar menguasai bahasa arab dengan lebih mendalam, dan sambil-sambil itu mendalami pelbagai ilmu agama yang luasnya tidak terkira~^_^

doakan ana ya antum semua...

Serba sedikit tentang Lebanon:-
layarilah en.wikipedia.org/wiki/Lebanon
^_^

allahua'lam~