Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Hikmah 16

Posted by Unknown - -

~Sekiranya tiada matahari yang bersinar lagi memanaskan, nescaya bulan yang begitu indah tidak kelihatan dan malam menjadi suram~


Keterangan:
Allah menciptakan sesuatu penuh dengan hikmah yang mana kesemuanya mengandungi 1001 kebaikan. Sepertimana juga matahari, walaupun sinar mentarinya panas, menjadikan seseorang tidak selesa dengan kehadirannya, tetapi, kerana adanya matahari, kita dapat melihat alam ini dengan jelas. Seorang bayi juga mendapat manfaat dengan kehadiran matahari apabila dijemurkan dibawah sinar matahari pagi-pagi hari. Begitu juga dalam kegelapan malam, kerana kehadiran mataharilah yang menjadi sumber cahaya kepada bulan untuk menemani manusia pada malam hari dengan cahayanya yang begitu indah sekali.
Begitulah dunia, Allah yang menciptakan makhluknya yang buruk dan yang baik. Dengan adanya manusia yang buruk akhlaknya, maka dapat dirasai nikmat akhlak yang baik. Walaupun bagi pandangan manusia, manusia yang berakhlak buruk ini teruk, tetapi haqiqatnya mereka juga menjalani ketetapan Allah, dan mereka juga makhluk Allah yang Allah tetapkan mereka dalam keadaan yang berbeza dengan mereka yang dalam "JAMAL" Allah. Tetaplah beradab dengan mereka, disamping membawa syari'at yang murni, sepertimana yang telah diajarkan oleh para masyayikh Sufi yang dirahmati Allah.
Allahua'lam~