Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Si Sufi Memang Pelik 2

Posted by Unknown - -

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~



Bismillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulullah..


Segala puji dan puja kepada Tuhan yang menjadikan alam ini dengan penuh hikmah dan mengandungi segala macam kebaikan, iaitu Allah s.w.t. Yang Maha Agung lagi Berkuasa, dan selawat serta salam keatas junjungan mulia Baginda, Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi sebaik-baik makhluk di sisiNya, yang menjadi cahaya dalam hati para kekasih yang menyintainya, dan juga keatas keluarga Baginda s.a.w. yang suci serta keatas para sahabat r.a. yang menjadi golongan manusia yang terbaik.


Inginku berkongsi satu kisah berkenaan akhlak para sufi kepada mereka yang dari sudut mata kita sebagai pelaku maksiat, yang mana kisah ini mengandungi 1001 hikmah dan ianya dialami sendiri oleh Sheikhuna Sidi Yusuf ibn Muhyildeen al-Bakhour al-Hasani ketika bersahabat dengan Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa r.h ketika bersama-sama dengan Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi r.h. yang merupakan mursyid kepada mereka berdua.



Diriwayatkan oleh Sheikhuna Sidi Rahimuddin an-Nawawi al-Bentani:
Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani adalah antara murid kepada Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa, yang ketika itu menjadi ulama' yang tersohor dan juga mursyidul mursyid di Syria. Beliau juga adalah wali Allah yang dikenali dan juga merupakan mursyid dalam tariqat Syazuliyyah yang telah diasaskan oleh Imam Syazuli r.h. yang terkenal di Mesir.


Pada suatu hari, Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa r.h. bersama-sama Sheikhuna Sa'aduddin Murrad r.h. membawa Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani r.h. untuk berjumpa dengan Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi r.h.(guru kepada Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa). Setelah selesai menyampaikan tausiah dan berjalan keluar dari masjid yang menjadi markaz tariqat Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi, di suatu tempat bernama Halb, Syria, tiba-tiba, datang seorang pemabuk tegar yang masih memegang botol arak yang masih berisi, dan dalam keadaan mulutnya yang berbau, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan ingin berbuat jahat keatas Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi..

Ketika itu, Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa dan Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani, keluar dari masjid bersama Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi. Selepas lelaki tersebut berjaya ditenangkan, mereka berjalan meninggalkan lelaki tersebut. Tetapi, Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani meluru kearah si pemabuk itu dan hampir menumbuk orang itu kerana melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Sheikh kepada Sheikhnya itu, lebih-lebih orang itu seorang yang pemabuk dan pelaku maksiat.


Akan tetapi, Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi r.h., sempat melarang Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dari bertindak demikian, yakni hampir menumbuk si pemabuk tadi. Alangkah terkejutnya Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani, apabila melihat secara tiba-tiba sheikhnya pergi kearah si pemabuk yang telah mencerca sahabat beliau tadi, kemudiannya memeluk serta berkata, "Aku bertawassul kepadamu wahai pemuda, berdoalah untukku".


Tindak-tanduk sheikhnya itu amat mengejutkan Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani, yang kemudiannya mengambil iktibar dari peristiwa itu berdasarkan panduan yang dipimpin oleh Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa r.h. Selepas dari peristiwa itu, pemuda yang menimbulkan peristiwa "haru-biru" tersebut, pemuda itu meninggalkan amalannya yang buruk itu, dan sentiasa mengikuti pengajian Sheikhuna Sidi Muhammad al-Hasyimi r.h., dan Sheikhuna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa r.h., kemudiaanya mengikuti Sheikhuna Sidi Sa'aduddin Murrad, dan akhirnya di tangan Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani serta kembali menjadi hamba kepada Tuhannya Rabbul 'Izzati~


Begitulah akhlak yang diadaptasi, serta muncul dari jiwa seseorang yang bersih, walaupun apabila berhadapan dengan seseorang yang bermasalah dalam Syari'at, dan sentiasa melakukan maksiat. Mereka(orang-orang Sufi) berdakwah kepada seluruh manusia, dengan jalan yang penuh hikmah, serta memimpin manusia kepada Allah tanpa memandang hina kepada manusia lain yang tidak mengambil jalan mereka(tariqat) dan juga manfaat dari mereka, hatta kepada pelaku maksiat, mereka tetap memandang si pelaku maksiat tersebut sebagai hamba dan makhluk kepada Tuhan 'Azza wa jalla. Mereka wali Allah, permata yang bersinar dalam dunia..duduk bersama mereka, memperingatkan diri kita akan akhirat dan Allah..duduk bersuhbah bersama mereka, hati gembira merasai kemanisan qudwah dan amat rugilah, orang-orang yang meninggalkan jalan(tariqat) yang telah mereka warisi dari Penghulu Segala Makhluk, Sayyidina wa Habibina Muhammad s.a.w.~

"Para Sufi sememangnya pelik, kerana hidup mereka penuh berakhlak kepada Allah, semuanya kerana Allah, setiap nafas hanya pada mengingati Allah"


ALLAH...ALLAH...ALLAH...

One Response so far.