Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Luluh berkecai hati~Kewafatan Waliyullah Habib 'Ali ibn Ja'far al-'Idrus Batu Pahat

Posted by Unknown - -

innalillahi wainnalillahi raajiun~

Pada petang khamis, 13/5/2010, Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang lagi ulama' dan waliyullah, iaitu al-'Arifbillah Habib 'Ali ibn Ja'far al-'idrus, yang berasal dari Batu Pahat Johor.

Kematian beliau genap 40 hari setelah kewafatan seorang ulama' besar dunia, yang diakui sebagai Wali Qutub oleh para ulama' seluruh dunia, iaitu al-'Arifbillah Habib 'Abdul Qadir as-Saggaf.

Ana mendapat berita ini ketika dalam perjalanan menuju ke Majlis Maulidur Rasul dan Haul Habib 'Abdul Qadir as-Saggaf di Masjid Taman Tun Abdul Rahman(Taman TAR) anjuran Sheikhuna Sidi Fu'ad al-Maliki. Alangkah terkejutnya dengan berita kematian beliau r.h., sebelum sempat ana menziarahi beliau dan mengambil manfaat darinya. Terasa sedih, ditambah pula kewafatan beliau tidak lama setelah kewafatan Habib 'Abdul Qadir as-Saggaf.

Amat beruntunglah kepada mereka yang sempat bertemu dengan kekasih-kekasih Allah, kerana antara yang dapat memberi syafaat ketika hari Akhirat, selain dari Baginda s.a.w. adalah para Ulama' dan Auliya as-Solihin.



Marilah kita sama-sama membacakan surah al-Fatihah dan diniatkan sebagai hadiah kepada Allahyarham, dan juga memperbanyakkan amal-amal lain untuk dihadiahkan pahala kepada beliau r.h.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam Haji Wida':
ثم قال "أما بعد. ألا أيها الناس! فإنما أنا بشر يوشك أن يأتي رسول ربي فأجيب. وأنا تارك فيكم ثقلين: أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله. واستمسكوا به" فحث على كتاب الله ورغب فيه. ثم قال "وأهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي".
Maksudnya:
“Kemudian Beliau s.a.w bersabda “Ketahuilah wahai manusia sesungguhnya aku hanya seorang manusia. Aku merasa bahawa utusan Tuhanku (malaikat maut) akan segera datang dan Aku memenuhi panggilan itu. Dan Aku tinggalkan padamu dua pusaka. Yang pertama Kitab Allah (Al-Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya,maka berpegang teguhlah dengan Kitab Allah”. Kemudian Beliau s.a.w. melanjutkan, “dan Ahlul Bait-ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-ku”

dan Sabda Rasulullah s.a.w. lagi,
"...Sesungguhnya para ulama' itu adalah pewaris para Nabi..."

dan Sabda Rasulullah s.a.w. lagi,
"Sesungguhnya! Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya daripada mati seorang 'alim"

~Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas beliau, dan ditempatkan dalam kalangan para kekasih r.a. dan kekasihNya iaitu Sayyidina Muhammad s.a.w.~

Ameen~