Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Titah Sultan Johor akan menolak fahaman syaz di Malaysia - Utusan 2/7/2010

Posted by Unknown - -





Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada acara perasmiaan pembukaan penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor, semalam.
Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (dua dari kiri) dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (kanan belakang). - BERNAMA





NUSAJAYA 1 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru umat Islam memperkukuhkan akidah dan amalan hidup berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Sultan Ibrahim menegaskan, ini kerana pegangan berkenaan sumber kekuatan bagi umat Islam berhadapan apa juga suasana dan cabaran.

"Kita perlu peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan perselisihan antara ummah di negeri Johor ini.

"Seperti fahaman tidak mengamalkan doa qunut, talkin, wirid dan berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yasin pada malam Jumaat, ternyata mampu menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika perasmian pembukaan penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Sultan Ibrahim berkata, usaha memperkukuh dan menjelaskan tentang fahaman yang boleh menjejaskan perpaduan ummah dari segi akidah, ibadah dan akhlak perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak berkuasa terutama polis, Bahagian Keselamatan Negara, pejabat daerah, Imigresen dan agensi penguat kuasa supaya membendung penularan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah," tegasnya.


*Negeri Utara menegakkan wahabi,
merasakan merekalah Ahli sunnah wal jamaah yang sejati,
kalau benar mereka ASWJ sebenar yang murni,
apakah bisa ASWJ diubah menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah yang seperti mereka dakwai?

Negeri Selatan pula terus memperkukuhkan Kaum Tua,
Sultannya pula jelas telah berkata,
tidak ada lain cuma Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja,
yang menolak Qunut, Talkin, Wirid, yakni WAHABI, ditolak sebulat suara!*