Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Marhaban Ya Ramadhan~Ahlan Wasahlan

Posted by Unknown - -


Alhamdulillahi wassolatu Wassalam 'Ala Rasulillah~



Bersyukur ke Hadrat Allah s.w.t. yang telah menyampaikan kita kepada bulan yang amat mulia ini, yang menjadi bulan sebaik-baik bulan berbanding bulan-bulan sebelumnya, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak, dimana mereka yang amat menyintai Allah dan Baginda s.a.w. amat berharap dapat hidup sampai bulan yang mulia ini, dan berharap bulan ini wujud sepanjang-panjang bulan tidak ada pengakhiran.
Selawat dan salam keatas junjungan besar yang mulia lagi dimuliakan, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., yang mana nama Baginda tercatat di dalam Syurga Allah, yang amat dikagumi dan dipuji oleh sekelian makhluk di alam nyata mahupun di alam ghaib, dan keatas ahli keluarga Baginda s.a.w. yang suci lagi disucikan, dan juga keatas para sahabat Baginda s.a.w. yang amat mulia dan dimuliakan Baginda s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾


Maksudnya:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Al-Baqarah: 185

Alhamdulillah, kita telah sampai pada bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini..Insyaallah, bersempena bulan ini, ana al-faqir akan mengepostkan beberapa artikel berkaitan bulan Ramadhan, untuk kita bersama-sama menjalani Ramadhan dengan lebih bersemangat dan tahu hukum hakam berkaitannya~..Bi Iznihi~

Akhir kalam, selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada sekalian saudaraku muslim, agar Ramadhan kalian diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t.