Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Mohon Bantuan Sempena Ramadhan al-Mubarak Untuk Penuntut Ilmu

Posted by Unknown - -

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kepada junjungan utusan bagi sekelian alam. Wahai saudara ku yg disygi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera keatas kamu, ambillah peluang dibulan ramadhan yg berkat ini, moga-moga keberkatan ini dianugerahkan kepada kamu sekeluarga dan sahabat harapnya. Ini adalah lanjutan makluman berkenaan dengan projek pembinaan yayasan untuk tarbiah,ta’lim, tahfiz Quran, dan pengukuhan Bahasa Arab di Lubnan. 

               Pembinaan yayasan ini untuk membantu pelajar-pelajar dari Asia Tenggara yang menuntut di Universiti Al Azhar Cawangan Lubnan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran tambahan untuk memudahkan pembelajaran di Universiti Al-Azhar sebagaimana saya dipertangggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar agama di Mesir. Untuk makluman saudara, saya juga telah diamanahkan oleh Mufti Besar Lubnan merangkap Syeikhul Azhar Lubnan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dari Asia Tenggara di Lubnan. Bersama-sama ini saya sertakan beberapa lampiran untuk rujukan saudara berkenaan yayasan waqaf tersebut.

               Bangunan ini akan didirikan di satu kawasan bersebelahan Universiti Al-Azhar Lubnan dan berkeluasan 1000 meter persegi. Menurut perancangan, pembinaan yayasan ini terdiri daripada 3 tingkat bangunan.Di aras pertama menyediakan musolla, dan dewan muhadarah, aras kedua menyediakan perpustakaan dan kelas pembelajaran. Adapun aras ketiga menyediakan 10 bilik tetamu yg kan digunakan oleh keluarga-keluarga pelajar yang datang menziarahi anak-anak mereka di Lubnan, ini kerana kedudukan yayasan wakaf ini yang terletak di kaki bukit dan bersebelahan dengan Universiti Al-Azhar terlalu jauh dari pusat bandar, dan menyukarkan bagi para tetamu untuk memperolehi tempat penginapan, tambahan pula kos penginapan di Lubnan agak mahal. Di yayasan waqaf yang akan didirikan ini juga akan di lengkapkan dengan kemudahan gymnasium, kolam renang ,taman dan kemudahan asas pembelajaran.

               Kos keseluruhan pembinaan ini dianggarkan akan menelan belanja 550,000 USD, tidak termasuk kos tanah kerana tanah telah di waqafkan oleh pemaju, Keuntungan daripada pemaju yang akan membina yayasan yang dianggarkan 100,000 USD juga telah diwaqafkan pemaju sendiri untuk tujuan yg mulia ini. Maka kos sebenar yg diperlukan untuk membina yayasan ini berjumlah 450,000 USD. Dan bagi menandatangani perjanjian bersama pemaju pada 25 ramadhan ini, saya memerlukan 150,000 USD sahaja sebagai deposit. Alhamdulillah, dua orang warga Kuwait telah mewakafkan sebanyak 80,000 USD dan baki wang deposit yg diperlukan segera adalah sebayak 70,000 USD bersamaan RM250,000. Alhamduliiah juga apabila baki kos pembinaan telah berkurangan akhirnya menjadi 300,000 USD yang hanya perlu dibayar secara ansuran selama 5 tahun dengan tanpa faedah.

               Tempoh pembinaan ini mengambil masa satu tahun dan yayasan ini dijangkakan akan diserah kepada lujnah pengurusan yayasan ini yang diketuai oleh saya sendiri pada ramadhan tahun hadapan. Kami mendoakan semoga Allah mmberikan kemudahan dan rezekiNya kpada sudara dan melapangkn dada saudara untuk turut menyumbang di dalam perkara kebajikan seperti ini iaitu waqaf kemudahan bagi penuntut ilmu .

Disini dimaklumkan beberapa kaedah untuk menyumbang pada yayasan ini
1) Waqaf boleh di berikan dalam bentuk pecahan lot.
2) Waqaf dalam bentuk bahagian bangunan contohnya perpustakaan,bilik ataupun dewan kuliah.
Kesemua penama-penama wakaf akan diabadikan pada sudut tertentu di bagunan yayasan ini.

Akhirnya saya mengingatkan diri saya dan saudara sekaliannya, tentang satu hadith . Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sekiranya kamu didatangi seorang penuntut ilmu agama, maka sambutlah mereka dengan mengatakan “ selamat datang wahai wasiat Rasulullah SAW” .

Dan diantara sebaik-baik sedekah adalah bantuan yang dikeluarkan bagi tujuan penyebaran ajaran Rasulullah SAW. Akhir kalam, sebagai diketahui umum, tidak ada yang membantu penuntut ilmu agama selain Allah SWT. Semoga Allah SWT menerima segala usaha kita. Bersama-sama ini saya sertakan no. akaun saya untuk makluman dan tindakan saudara.

HSBC saving acc 0055486097 ( Youssef Rek El Bakhour) waqaf in USD
MAYBANK saving acc 1-64490-158591 ( Youssef Bakhour) waqaf in RM
E-mail : alhassani .11@hotmail
Tel Lebanon : 0096170868378
Home : 009611363414

( Diterjamaah daripada percakapan Sheikh As-Syarif Al Imam Youssef Rek El-Bakhour Al Hasani)


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 0133-9381293 Syed Mohd Hafiz bin Syed Omar Alidrus




Cadangan Bangunan 







Jazakumullahu khairan kathsira~