Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Suatu Perkongsian~Berpeganglah Dengan Majoriti Ulama'

Posted by Unknown - -

http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2010/08/500-muslim-influential.pdf

Bismillahi wassolatu Wassalam 'Ala Rasulillah~

Maka difahami daripada kajian diatas=

90% daripada muslim di dunia adalah terdiri daripada 'Asyairah dan Mathuridiyyah dan bermazhab di dalam Fiqh.

manakala hanya 3% sahaja yang berfahaman pengaku "salafi" atau lebih dikenali wahabi yang mana menolak 'Asya'irah dan Mathuridiyyah serta bermazhab di dalam Fiqh(walaupun menisbahkan diri mereka kepada mazhab Hanbali), dan banyak mentafsir al-Quran dan Hadith dengan tafsiran yang literal dan hampir kepada tajsim.

Bertepatanlah dengan Hadith Baginda s.a.w., "Allah tidak akan menghimpunkan umat ini kedalam kesesatan, maka ikutilah as-sawad al-a'zhom kerana sesiapa yang terasing, maka akan terasing dalam Neraka". (Riwayat al-Hakim)

Yang dimaksudkan oleh as-sawad al-A'zhom secara bahasa adalah, "tompok hitam yang besar".

Dan maksud disisi istilah adalah, "majoriti ulama' yang memimpin majoriti umat Islam".

Maka, berbezalah dengan kefahaman majoriti Ulama' terhadap hadith ini dengan ulama' yang syaz seperti mereka dari golongan salafi/wahabi yang mengatakan bahawa, "tidak semestinya as-sawad al-A'zhom ini menunjukkan kepada majoriti..."(Ibn Qayyim al-Jauziyyah).

Maka, sekiranya difahami serta dibukakan minda, sekiranya ditafsirkan al-Sawad al-A'zhom itu dengan seperti fahaman ibn Qayyim al-Jauziyyah, maka, lagilah bebas golongan sesat yang lain seperti Mu'tazillah, khawarij, Syi'ah, Mujassimah, mendakwa tidak semestinya golongan yang benar itu adalah golongan ramai(dari kalangan ulama' Islam). Dan telah berlawanan dengan maksud hadith itu dari sudut bahasa yang menunjukkan tompok hitam yang besar, untuk menunjukkan satu jumlah yang amat besar lagi terzahir.

"Afala tatafakkaruun"~

Allahua'lam Bis Sowab~