Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Semoga Allah Memakbulkan Amalan Kita Semua~

Posted by Unknown - -

Bismillahir Rahmanir Rahim~
Alhamdulillahi Wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah...





Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan ni'mat iman dan Islam, dan mengurniakan kita qudrat untuk beramal ibadat sepanjang bulan yang penuh rahmat dan maghfirah, Selawat dan salam keatas junjungan mulia Baginda, Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa rahmat ke seluruh 'alam, semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat kasih dan syafa'at daripada Baginda s.a.w. di akhirat kelak, dan juga keatas para ahli keluarga Baginda s.a.w. yang suci lagi dimuliai, juga kepada para sahabat yang tinggi iman dan tabah memperjuangkan Islam bersama Baginda s.a.w.~

Insyaallah~pada tanggal 10/9/2010 bersamaan 1 Syawal 1431 Hijrah, kita semua di Malaysia akan menyambut perayaan 'eidul fitri, setelah satu bulan kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Maka, di kesempatan ini, al-faqir ingin mengucapkan تقبل الله منا و منكم dan "Selamat Menyambut 'Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin", كل عام و أنتم بخير kepada saudara fillah yang menziarahi laman blog yang serba kekurangan ini, dan kepada seluruh umat Islam yang menyambut 'eidul Mubarak ini..





Maka, ayuhlah sama-sama kita menzahirkan kegembiraan menyambut 'Eidul Fitri dengan bertakbir bersama-sama sepanjang malam 'Eidul Fitri ini, kerana ia adalah satu sunnah yang dituntut oleh Baginda s.a.w. Kemudian, diantara sunnah yang dituntut untuk kita lakukan, adalah menunaikan solat 'eidul fitri secara berjemaah di kawasan lapang, ataupun di Masjid, serta mendengar khutbah selepas menunaikan solat sunat 'eidul fitri. Di samping itu, hendaklah kita memakai pakaian yang baru serta berwarna, dan memakai bau-bauan, serta memperbanyakkan zikrullah sebagai menzahirkan kegembiraan kita menyambut hari 'Eidul Fitri yang penuh berkah ini~




Dan, insyaallah~
pada tanggal 18/9/2010, al-faqir akan terbang ke Lebanon untuk menyambung pengajian disana di Universiti al-Azhar cawangan al-Beqa', Lebanon, dibawah Sheikhna Sidi Yusuf ibn Muhyildeen al-Bakhour al-Hasani~
doakan al-faqir agar selamat sampai dan segala ilmu yang dikutip dari sana, diberkati Allah dan dapat dikongsi bersama masyarakat setelah pulang, insyaallah~ ^_^


Permandangan Universiti Azhar dari jauh