Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

adakah tasuaf harus bertarikat......apakah manusia yg tidak bertarikat atau tasauf tidak mengatahui tidak mendapat tempat....sisiallah.

Posted by Unknown - -

naam, tasawwuf berhajat kepada tariqat, kerana tasawwuf itu tujuan, dan tariqat itu adalah madrasah bagi mencapaikan tujuan..bagaimana boleh orang belajar, tetapi tidak memasuki tadika, sekolah, dan universiti..dengan guru mursyid di dalam tariqat, mereka akan membantu kita untuk mencapai kepadaNya, sepertimana para sahabat berhajat kepada guru, iaitu Sayiduna Muhammad s.a.w. untuk sampai kepada Allah~

Ada Persoalan?

4 Responses so far.

  1. bagaimana pula kalau ada di antara kita yang menerima banyak tarikat?maksudnya berbaiah dengan banyak tarikat?boleh ke?apa hukumnya...


    mursyid ana pernah kata,pernah seorang itu bertarikat banyak,sehingga panas tubuh badannya.panas batinnya.

  2. Unknown says:

    sekiranya seseorang itu berbai'ah banyak tariqat, tanpa menentukan mana tariqat yang menjadi pegangannya, atau, hanya sekadar suka-suka baiah sebab orang lain pn baiah, maka sebenarnya dia belum lagi jelas bagaimana perjalanan dalam tasawwuf dan tariqat..

    seseorang itu, hendaklah berbai'ah dengan satu tariqat sahaja sebagai sebagai pegangannya, serta setia dengan guru mursyidnya itu..melainkan dia telah wusul kepada Allah, maka, ada kelonggaran disitu untuk mengambil tarbiah lain dengan isyarat/petunjuk dari Allah.
    ataupun, dia bai'ah tariqat lain, hanya sebagai tabarruk sahaja..
    adapun yang terbaik, adalah setia pada satu tariqat sahaja, melainkan setelah wusul.

    *ana xpernah dengar pula perkara seperti itu, panas badan..adapun sheikhna sidi yusuf al-bakhour sendiri, mempunyai lebih kurang lima tariqat, antaranya syazuliyah darqowiyyah(utama), naqsyabandi dari sheikh sirajuddin al-naqsyabandi, tariqat 'alawiyyah dari sheikh Muhammad ibn Sayyid 'alawi al-maliki, tariqat qadariyyah dari Sheikh Muhammad Na'im al-Jailani al-asyrafi, dan tariqat asyirah muhammadiyah dari sheikh Muhammad Zaki ad-Din ibrahim. Bahkan sheikhna telah diberi izin oleh semua masyaikh tersebut, termasuklah Waliyyullah al-Qutub allahyarham Sheikh 'Abdul Qadir as-Saqqaf untuk memberi irsyad kepada tariqat para masyayikh tersebut. Akan tetapi, sheikhna hanya mentarbiah para ahbabnya dengan tariqat Syazuliyyah Darqowiyyah wa 'Alawiyyah sahaja, akan tetapi akan memberi bai'ah tariqat lain sekiranya mahu mentabarruk.

    Allahua'lam..

  3. Anonymous says:

    nta bljr dkat mna ? ana tringin nk jmpa guru2 hbt mcm tu...

  4. Unknown says:

    @Anony:

    Adapun alfaqir belajar dan berkhidmat di Terengganu.
    Semoga Allah mempermudahkan saudara untuk bertemu dengan para kekasih Allah. Dan perbanyaklah membaca doa sebagaimana yang telah diajarkan oleh Jaddina asy-Sheikh al-Murobbi Sidi Abdul Qadir 'Isa qaddasAllahu sirrahu, iaitu:
    "Wahai Allah, Engkau tunjukkanlah kepadaku orang yang dapat membimbingku untuk menuju kepadaMu".

    Semoga Allah memberkati saudara dan para pembaca sekalian.