Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Posto~Posto Dari Lebanon

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Bismillahi Wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah wa man walah..

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan segala ni'mat kehidupan kepada setiap makhluk di atas muka bumi, Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan seorang pesuruhNya yang amat dipuji oleh sekalian makhluk baik di bumi mahupun di alam ghaib, Selawat dan salam keatas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang mengutuskan rahmat kepada 'alam ini, dan juga kepada para ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda yang teguh berada di bawah pentarbiahan Baginda s.a.w.

Setelah dua minggu berada di Lebanon, Alhamdulillah kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini dengan baik. Dengan kemesraan sahabat-sahabat yang berasal dari berbagai-bagai latar belakang, yang turut belajar di Jami'ah Azhar al-Beqaa, menjadikan kami lebih selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan mudah di perantauan ini.

~~Walaupun "misi" untuk ke pejabat kedutaan Malaysia yang terletak di Beirut belum lagi tercapai, untuk melaporkan diri bahawa kami berada di Lebanon sebagai pelajar, dan juga sebagai keselamatan buat kami di sini, kami hanya dapat doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan kami di sini dengan selamat.

~~Sekarang, isu yang hampir dibincangkan oleh setiap media massa di Lebanon adalah berkenaan Hizbullah yang akan mengisytiharkan perang dengan Israel sebagai tindak balas akibat kes pembunuhan Presiden Lebanon yang lepas iaitu Rafiq Hariri. Dengan kawalan tentera yang semakin ketat, kami hanya berharap bahawa peperangan(sekiranya berlaku) tidak akan merebak ke kawasan kami di Beqaa. Ya Allah, selamatkanlah dan permudahkan urusan kami sepanjang berada di perantauan ini~

Berikut adalah gambar-gambar yang dapat al-faqir kongsikan bersama kepada sahabat-sahabat yang menziarahi blog yang serba kekurangan ini:

*18/9/2010 - Pelajar-pelajar yang kebanyakkan dari Terengganu memenuhi ruang legar KLIA untuk berlepas ke Jordan dan Mesir.


 *Permandangan sekitar kawasan Jami'ah Azhar al-Beqaa


 
 
 *Permandangan sekitar kawasan al-Beqaa yang dipenuhi dengan kawasan pertanian.







*Permandangan sekitar kawasan Saida(kawasan pantai dan terkenal sebagai tempat perlancongan) yang terletak hampir 40KM dari Beirut.

One Response so far.

  1. PuTeRi says:

    Bestnya..Nak gi Lubnan jugak..