Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

apakah kepentinga mengambil baiah dengan guru? adakah 1 kemestian utk mengambil baiah jika ingin menyertai tariqat?

Posted by Unknown - -

soalan pertama=kepentingan mengambil bai'ah?
soalan kedua=adakah kemestian mengambil bai'ah sekiranya menyertai tariqat?

Jawapan=
- Bai'ah bermaksud berjanji taat setia kepada seseorang. Mengambil bai'ah merupakan satu rukun daripada suhbah, iaitu satu hubungan bersahabat antara seorang murid dan juga murobbi. ia adalah seperti satu perjanjian taat setia seorang murid, untuk mematuhi arahan murobbinya dalam urusan tarbiah agar hati murid itu terbebas daripada cengkaman hawa nafsu dan segala penyakit yang terletak pada hati. dan bai'ah juga merupakan muqaddimah untuk seorang yang pakar dalam selok belok hati, untuk mentarbiah muridnya, dengan membawa maksud, "sekiranya seseorang itu tidak berbai'ah dengan seseorang murobbi, maka dia belum dikira dalam lingkungan tarbiah", kerana apabila seseorang itu berbaiah, maka seseorang mursyid itu akan menjaganya, mendidiknya, serta memberitahu segala selok belok dan tipuan yang berlaku di dalam hati murid itu. hal ini juga berlaku ketika zaman sahabat r.a dengan Rasulullah s.a.w. yang mana terdapat ramai sahabat yang berbai'ah untuk taat kepada perintah Rasulullah s.a.w. dalam urusan agama dan tarbiah. Dan tradisi ini diteruskan oleh para ahli sufi yang mewarisi ini dari golongan yang sebelumnya.
- Maka bai'ah merupakan satu kemestian sekiranya seseorang itu ingin menyertai tariqat tasawwut, dan ia merupakan satu rukun daripada rukun suhbah(bersahabat dengan mursyid).
allahua'lam..