Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Keagungan CINTA

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Keagungan CINTA


Wahai hati yang terus menanggung,
Suatu perasaan yang agung,
Iaitu cinta yang disertakan pengorbanan,
Kepada sebaik-baik makhluk yang dijadikan.

Selagi ada awan dilangit meninggi,
Selagi itu hujan akan membasahi bumi,
Selagi ada cinta dihati,
Selagi itu air mata membasahi pipi.



Sungguh memujimu tiada halangan,
Bagaikan burung berkicauan tanda keriangan,
Ni’mat mencurah-curah tanda keberkatan,
Apabila mengingati akan kebesaran.

Cinta kepadamu suatu kepujian,
Itulah yang selalu dirimu pesan,
Cintailah aku melebihi diri satu kemestian,
Kerana itulah sebaik-baik iman.

Bagaimana hati boleh tiada rasa cinta,
Sedangkan jasamu mencurah sentiasa,
Di dunia hingga akhirat sana,
Tiada terbalas akan segala hamba.

Rugilah mereka yang membuang perasaan ini,
Sedangkan cinta ini amatlah suci,
Diberi kepada mereka yang mengerti,
Akan kebesaran dan keagungan Nabi.


Wahai Nabi yang sentiasa hidup,
Permergianmu hanya sebagai petunjuk,
Sedangkan dirimu sentiasa hidup,
Bahkan dapat berjumpa dengan segenap makhluk.

Izinkanlah aku bersamamu,
Wahai Nabi yang suci,
Izinkanlah aku bersentuhan denganmu,
Itulah ni’mat yang indah sekali.



Wahai Tuhan yang memiliki hati,
Tetapkanlah diri dalam cinta ini,
Sampaikanlah selawatku kepadanya setiap hari,
Kerana selawat itu tanda mengasihi.

Selagi mana air mengalir di sungai tanpa henti,
Selagi itu cinta akan tetap menari-nari dihati,
Selagi mana hujan turun membasahi bumi,
Selagi itu mata hati menjadi penyaksi.

-Tengku Ahmad Saufie-
2009


*Dipetik dari karangan al-Faqir berjudul "Cinta Bukan Sekadar Dakwaan"