Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

apakah yang dimaksudkan dengan solat musafir dan hukumnya????/

Posted by Unknown - -

Bismillahi wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah..

solat musafir bermakna solat yang dikerjakan dalam keadaan musafir. Dan ia merupakan satu keringanan yang Allah s.w.t. berikan kepada hambaNya yang musafir agar dapat melaksanakan ibadat dengan tanpa merasakan kesusahan. Dan afdhal bagi seseorang yang musafir menggunakan rukhsah yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Solat ketika musafir mempunyai tiga jenis;
1)Jama'-Solat jama' ialah menghimpunkan dua waktu solat yang tertentu kemudiannya ditunaikan dalam satu waktu yang tertentu. Terbahagi kepada dua jenis, Jama' Taqdim dan Jama' Taakhir.
2)Qasar-Solat qasar ialah memendekkan bilangan rakaat solat yang tertentu, iaitu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.
3)Jama' serta Qasar-Solat jama' serta qasar ialah menghimpunkan solat dua waktu yang ditunaikan pada satu waktu tertentu, tetapi juga dipendekkan bilangan rakaat solat yang tertentu.
*solat jama' hanya boleh menghimpunkan Zohor dan Asar, atau Maghrib dan Isya'.
*Solat qasar pula boleh memendekkan bilangan rakaat solat Zohor, Asar, dan Isya' sahaja.

Allahua'lam bis sowab~