Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

apakah y dimaksudkan dengan musafir?

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Musafir bermaksud berpergian atau berjalan jauh..
Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perjalanan zahir dan perjalanan batin..
Perjalanan zahir ialah perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, dan diberikan rukhsah oleh Islam dengan syarat yang tertentu bagi si musafir..
Perjalanan batin pula, ialah tarraqqi(peningkatan) rohani dalam ma'rifat Allah s.w.t. yang dipimpin oleh seorang guru mursyid murobbi di dalam suatu tariqat yang soheh, berdasarkan manhajnya yang soheh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah..

Allahua'lam..

2 Responses so far.

  1. Salam nak tanya, katakan kita nak berjalan jauh, cthnya kita nak pulang kampung, yg mengambil masa skrang krangnya 7 jam. Nak betolak tu pukul 4 pagi. Smpai agak2 pukul 11 pagi. Soalan, mcm mana nak solat subuh dlm keadaan mcm ni? Adakah situasi sy skrg ini dlm keadaan bermusafir? Syukran

  2. Wassalam..
    Alhamdulillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah..

    terima kasih kepada saudara yang bertanyakan soalan..
    Untuk masalah seperti itu, ianya terbahagi kepada keadaan si musafir.
    1)bermusafir dengan kenderaan yang boleh berhenti pada waktu solat, seperti bas, kereta, atau sebagainya.
    2)bermusafir dengan kenderaan yang tidak boleh berhenti seperti kapal terbang, kereta api.

    Bagi kedua-dua keadaan diatas, semua keadaan tersebut diwajibkan solat keatas kita, iaitu tidak gugur kewajiban solat ketika musafir.

    cuma, apabila kita menaiki kenderaan seperti kereta, atau bas, yang boleh berhenti pada tempat untuk bersolat dan diketahui kiblat, maka wajiblah kita berhenti untuk menunaikan solat subuh dengan sempurna samada singgah di RnR, ataupun di surau, hatta sekiranya kita tidak kelihatan sebarang tempat untuk solat, maka solatlah walaupun di tepi jalan.

    sekiranya kita menaiki kenderaan yang tidak boleh berhenti pada tempat solat, maka kita tetap sahaja diwajibkan solat. iaitu; sekiranya kita boleh menunaikan solat secara berdiri dan menghadap kiblat, maka wajib ditunaikan dengan sempurna.
    sekiranya tidak mampu berdiri dan tidak boleh menghadap kiblat dengan sempurna, maka ketika mengangkat takbir untuk solat, kita perlulah berdiri sebentar dan menghadap kiblat, kemudian duduk kembali di tempat duduk dan menyempurnakan solat secara duduk.

    Allahu wa Rasuluhu a'lam..