Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Sekadar Nasihat dan Panduan

Posted by Unknown - -


Kita perhatikan, para sahabat mudah mengamalkan segala perintah Allah dan Baginda s.a.w., apakah yang membezakan mereka dengan kita umat akhir zaman?

Kerana, itu adalah keadaan rohani mereka yang cergas, dan suci..Oleh kerana itu, mereka mudah menerima segala perintah daripada Allah dan Baginda s.a.w. tanpa sebarang paksaan. Ini menyebabkan para sahabat yang beriman pada awal Islam mengatakan, "Kami telah mengenali Allah terlebih dahulu sebelum turunnya al-Quran(iaitu dengan bersuhbah bersama Baginda s.a.w.)". Oleh kerana itu apabila datangnya perintah daripada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w., mereka tidak terasa terbeban dan susah, kerana mereka tidak merasakan suatu perintah itu suatu bebanan terhadap mereka. Oleh kerana itu para ahlillah mengatakan, "Kami adalah golongan yang tidak dibebankan oleh syara'", kerana kaedah cinta mengatakan, "Kesemua yang datang daripada yang dicintai itu bukanlah bebanan tetapi kesenangan".


Melihat kepada keadaan umat Islam sekarang, walaupun al-Quran telah diterbentang sebelum kita dilahirkan, tetapi amat sukar mengamalkan setiap apa yang diperintahkan. kerana apa? kerana keadaan rohani mereka yang penuh kekotoran serta terhijab.
Apakah punca rohani mereka begitu rupa? jawapannya adalah kerana nafsu.

Oleh kerana itu para ahlillah tidak terus memaksa manusia untuk menjalankan syari'at diatas jalan keterpaksaan, sebaliknya para ahlillah menyucikan rohani manusia terlebih dahulu dan sambil itu, secara perlahan-lahan mendidik syari'at kedalam diri manusia. sama seperti Baginda s.a.w. ketika awal penyebaran Islam terhadap para sahabat.

Kerana syari'at dan ibadat itu bukan seperti undang2 sivil@seperti peraturan yang biasa sepertimana yang terdapat dalam sesebuah badan@persatuan, tetapi ianya satu ibadat yang mengandungi nilai ubudiyyah seseorang hamba kepada Tuhannya yang Esa.

Maka, matikanlah nafsu dan bawalah diri dengan nafsu mutma'innah ke hadrat Ilahiyyah. Jikalau tidak, jadilah sebagaimana firman Allah s.w.t., "Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada perkara yang keji", walaupun seseorang itu alim, walau seseorang itu bijaksana hatta menjadi ulama' sekalipun, sekiranya nafsu tidak terdidik, maka itulah menjadi punca hijabnya dengan Allah serta akan melaksanakan ibadah bukan atas dasar ubudiyyah, tetapi ananiyyah. fafham!

Allahua'lam bis Sowab. 

One Response so far.

  1. Unknown says:

    ‎*Perlu difahami disini;
    Para Ahlillah yang berada dalam landasan yang soheh serta mewarisi warisan Baginda s.a.w. secara kamil tidak akan sesekali meminggirkan atau membatalkan syari'at yang telah diperintahkan oleh Baginda s.a.w..
    Mereka yang menyandarkan diri mereka kepada tariqat serta tasawwuf sedangkan meminggirkan syari'at adalah golongan yang batil serta jauh daripada landasan sebenar yang diwariskan oleh Baginda s.a.w..