Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Berita Gembira Pencinta Maulid an-Nabiy asy-Syarif

Posted by Unknown - -

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Berita Gembira Pencinta Maulid an-Nabiy asy-Syarif


Kita semua mengetahui apabila tibanya bulan Rabi’ al-Awwal, muncul-lah pelbagai majlis, sambutan, dan upacara, demi menyambut kedatangan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang dicintai dan dirindui oleh umat Baginda s.a.w. yang beriman kepadanya walaupun tidak pernah melihat wajah Baginda s.a.w.. 

Ada antara mereka yang menyampaikan ceramah berkenaan Baginda s.a.w., ada yang menghadiri majlis maulid, ada antara mereka yang ber’madaaeh’ memuji Baginda s.a.w., ada di antara mereka yang berarak, ada di antara mereka membaca sirah Baginda s.a.w.. Kesemua itu hanyalah sebagai tanda menzahirkan kegembiraan hati mereka kerana Baginda s.a.w. merupakan ni’mat serta sy’iar Islam yang teragung sebagaimana firman Allah s.w.t.;
ﭨ  ﭩ  ﭪ  ﭫ   ﭬ  ﭭ  ﭮ  ﭯ   ﭰ      ﭱ 
Maksudnya: “Demikianlah, dan barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya perbuatan itu adalah daripada hati yang bertaqwa”.[1]


Firman Allah s.w.t. lagi;
ﮑ  ﮒ    ﮓ  ﮔ   ﮕ  ﮖ  ﮗ   ﮘ  ﮙ   ﮚ  ﮛ 
Maksudnya: “Katakanlah(wahai kekasihKu), dengan kemurahan Allah dan rahmatNya, maka dengan demikian itu bergembiralah kalian. Kerana itu adalah lebih baik daripada apa yang kalian kumpulkan”.[2]


Mereka adalah golongan yang amat merindui pembawa berita gembira kepada mereka, merindui insan yang memperkenalkan Allah yang Maha Esa dengan keTauhidan yang murni, yang membawakan kepada mereka kitab al-Quran yang menjadi pegangan yang suci, walaupun mereka hanya dapat membaca dan mendengar kisah-kisah mengenai insan mulia ini, dan tidak dapat bersua muka, sebagaimana yang telah digambarkan oleh Baginda s.a.w. di dalam satu hadith ketika Baginda s.a.w. bersama para sahabat ketika melalui perkuburan Baqi’, sebagaimana yang diriwayatkan oleh sayidina Abi Hurairah radhiyAllahu ‘anhu;
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَتَى الْمَقْبُرَةَ ، فَقَالَ : السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ ، وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا ، قَالُوا : أوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِي ، وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ ، فَقَالُوا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ فَقَالَ :أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ ، مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ ، أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ ؟ قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا ، مُحَجَّلِينَ مِنَ الْوُضُوءِ ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي ، كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ ، أَلَا هَلُمَّ ؟ فَيُقَالُ : إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ ، فَأَقُولُ : سُحْقًا ، سُحْقًا
Maksudnya: “Sesungguhnya RasulAllah s.a.w. menziarahi satu kawasan perkuburan, lalu Baginda s.a.w. bersabda, “Assalamu’aikum wahai penghuni perkuburan kaum Mukminin, dan InsyaAllah aku akan turut serta bersama kamu. Sesungguhnya aku amat berharap untuk bertemu dengan para ikhwan kita semua”. Maka para sahabat pun bertanya, “Bukankah kami ikhwan kamu wahai RasulAllah?”. Baginda s.a.w. pun menjawab, “Kalian adalah sahabat-sahabatku, sedangkan ikhwan kita semua adalah mereka yang belum muncul lagi”. Lalu mereka bertanya, “Bagaimana engkau mengetahui seseorang dari umatmu yang belum muncul lagi(sekarang ini) wahai RasulAllah?”. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Apakah kamu melihat seorang lelaki mempunyai kuda berbulu putih di dahi dan kakinya, yang mana berada di tengah-tengah kelompok kuda yang hitam, apakah tuannya akan mengenali kudanya itu?”. Mereka pun menjawab, “Sudah tentu wahai RasulAllah!”. Baginda s.a.w. pun bersabda lagi, “Maka sesungguhnya mereka akan datang dalam keadaan bercahaya putih di muka dan kaki mereka kerana kesan wudhu’. Dan aku mendahului mereka di telaga. Ketahuilah! Akan ada segolongan lelaki yang dihalau daripada telagaku sepertimana terhalaunya unta-unta yang sesat. Aku pun memanggil mereka, “Datanglah kalian semua””. Setelah itu dikatakan kepada Baginda s.a.w., “Sesungguhnya mereka telah menukarkan ajaranmu setelahmu(kewafatanmu). Maka aku pun bersabda, “Jauhilah! Jauhilah!”.[3]


Bukankah kita merupakan sebahagian daripada umat Baginda s.a.w. yang belum lahir ketika zaman Baginda s.a.w.? Bukankah kita merupakan golongan yang mengakui keNabian Baginda s.a.w. dan risalah yang telah disampaikannya? Sabda Baginda s.a.w. dalam hadith yang lain pula sebagaimana diriwayatkan oleh sayidina Anas ibn Maalik, sesungguhnya Baginda s.a.w. bersabda;
وَدِدْتُ أَنِّي لَقِيتُ إِخْوَانِي فَقَالَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَوَلَيْسَ نَحْنُ إِخْوَانَكَ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِي ، وَلَكِنْ إِخْوَانِي الَّذِينَ آمَنُوا بِي وَلَمْ يَرَوْنِي
Maksudnya: “Sesungguhnya ingin sekali aku bertemu dengan ikhwanku”. Maka para sahabat Baginda s.a.w. pun bertanya, “Bukankah kami ini ikhwan kamu?”. Baginda s.a.w. menjawab, “Kalian adalah sahabatku, akan tetapi ikhwanku adalah mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak dapat melihatku”.[4]


Sesungguhnya kita semua adalah umat Baginda s.a.w., walaupun kita tidak pernah melihat wajah Baginda s.a.w.. Sesungguhnya kita beriman dengan Baginda s.a.w. bahkan membenarkan segala risalah Baginda s.a.w.. Baginda s.a.w. terlebih dahulu merindui kita semua sebelum kita merindui Baginda s.a.w.. Bahkan Baginda s.a.w. bersedih kerana tidak sabar untuk bertemu dengan umatnya yang ditunggu-tunggu apabila tibanya waktu perhimpunan di padang Mahsyar, dimana semua umat Baginda s.a.w. akan berdondong menuju ke telaga Kautsar dimana tempat pertemuan sebagaimana dijanjikan. Baginda s.a.w. tidak pernah meletakkan syarat khusus bagaimanakah untuk menjadi umatnya selain daripada mengikuti ajaran Baginda s.a.w., sekiranya terdapat syarat khusus selain dari itu, nescaya kita tidak mampu dan layak menjadi umat Baginda s.a.w..

Akan tetapi, terdapat satu golongan daripada umat Baginda s.a.w. yang mengakui mengikuti perjalanan Baginda s.a.w. dan para sahabat radhiyAllahu ‘anhum ajma’in, menentang pelbagai upacara dan sambutan bagi menzahirkan kegembiraan terhadap bulan kelahiran Baginda s.a.w.. Mereka membida’ahkan sebarang sambutan yang bertujuan menyambut kedatangan bulan kelahiran Baginda s.a.w., bahkan menyesatkan dan mengkafirkan orang yang melakukan sedemikan. Mereka juga dengan tidak merasa bersalah, mengatakan bahawa orang yang melakukan sambutan tersebut tempatnya adalah di Neraka sedangkan Neraka adalah tempat bagi orang yang kufur, munafiq, dan fasiq.

Apakah dengan menzahirkan kegembiraan dengan datangnya bulan kelahiran Baginda s.a.w. ini menjadikan seseorang itu kufur? Menjadikan seseorang itu munafiq ataupun fasiq yang melayakkan dirinya untuk memasuki Neraka? Alangkah sedihnya apabila adanya golongan yang terlalu membenci orang yang menyambut bulan kelahiran Baginda s.a.w.. Bagaimanakan kita boleh mengenal Allah s.w.t. dengan ketauhidan yang murni sekiranya tanpa sayidina Muhammad s.a.w.? Bagaimana boleh kita mengenal kalam Allah s.w.t. melainkan melalui sayidina Muhammad s.a.w.? Bagaimana boleh kita mengecapi kemanisan iman melainkan dengan hanya melalui sayidina Muhamma s.a.w..


Sya'ir Luahan Rasa Cinta

Ketahuilah para pencinta Baginda s.a.w., sesungguhnya para sahabat sentiasa melantunkan sya’ir-sya’ir yang indah kepada Baginda s.a.w. untuk didengari oleh Baginda s.a.w. sendiri. Siapakah sayidina Hassan ibn Tsabit yang dikurniakan mimbar yang khusus oleh Baginda s.a.w. di Masjid Nabawi, melainkan beliau merupakan penya’ir yang terkenal dan diiktiraf oleh Baginda s.a.w.. Begitu jugalah dengan para sahabat yang lain yang sentiasa melontarkan sya’ir kepada Baginda s.a.w. ketika dalam kesusahan, ketika dalam kesenangan, bahkan melontarkan sya’ir berkenaan kelahiran Baginda s.a.w. seperti yang telah dilakukan oleh sayidina Hassan ibn Tsabit dan sayidina ‘Abbas ibn ‘Abdul Muthallib.

Telah dilantunkan sebuah sya’ir yang mahsyur oleh sayidina Hassan ibn Tsabit kepada Baginda s.a.w. yang berbunyi;

وَأَجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَرَ قَطُّ عَيْنِي******وَأَكْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النِّسَاءُ
خُلِقْتَ مُبَرَّأً  مِنْ كُلِّ عَيْـــــبٍ******كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَاءُ

Maksudnya:
Seindah-indah dirimu belum pernah terlihat oleh mataku,
Sesempurna dirimu belum pernah dilahirkan oleh para ibu,
Telah diciptakan kamu bebas dari segala keaiban,
Seolah-olah engkau diciptakan mengikut kehendak dirimu”.


Begitu juga terdapat sebuah sya’ir yang memuji kemuliaan Baginda s.a.w. sebagaimana telah dilantunkan oleh sayidina ‘Abbas ibn ‘Abdul Muthallib, bapa saudara Baginda s.a.w., sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh sayidina Khuraim ibn Aus ibn Harithah;
 كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقَالَ لَهُ الْعَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ رَحِمَهُ اللَّهُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَمْدَحَكَ ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " هَاتِ لا يَفْضُضِ اللَّهُ فَاكَ " , فَأَنْشَأَ الْعَبَّاسُ ، يَقُولُ :
قَبْلِهَا طِبْتَ فِي الظِّلالِ وَفِي مُسْتَوْدَعٍ حَيْثُ يُخْصَفُ الْوَرَقُ
ثُمَّ هَبَطْتَ الْبِلادَ لا بَشَرٌ أَنْتَ وَلا مُضْغَةٌ وَلا عَلَقُ
بَلْ نُطْفَةٌ تَرْكَبُ السَّفِينَ وَقَدْ أَلْجَمَ نَسْرًا وَاهَلَهُ الْغَرَقُ
تُنْقَلُ مِنْ صَالِبٍ إِلَى رَحِمٍ إِذَا مَضَى عَالِمٌ بَدَا طَبَقُ
حَتَّى احْتَوَى بَيْتُكَ الْمُهَيْمِنُ مِنْ خَنْدَفِ عَلْيَاءَ تَحْتَهَا النُّطْقُ
وَأَنْتَ لَمَّا وُلِدْتَ أَشْرَقَتِ الأَرْضُ وَضَاءَتْ بِنُورِكَ الأُفُقُ
فَنَحْنُ فِي الضِّيَاءِ وَفِي النُّورِ وَسُبُلُ الرَّشَادِ نَخْتَرِقُ
Maksudnya: “Adalah kami bersama-sama disisi Nabi s.a.w., maka sayidina ‘Abbas ibn ‘Abdul Muthallib rahimahUllah berkata kepada Baginda s.a.w., “Wahai RasulAllah, sesungguhnya aku ingin memujimu!”. Baginda s.a.w. pun bersabda kepada beliau, “Pujilah, semoga Allah menjaga mulutmu(gigi) daripada sebarang penyakit”. Sayidina ‘Abbas pun memulakan pujiannya;
Sebelum ini, engkau senang di dalam kenikmatan Syurga(Iaitu bersenang bersama Nabi ‘Adam), dan dalam jagaan dengan tampalan daun-daun(iaitu pakaian setelah Nabi Adam melakukan kesalahan kepada Allah di dalam Syurga),
Setelah itu engkau diturunkan ke bumi belum lagi berupa manusia, dan belum lagi janin dan belum lagi segumpal darah,
Bahkan engkau adalah ‘nutfah’[5] yang menaiki bahtera(Nabi Nuh), dan sesunguhnya kaum Nuh menjadikan ‘nasr’[6] sebagai sembahan dan ahli keluarganya turut tenggelam,
Berpindahlah(nutfah itu) dari keturunan hinggalah satu rahim, apabila berlalunya alam ini akan peringkatnya,
Sehinggalah tercapai kemuliaanmu setinggi-tinggi kedudukan dari puncak yang tinggi,
Dan apabila engkau dilahirkan bersinarlah bumi dan segenap ufuk pun dipenuhi oleh cahayamu,
Dan kami berada dalam cahaya itu dan dijalan yang penuh petunjuk””.[7]


Diriwayatkan bahawa sayidina ‘Abbas ibn ‘Abdul Muthallib ketika tua, masih lagi mempunyai susunan gigi yang cantik dan tidak ada satu pun yang gugur ataupun rosak. Benarlah wahai Rasulullah s.a.w.! RasulUllah s.a.w. tidak pernah melarang sekiranya perkara itu tidak bercanggah dengan Agama yang dibawanya. Pujian sayidina ‘Abbas telah menjadi saksi bahawa Baginda s.a.w. tidak pernah melarang umatnya daripada berqasidah ataupun bersya’ir dalam memuji Baginda s.a.w., bahkan pujian sayidina ‘Abbas dan sayidina Hassan ibn Tsabit telah mendahului umat Baginda s.a.w. dan didengari oleh Baginda s.a.w. sendiri.

Baginda s.a.w. pernah memberi panduan kepada mereka yang memuji Baginda s.a.w. dengan sabdanya;
لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ ، فَقُولُوا : عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
Maksudnya: “Janganlah kalian(berlebih-lebihan) memujiku sebagaimana pujian golongan Nasrani terhadap anak Maryam(Nabi ‘Isa). Sesungguhnya aku hanyalah hambaNya. Maka katakanlah kalian semua(mengenai diriku), “Hamba Allah dan rasulNya”.[8]

Lalu, Imam al-Busyiriy qaddasAllahu sirrahu wa nafa’ana bi asrari wa hubbihi, seorang ‘ulama dan penyair yang terkenal dengan sya’ir beliau yang bernama Qasidah al-Burdah, menyatakan di dalam qasidahnya;
دَعْ مَا دَعَتْهُ النَّصَارَى فِي نَبِيِّهِمِ*****وَاحْكُمْ بِمَا شِئْتَ مَدْحاَ فِيهِ وِاحْتَكِمِ
Tinggalkanlah apa yang didakwa oleh golongan Nasrani terhadap Nabi mereka(Nabi ‘Isa),
Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati.


Penutup

Wahai para pencinta Baginda s.a.w., janganlah berhenti daripada melakukan perkara yang mengingatkan kita kepada Baginda s.a.w.! Janganlah berhenti daripada sentiasa berselawat memuji Baginda s.a.w.! Janganlah sesekali bosan daripada menghadiri majlis-majlis yang berkait rapat dengan Baginda s.a.w.! Semoga Allah s.w.t. menerangi hati kita dengan cahaya kecintaan kepada Baginda s.a.w., semoga Allah s.w.t. menyampaikan setiap ingatan kita, setiap nafas kita, yang kita gunakan untuk memperingati Baginda s.a.w. kepada Baginda s.a.w.. Dan semoga Allah s.w.t. mempertemukan dan menghimpunkan kita semua ketika di padang Mahsyar bersama Baginda s.a.w.. Ameen!


Allahua’lam bis-Sowab..


Selesai dinukilkan dengan bantuan Allah s.w.t. 29 Rabi’ al-Awwal 1433.
‘AmalahUllah bi lutfiHi al-Khafiy
Tengku Ahmad Saufie



[1] Surah al-Hajj, 32.
[2] Surah Yunus, 58.
[3] Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sohehnya, di dalam “Kitab at-Thoharah”, no. 372.
[4] Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal di dalam Musnadnya, no. 12340.
[5] Iaitu berupa sperma.
[6] Nama patung sembahan kaum Nuh yang diukir oleh mereka bagi mengingatkan kemulian seorang yang soleh bernama Nasr sebelum lahirnya Nabi Nuh ‘alaihi as-salam.
[7] Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam at-Tabrani di dalam Mu’jam al-Kabir Li at-Tabrani, no. 4507. Mustadrak ‘ala Sohehain karangan Imam al-Hakim, no. 5398. Dalail an-Nubuwwah karangan Imam al-Baihaqi, no. 2035.
[8] Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam sohehnya, pada ‘Kitab Kisah-Kisah Para Nabi’, no. 3214.