Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Telah Datang Rahmat Yang Agung

Posted by Unknown - -

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

 ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ  ﮰ  ﮱ   ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ  ﯗ  ﯘ    ﯙ  ﯚ  ﯛ 
Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.[1]



Amma Ba’du;

Telah Datang Rahmat Yang Agung

Bulan Rabi’ul Awwal adalah bulan yang memiliki keistimewaannya tersendiri. Bagi hati umat Islam yang memiliki Mahabbah dan kerinduan, maka bulan Rabi’ul Awwal-lah perasaan di dalam hati mereka itu membuak-buak. Mereka menzahirkan perasaan di dalam hati mereka itu sehinggakan golongan yang tidak mempunyai perasaan seperti mereka akan cemburu dan cuba mengikuti mereka. Pada bulan inilah para pencinta dan perindu berlumba-lumba melakukan pelbagai majlis bermula daripada majlis selawat, qasidah sehinggalah ceramah khusus yang menceritakan keistimewaan bulan ini. Tidaklah apa yang mereka menzahirkan itu melainkan kerana kegembiraan di dalam hati mereka mereka, lalu menyahut seruan Allah s.w.t. di dalam kitabNya yang agung;

ﮑ  ﮒ    ﮓ  ﮔ   ﮕ  ﮖ  ﮗ   ﮘ  ﮙ   ﮚ  ﮛ 
Maksudnya: “Katakanlah(wahai kekasihKu s.a.w.); “Dengan kemurahan Allah dan rahmatNya, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bersukacita kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala harta benda yang mereka kumpulkan”.[2]


Imam al-Hafiz as-Suyuthi rahimahUllahu ta’ala wa nafa’ana bih telah menukilkan daripada Abu asy-Sheikh daripada sayidina Ibn ‘Abbas radhiyAllahu ‘anhuma pada berkenaan ayat ini;
فضل الله العلم، ورحمته محمد صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: “Kemurahan Allah itu adalah ilmu, dan rahmatNya itu adalah Muhammad s.a.w.. Sebagaimana firman Allah s.w.t.;
ﮐ  ﮑ  ﮒ         ﮓ  ﮔ       ﮕ 
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu(wahai kekasihKu), melainkan sebagai rahmat kepada sekalian ‘alam[3].[4]


Oleh kerana itu, para ‘ulama yang mempunyai hati yang lembut, terutamanya ‘ulama ahlIllah sentiasa mengadakan majlis memperingati Baginda s.a.w., yang terkandung di dalamnya selawat keatas Baginda s.a.w., menceritakan tentang perihal Baginda s.a.w., menggesa hadirin untuk mendalamkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., kerana tidaklah Baginda s.a.w. diutuskan melainkan kesemua daripada Baginda s.a.w. adalah rahmat daripada Allah s.w.t..



Rahmatnya Meliputi Sebelum Kedatangannya

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa rahmat Baginda s.a.w. itu meliputi sebelum dilahirkan, ketika hayat Baginda s.a.w. dan setelah Baginda s.a.w. kembali bertemu dengan Kekasihnya. Baginda s.a.w. telah pun dizahirkan kemuliaannya oleh Allah s.w.t. sebelum daripada Baginda s.a.w. lahir, dan perkara ini telahpun disaksikan oleh Nabi ‘Adam ‘alaihi as-salam ketika diturunkan oleh Allah s.w.t. ke bumi kerana memakan buah larangan di dalam Syurga.

Perkara ini jelas sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh sayidina ‘Umar ibn al-Khattab radhiyAllahu ‘anhu,  Baginda s.a.w. bersabda;
لَمَّا اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيئَةَ ، قَالَ : يَا رَبِّ ، أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ لَمَا غَفَرْتَ لِي ، فَقَالَ اللَّهُ : يَا آدَمُ ، وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أَخْلُقْهُ ؟ قَالَ : يَا رَبِّ ، لأَنَّكَ لَمَّا خَلَقْتَنِي بِيَدِكَ وَنَفَخْتَ فِيَّ مِنْ رُوحِكَ رَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ عَلَىَ قَوَائِمِ الْعَرْشِ مَكْتُوبًا لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ، فَعَلِمْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلا أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ ، فَقَالَ اللَّهُ : صَدَقْتَ يَا آدَمُ ، إِنَّهُ لأُحِبُّ الْخَلْقِ إِلَيَّ ادْعُنِي بِحَقِّهِ ، فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ وَلَوْلا مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ

Maksudnya: “Ketika Nabi ‘Adam melakukan kesalahan, maka baginda ‘alaihi as-salam berdo’a, “Wahai Tuhan, aku memohon kepadaMu dengan hak Muhammad supaya Engkau mengampuni aku”. Maka Allah s.w.t. pun berfirman, “Wahai ‘Adam, bagaimanakah engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?”. Jawab ‘Adam, “Wahai Tuhan, sesungguhnya setelah Engkau menciptakanku dengan kuasaMu dan Engkau meniupkan kepadaku akan roh(ciptaan)Mu, maka aku pun mengangkatkan kepalaku dan melihat diatas tiang-tiang ‘Arasy tertulis, ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah’. Maka aku pun mengetahui bahawa Engkau tidak akan menyandarkan sesuatu kepada namaMu melainkan makhluk yang paling Engkau cintai”. Allah s.w.t. pun berfirman, “Benarlah engkau wahai ‘Adam. Sesungguhnya dia adalah makhluk yang paling Aku cintai. Maka berdo’alah kepadaku dengan haknya, nescaya aku akan mengampuni kamu. Sesungguhnya sekiranya bukan kerana Muhammad, tidak Aku menciptakan engkau””.[5]


Lihatlah bagaimana rahmatnya Baginda s.a.w. yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. walaupun Baginda s.a.w. belum lagi dilahirkan di muka bumi ini. Bahkan dalam hadith tersebut, Allah s.w.t. menegaskan bahawa sekiranya bukan kerana Baginda s.a.w., tidak akan diciptakan Nabi ‘Adam ‘alaihi as-salam, menunjukkan betapa besarnya rahmat yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. kepada Baginda s.a.w..

Ketahuilah, bahawa para ahli Kitab khususnya pendeta Yahudi di Yathrib sebelum kelahiran Baginda s.a.w. juga telah mengetahui tentang Baginda s.a.w. dan sifat-sifatnya yang terpuji melalui Kitab yang mereka miliki yang telah mereka warisi daripada Nabi-Nabi mereka. Golongan ahli Kitab, walaupun sebahagian besar daripada mereka telah menyeleweng, tetap sahaja menantikan dan terus mencari Utusan terakhir, iaitu Pesuruh Allah yang terakhir sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Taurat serta Injil yang mereka miliki. Oleh kerana begitu minatnya mereka terhadap pengkhabaran yang terdapat di dalam Kitab mereka tersebut sehinggakan mereka mengetahui tentang Utusan terakhir dari segi tanda-tandanya, rupanya serta sifatnya lebih daripada mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.

Terdapat banyak kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan Baginda s.a.w. yang menceritakan sifatnya yang terpuji di dalam kitab-kitab sam’iyyat terdahulu, bahkan di dalam ajaran-ajaran lain juga, antaranya;
  1)      Di dalam Taurat, kitab Ulangan, fasal 18 - "Bahawa Aku(Tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka(iaitu orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan Aku akan menjadikan segala firmanKu dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang Aku pesankan”.
  2)      Di dalam kitab Injil Yahya(Yohanes) pada fasal 18 – “Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku ini pergi, kerana jika aku tiada pergi tiadalah Paraclete[6] itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu”.
  3)      Di dalam kitab Injil Barnaba[7], 163 - Bertanya murid-murid (murid-murid Isa), "Wahai Guru. Siapakah gerangannya laki-laki itu yang engkau (Isa) katakan yang akan datang ke alam ini? Menjawab Isa dengan perasaan gembiranya, "Sebenarnya itulah Muhammad Rasulullah . Dia datang ke alam ini untuk berbuat baik di kalangan manusia dengan membawa rahmat yang banyak, seperti mana hujan mencurah bumi yang mengeluarkan buah-buahan sesudah menempuh kemarau panjang. Maka dia merupakan awan putih yang dipenuhi rahmat Tuhan, iaitu rahmat yang dicurahkan Tuhan (Allah) terhadap orang mukmin laksana hujan”.
  4)      Di dalam kitab Hindu, Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 ke 27 - Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil ‘Musalaman’ (perantara kedamaian).
  5)      Di dalam kitab Buddha, Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76 - Gautama Buddha berkata; “Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama ‘Maitreya’[8]. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.

Maka, tidak hairanlah para ahli kitab terdahulu, terutamanya golongan Yahudi amat mengenali sifat-sifat Baginda s.a.w.. Telah diriwayatkan oleh sayidina Ibn ‘Abbas radhiyAllahu ‘anhuma;
لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة قال عمر بن الخطاب لعبد الله بن سلام: قد أنزل الله على نبيه:
 ﭑ  ﭒ  ﭓ  ﭔ  ﭕ   ﭖ  ﭗ 
 فكيف يا عبد الله هذه المعرفة؟ فقال عبد الله بن سلام: يا عمر لقد عرفته حين رأيته كما أعرف ابني إذا رأيته مع الصبيان، وأنا أشد معرفة بمحمد مني بإبني. فقال عمر: كيف ذلك؟ قال: إنه رسول الله حق من الله، وقد نعته الله في كتابنا ولا أدري ما تصنع النساء. فقال له عمر: وفقك الله يا ابن سلام

Maksudnya: “Setelah Baginda s.a.w. tiba di Madinah, sayidina ‘Umar ibn al-Khattab radhiyAllahu ‘anhu pun bertanya kepada ‘Abdullah ibn Salaam(seorang pendeta Yahudi yang memeluk Islam), “Wahai Ibn Salaam, sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman kepada NabiNya, {Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri}[9], maka wahai ‘Abdullah, bagaimanakah pengenalan tersebut?”. Maka jawab ‘Abdullah ibn Salaam, “Wahai ‘Umar, sesungguhnya aku telah mengenali Baginda s.a.w. ketika aku melihat Baginda s.a.w. seperti aku mengenali anakku yang kecil apabila melihatnya(setelah besar). Bahkan, aku lebih mengenali Muhammad berbanding aku mengenali anakku”. Sayidina ‘Umar pun bertanya, “Bagaimanakah demikian itu?”. Jawab ‘Abdullah, “Sesungguhnya Baginda s.a.w. adalah RasulUllah yang benar daripada Allah, dan Allah s.w.t. telah menyatakan sifatnya di dalam Kitab kami, sedangkan aku tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh golongan wanita(ibu kepada anaknya itu). Maka sayidina ‘Umar pun berdo’a, “Semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kamu wahai Ibn Salaam”.[10]


Oleh kerana mereka terlalu mengenali sifat-sifat Utusan terakhir seperti yang dikisahkan di dalam kitab-kitab mereka, mereka sentiasa menunggu-nunggu kedatangan Baginda s.a.w.. Sebelum kedatangan Baginda s.a.w., mereka kebanyakkannya menetap di Yathrib. Keadaan di Yathrib yang terkenal sebagai tanah yang subur dengan buah tamar serta pertanian lain, dan merupakan tempat laluan para pedagang dari Syam dan Yaman, mempunyai masalah di antara kaum yang mendiami tanah barakah tersebut. Golongan Yahudi walaupun menguasai tampuk pemerintahan dan ekonomi, sentiasa digugat oleh golongan ‘Arab Yathrib bahkan kedua-dua golongan ini sentiasa berselisih faham. Bahkan golongan Yahudi, dengan kebijaksanaan mereka, berjaya memecah belahkan golongan ‘Arab Yathrib, terutamanya golongan ‘Aus dan Khazraj. Maka, kerana tekanan yang mereka rasai, mereka sentiasa mengucapkan apa yang telah mereka ketahui berkenaan Utusan terakhir yang mempunyai sifat rahmat, terhadap golongan ‘Arab Yathrib, “Sesungguhnya akan datang Utusan Terakhir yang akan membantu kami”. Begitulah pegangan mereka akan kerahmatan Baginda s.a.w. melalui pengkhabaran daripada kitab-kitab mereka terhadap Baginda s.a.w., dan mengetahui kedatangan Baginda s.a.w. akan membawa rahmat serta kejayaan bagi golongan mereka walaupun Baginda s.a.w. belum diutuskan.

Telah diriwayat bahawa terdapat seorang umat Nabi Musa ‘alaihi as-salam yang amat terkenal dengan suka melakukan maksiat. Selepas kematian lelaki itu, maka kaum Yahudi mencampakkan mayatnya tanpa diuruskan seperti mayat yang lain, ke tempat himpunan sampah kerana terlalu benci akan kemaksiatan lelaki itu semasa hayatnya. Kemudiaan, Allah s.w.t. mengilhamkan Nabi Musa ‘alaihi as-salam agar menguruskan mayat lelaki itu dengan sempurna. Lalu, Nabi Musa ‘alaihi as-salam pun kehairanan dan bertanya kepada Allah, “Wahai Allah, bukankah orang itu amat suka melakukan maksiat kepadaMu? Kenapa perlu diuruskan mayatnya?”. Maka Allah s.w.t. pun menjawab pertanyaan Nabi Musa ‘alaihi as-salam, “Kerana Aku telah mengampuni segala dosa yang telah dilakukannya. Ini kerana, dia amat suka membaca kitab Taurat, bahkan apabila terjumpa akan nama kekasihKu iaitu Muhammad s.a.w., maka dia akan mengucup nama tersebut”.


Diriwayatkan juga bahawa terdapat seorang raja Tubba’[11], yang beriman kepada Allah, berketurunan Yahudi dan sentiasa bersamanya golongan ahli al-Kitab, yang mana hidup 1000 tahun sebelum kelahiran Baginda s.a.w. serta mempunyai kuasa pemerintahan yang luas. Maka, raja Tubba’ itu ingin meluaskan pemerintahannya hingga ke Yathrib, yang mana sekarang bernama Madinah al-Munawarah. Setelah beliau dan tenteranya sampai ke sempadan Yathrib, beliau bertemu dengan seorang pendeta Yahudi, lalu pendeta itu pun berpesan kepada beliau dengan berkata, “Janganlah engkau menyerang kota ini, kerana di kota ini akan datang seorang Nabi akhir zaman”. Maka setelah mendengar pesanan pendeta tersebut, beliau membatalkan serangan itu lalu menulis sepucuk surat untuk disampaikan kepada Baginda s.a.w.. Surat tersebut diamanahkan kepada nenek moyang seorang sahabat yang bernama, Abu Ayyub al-Ansori dan disimpan dalam peti besi. Peti itu diwariskan kepada seorang demi seorang hinggalah sampai kepada Abu Ayyub al-Ansori radhiyallahu ta’ala ‘anhu. Maka setelah peristiwa hijrahnya Baginda s.a.w. ke Madinah, dengan petunjuk daripada Allah s.w.t. kepada unta Baginda s.a.w., unta itu berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansori. Maka Baginda s.a.w. memasuki rumah sahabat Baginda s.a.w. itu, dan bertanya akan surat itu kepada sayyidina Abu Ayyub al-Ansori. Lalu Baginda s.a.w. membaca surat itu;

أما بعد، فإني آمنت بك وبكتابك الذي أنزل عليك، وأنا على دينك وسنتك، وآمنت بربّك وربّ كل شيء، وآمنت بكل ما جاء من ربّك من شرائع الإسلام؛ فإن أدركتك فبِها ونِعمت، وإن لم أدركك فٱشفع لي ولا تنسني يوم القيامة؛ فإني من أمتك الأوّلين وبايعتك قبل مجيئك، وأنا على ملتك وملة أبيك إبراهيم عليه السلام

Amma ba’du. Sesungguhnya aku beriman kepadamu dan beriman kepada kitab yang diturunkan kepadamu. Aku berada dalam agama dan sunnahmu. Aku beriman kepada Tuhanmu, Tuhan segala sesuatu. Aku juga beriman kepada syariat Islam yang bersumber dari Tuhanmu. Jika aku dapat bertemu denganmu, itu adalah suatu kenikmatan bagiku. Jika tidak, berilah aku syafaatmu dan jangan lupakan diriku di hari Kiamat, kerana aku adalah ummatmu yang terdahulu dan aku telah berbai’at sebelum kedatanganmu. Aku memeluk agamamu dan agama Ibrahim ‘alahis salam”.[12]


Kesemua kenyataan diatas ini tidaklah hanya sebagai dalil kepada Baginda s.a.w. membawa rahmat walaupun sebelum Baginda s.a.w. dilahirkan. Maka, apatah lagi setelah Baginda s.a.w. dilahirkan. Nescaya bercurah-curah rahmat yang telah dibawa oleh Baginda s.a.w. kepada seluruh alam bersesuaian dengan firman Allah s.w.t.;
ﮐ  ﮑ  ﮒ         ﮓ  ﮔ       ﮕ 
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu(wahai kekasihKu), melainkan sebagai rahmat kepada sekalian ‘alam”.[13]



Rahmat Ketika Hayatnya

  1)      Ketika Baginda s.a.w. kecil.

Ketahuilah wahai saudaraku tercinta, Baginda s.a.w. telah dikurniakan sifat rahmat yang amat luas. Sebagaimana yang telah kita sentuh berkenaan rahmat Baginda s.a.w. sebelum dilahirkan, rahmat Baginda s.a.w. lebih terzahir ketika hayat Baginda s.a.w.. Diriwayatkan oleh sayidina Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu;
إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا ، وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai pelaknat, akan tetapi aku diutuskan sebagai rahmat”.[14]

Bahkan Baginda s.a.w. juga  mendidik umat Baginda s.a.w. agar bersifat rahmat;
إِنَّمَا يَرْحَمُ اللهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. merahmati hamba-hambaNya yang bersifat rahmat”.[15]


Secara umumnya kita semua telah mengetahui bagaimana rahmatnya Baginda s.a.w.. Terdapat pelbagai peristiwa yang telah menunjukkan bagaimana sifat rahmat yang diletakkan Allah s.w.t. ke dalam hati sanubari Baginda s.a.w.. Kita dapat melihat sendiri, melalui kitab-kitab yang menceritakan sejarah Baginda s.a.w., begitu juga dengan kata-kata pujian yang dilontarkan kepada Baginda s.a.w. baik daripada para sahabat radhiyAllahu ‘anhum, ataupun daripada mereka yang memusuhi Baginda s.a.w. di atas apa yang dibawa oleh Baginda s.a.w..

Apabila Baginda s.a.w. dilahirkan, Allah s.w..t menzahirkan rahmat yang amat mengagumkan kepada seluruh alam. Ketika itu, banyak peristiwa yang mengejutkan berlaku bukan sahaja di tanah ‘Arab, bahkan di tempat-tempat lain juga, peristiwa yang menandakan akan hilangnya kegelapan dan kejahilan manusia yang telah lama menyeleweng daripada Allah s.w.t.. Antara, Golongan Majusi yang terkenal dengan menyembah api yang tidak pernah terpadam sebelum ini, terkejut apabila api yang disembah oleh mereka terpadam secara tiba-tiba. Begitu juga dengan peristiwa robohnya tiang-tiang yang sebelum ini berdiri megah di istana Raja Kisra selama berabad-abad.

Begitu juga ketika Baginda s.a.w. kecil, dengan rahmat yang berserta di dalam jiwa Baginda s.a.w., haiwan peliharaan Halimah as-Sa’diyyah, ibu susuan Baginda s.a.w., menjadi sihat, gemuk dan mempunyai hasil tenusu yang luar biasa. Begitu juga dengan keldai yang digunakan Halimah as-Sa’diyyah untuk membawa Baginda s.a.w. yang masih kecil, tiba-tiba keldainya itu segar dan berjalan cepat. Ketika Baginda s.a.w. dibawah jagaan beliau, berlakunya peristiwa pembelahan dada yang pertama oleh Malaikat kepada Baginda s.a.w., sebagaimana firman Allah s.w.t.;

ﮥ   ﮦ  ﮧ  ﮨ  ﮩ 
Maksudnya: “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu?”.[16]


Imam at-Tabrani rahimahUllahu ta’ala telah berkata di dalam tafsir beliau berjudul, “at-Tafsir al-Kabir” berkenaan ayat di atas, “Maka demikian itu, perut Baginda s.a.w. dibedah dari tengah-tengah dadanya hinggalah ke perutnya yang paling bawah. Kemudian dikeluarkan hati Baginda s.a.w. dan dibersihkan pada bekas keemasan dengan air zam-zam. Setelah itu dicurahkan iman dan hikmah, dan kemudiannya dikembalikan hati Baginda s.a.w. ke tempatnya”. Para ‘ulama ahlIllah kemudiannya mensyarahkan peristiwa tersebut, dengan menjelaskan apakah yang dikeluarkan daripada hati Baginda s.a.w., sedangkan Baginda s.a.w. semenjak kecil dipelihara oleh Allah s.w.t. daripada melakukan maksiat, dan di dalam ‘aqidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah juga menjelaskan bahawa kesemua al-anbiya adalah maksum sejak lahir. Maka, mereka menjelaskan bahawa yang dikeluarkan daripada hati Baginda s.a.w. adalah perasaan rahmat kepada syaitan dan juga iblis ‘alaihim laknatUllah.


  2)      Baginda s.a.w. sebagai seorang pemuda.

Firman Allah s.w.t.;
ﮛ  ﮜ     ﮝ  ﮞ  ﮟ  
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia”.[17]


Apabila Baginda s.a.w. telah membesar sebagai seorang pemuda di Kota Makkah, Baginda s.a.w. amat dikenali oleh golongan ‘Arab Quraisy sebagai al-Amin(seorang yang dipercayai). Segala perlakuan Baginda s.a.w., bicaranya serta akhlaq amat mencerminkan Baginda s.a.w. adalah seorang pemuda yang mulia. Bahkan Baginda s.a.w. sentiasa menjadi buah mulut penduduk Makkah, bukan sahaja kerana ketampanan dan kebijaksanaan Baginda s.a.w. sahaja, tetapi kerana Baginda s.a.w. adalah sorang lelaki yang amat berakhlaq dan bersopan santun kepada kesemua penduduk Makkah.

Banyak peristiwa yang menunjukkan Baginda s.a.w. sebagai seorang pemuda yang membawa rahmat. Antaranya ketika Baginda s.a.w. bekerja dengan sayidatina Khadijah sebelum Baginda s.a.w. bernikah dengan beliau. Sayidatina Khadijah pada waktu itu, terkenal sebagai seorang bangsawan wanita Makkah yang amat terkenal. Oleh kerana beliau mempercayai Baginda s.a.w. seorang yang jujur dan berbudi pekerti yang mulia, maka Baginda s.a.w. diutuskan sebagai pedagang membawa barangan sayidatina Khadijah  ke Syam. Ketika itu, Baginda s.a.w. bukan sahaja dijanjikan untuk diberikan upah yang berganda berbanding pekerja yang lain, akan tetapi turut diberi dua orang hamba untuk membantu Baginda s.a.w. sepanjang perjalanan Baginda s.a.w.. Sesungguhnya ke mana sahaja Baginda s.a.w., nescaya yang bersama Baginda s.a.w. akan mendapat rahmat. Apabila selesai berdagang dan pulang ke Makkah, sayidatina Khadijah amat terkejut kerana hasil dagangan Baginda s.a.w. itu berganda keuntungannya berbanding sebelum ini. Bahkan pembantu lelaki Baginda s.a.w. yang bernama Maisarah, turut menceritakan kepada sayidina Khadijah akan keperibadian Baginda s.a.w. dan menceritakan pengalamannya ketika berehat di Busra, dimana seorang rahib menceritakan kepadanya bahawa lelaki mulia tersebut adalah Utusan terakhir yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Oleh kerana kisah tersebut, maka sayidatina Khadijah terus memerdekakan Maisarah dan isterinya, bahkan diberikan wang, kuda dan pakaian yang mahal kepada mereka berdua.

Begitu juga dengan kisah peletakan batu Aswad( Hajar al-Aswad) yang beralih akibat banjir besar di Kota Makkah. Peristiwa yang berlaku pada tahun 606 Masihi ketika Baginda s.a.w. berumur 35 tahun amat membuktikan Baginda s.a.w. seorang pemuda yang membawa rahmat kepada penduduk Makkah. Apabila batu tersebut beralih daripada kedudukan asalnya, maka setiap qabilah saling bergaduh dalam menentukan siapa yang sepatutnya meletakkan batu tersebut pada tempatnya yang asal, bahkan mereka hampir sahaja berperang kerananya. Setiap qabilah mengangkat kemuliaan masing-masing, yang terkenal dengan kekuatan mengatakan merekalah yang mulia dan layak meletakkan batu mulia tersebut. Begitu juga yang memiliki kekayaan, mengatakan qabilah mereka lebih layak. Oleh kerana tiada penyelesaian, maka mereka akhirnya bersetuju untuk bersikap adil dan membiarkan seseorang yang pertama memasuki halaman Ka’bah pada keesokan hari untuk memilih qabilah mana yang sepatutnya meletakkan batu mulia tersebut. Di atas ketentuan Allah s.w.t., maka Baginda s.a.w. merupakan orang yang pertama memasuki halaman Ka’bah, dan mereka semuanya bersepakat untuk menyerahkan keputusan kepada Baginda s.a.w. kerana mereka mempercayai Baginda s.a.w.. Dengan sifat rahmat yang tertanam di dalam diri Baginda s.a.w., keadilan yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w. diluar jangkaan mereka. Baginda s.a.w. kemudiannya mengangkat sendiri batu tersebut dan meletakkan di atas kain serban Baginda s.a.w. yang mulia. Setelah itu, Baginda s.a.w. menyuruh setiap ketua qabilah tersebut memegang bucu kain serban Baginda s.a.w. dan sama-sama membawanya ke penjuru Ka’bah. Kemudian Baginda s.a.w. mengambil dan meletakkannya di tempat asalnya.


  3)      Rahmat Baginda s.a.w. sebagai UtusanNya.

Setelah Baginda s.a.w. diutuskan sebagai PesuruhNya kepada kesemua umat manusia, rahmat Baginda s.a.w. semakin terzahir. Baik kepada mereka yang mengikuti Baginda s.a.w., ataupun mereka yang memusuhi Baginda s.a.w., rahmat Baginda s.a.w. tidak pernah terbatas. Baginda s.a.w. bersabda;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan”.[18]


Perhatikanlah kepada firman Allah s.w.t. berkenaan kerahmatan Baginda s.a.w. kepada pengikut Baginda s.a.w.;
ﭙ  ﭚ  ﭛ   ﭜ  ﭝ  ﭞ  ﭠ  ﭡ      ﭢ  ﭣ  ﭤ  ﭥ  ﭦ   ﭧ   ﭩ  ﭪ  ﭫ  ﭬ  ﭭ  ﭮ  ﭯ  ﭱ  ﭲ   ﭳ  ﭴ  ﭵ  ﭷ  ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ 
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai kekasihKu), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.[19]


Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya antara rahmat Baginda s.a.w. yang terzahir ketika Baginda s.a.w. diutuskan sebagai PesuruhNya ialah mengajarkan masyarakat sekeliling Baginda s.a.w. bahkan kepada semua manusia secara umumnya kepada menTauhidkan Allah s.w.t. dan membawa akhlaq yang terpuji. Ketika Baginda s.a.w. belum diutuskan, masyarakat musyrikin Makkah menyembah 360 patung berhala yang diletakkan di sekeliling Ka’bah. Mereka bukanlah menyembah patung-patung tersebut melainkan mereka menganggap sebagai perantaraan antara mereka dengan Allah s.w.t. sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t.;
ﮋ  ﮌ  ﮍ  ﮎ  ﮏ    ﮐ  ﮑ  ﮒ  ﮓ   ﮔ     ﮕ  ﮖ 
Maksudnya: “…Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya…”.[20]


Firman Allah s.w.t. lagi melalui pesanan Luqman al-Hakim kepada anak beliau tentang keburukan syirik;
ﭱ  ﭲ    ﭳ  ﭴ  ﭵ   
Maksudnya: “….Sesungguhnya kesyirikan itu adalah kezaliman yang besar”.[21]


Selain daripada itu, mereka juga merupakan golongan yang mempunyai akhlaq yang amat tercela. Mereka terkenal sebagai golongan yang membunuh anak-anak perempuan, melakukan perkara yang keji, sentiasa berbohong sesama sendiri, menjadikan mereka golongan yang amat hina.

Maka, apabila Baginda s.a.w. menyampaikan Agama Islam yang murni, yang mengandungi keTauhidan yang suci, barulah masyarakat musyrikin Makkah mengetahui ajaran ‘aqidah yang sebenarnya kepada Allah s.w.t.. Mereka terpukau dengan setiap daripada kalam Baginda s.a.w. dan terserlah keyakinan di wajah Baginda s.a.w., akhirnya, seorang demi seorang, dari golongan hamba hinggalah golongan bangsawan, memeluk Agama Islam yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.. Mereka juga mencontohi akhlaq Baginda s.a.w. yang amat indah dimata sesiapa yang melihatnya walaupun disisi orang yang memusuhi Baginda s.a.w.. Walaupun dugaan yang dihadapi oleh para sahabat begitu kuat, akan tetapi kerana kelazatan dan keyakinan mereka terhadap Baginda s.a.w. menjadikan mereka kental dalam menghadapi golongan kafir musyrik.

Perkara yang penuh bermakna ini telah diungkapkan oleh sayidina Ja’far ibn Abi Talib, saudara Baginda s.a.w., kepada Raja Najasyi apabila beliau dan beberapa orang sahabat lagi melakukan hijrah yang pertama, iaitu ke Habsyah. Sayidina Ja’far berkata;
Wahai raja, dahulunya kami adalah orang-orang jahiliyyah yang menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan perkara keji, memutuskan ikatan kekeluargaan, bersikap jahat terhadap jiran dan orang yang kuat dari kalangan kami menindas golongan yang lemah. Kami terus dalam keadaan sedemikian sehinggalah Allah s.w.t. membangkitkan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami. Setelah itu, barulah kami mengenal tentang keluarganya, kejujurannya, amanahnya dan kesuciannya daripada melakukan dosa. Baginda s.a.w. menyuruh kami bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan tali kekeluargaan, berbaik dengan jiran, meninggalkan perkara yang haram dan pertumpahan darah. Baginda s.a.w. juga melarang kami dari melakukan perkara keji, bercakap bohong, memakan harta anak yatim, dan menuduh perempuan yang suci dengan zina. Baginda s.a.w. juga menyuruh kami menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain, menyuruh kami mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta berpuasa”.


Pada suatu hari, seorang sahabat telah melihat sayidina Umar radhiyAllahu ‘anhu menangis dan ketawa secara tiba-tiba. Maka sahabat tadi yang kehairanan pun bertanya kepada sayidina Umar radhiyAllahu ‘anhu, “Wahai Umar, kenapakah tiba-tiba engkau menangis kemudiannya ketawa?”. Sayidina Umar pun menjawab, “Aku menangis tadi kerana aku mengingati anak perempuanku yang telah aku tanam secara hidup-hidup. Ketika aku menggali lubang untuk menanamku, dia juga turut membantuku dengan gembira tanpa dia tahu bahawa dia akan ditanam. Kemudian apabila aku meletakkannya di dalam lubang, dia menyapu pasir yang terlekat pada jangkutku. Itu yang menyebabkan aku menangis. Adapun yang menyebabkan aku ketawa setelah itu, aku teringat dahulu bahawa aku merupakan seorang pedangan yang berdagang di Syam. Setiap kali aku berdagang, aku akan membawa berhalaku yang diperbuat daripada tamar agar dapat aku sembah berhalaku ketika dalam perjalanan. Tetapi, suatu hari aku telah kehabisan makanan dan kerana kelaparan, aku pun memakan berhala itu yang telah aku sembah. Itulah sebabnya aku ketawa”.


Kelazatan para sahabat bersama Baginda s.a.w. dan Islam yang dibawa Baginda s.a.w. terungkap di dalam sebuah hadith Baginda s.a.w.;
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ، أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Maksudnya: “Tiga perkara yang mana sekiranya terdapat pada diri seseorang itu, akan merasai kemanisan iman; Apabila dia mencintai Allah s.w.t. dan rasulNya s.a.w. lebih daripada selainnya; Apabila dia mencintai seseorang kerana Allah s.w.t.; dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka”.[22]


Dengan rahmat yang berserta bersama Baginda s.a.w. juga, Baginda s.a.w. dapat menyatu padukan masyarakat yang berbilang bangsa dan terdiri daripada pelbagai qabilah di bawah panji Islam. Sebelum Baginda s.a.w. menyampaikan risalah Nubuwwah, masyarakat di Makkah dan sekitarnya hidup dalam perpecahan dan ‘asobiyyah yang tinggi. Mereka hidup dalam keadaan berqabilah dan berbangga dengan qabilah masing-masing bahkan sering berlaku peperangan walaupun disebabkan sekecil-kecil perkara. Apabila Baginda s.a.w. menyebarkan Agama Baginda s.a.w. yang tidak menyentuh tentang sifat ke-qabilah-an, mereka semua dapat menerima ajaran Baginda s.a.w. dengan mudah dan langsung tidak memandang bahawa Baginda s.a.w. menyebarkan Agama diatas dasar Baginda s.a.w. salah seorang daripada bangsa Quraisy. Maka, kesemua qabilah di Makkah dapat bersatu bahkan hampir sahaja mereka lupa akan qabilah mereka kerana kehidupan mereka yang semata-mata kerana Islam dan mencintai Baginda s.a.w..

Begitulah juga yang berlaku kepada qabilah ‘Aus dan Khazraj yang terkenal dengan peperangan 100 tahun. Kedua-dua golongan ini, walaupun sama-sama menetap di sekitar Yathrib dan berketurunan ‘Arab, sentiasa di kancah peperangan yang serius akibat hasutan daripada golongan Yahudi yang ingin memecah belahkan kekuatan golongan ‘Arab di Yathrib agar mereka dapat berkuasa. Akhirnya, dengan kerahmatan Baginda s.a.w., kedua-dua golongan tersebut bersatu dibawah panji Islam yang akhirnya menguatkan Islam dan bersama-sama berjuang disisi Baginda s.a.w..

Di dalam peristiwa Thoif juga, terserlah rahmatnya Baginda s.a.w. kepada umat manusia walaupun mereka memusuhi dan mencederakan Baginda s.a.w. dengan balingan batu-batu. Lalu datang malaikat Jibril ‘alaihi as-salam dan berkata, “Wahai Muhammad, kalau kamu izinkan kepadaku, biarlah aku mengambil bukit-bukit di sekitar Thoif ini dan menghempap mereka dengannya”. Akan tetapi Baginda s.a.w. melarang perbuatan sayidina Jibril ‘alaihi as-salam lalu Baginda s.a.w. berkata, “Walaupun mereka tidak menerima seruanku, akan tetapi aku tetap berharap anak dan cucu mereka akan menyembah Allah”. Kemudian dengan wajah Baginda s.a.w. yang mengalir darah akibat perbuatan kaum Thoif, Baginda s.a.w. berdo’a,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ
 Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.[23]


Sesungguhnya, kalau ingin dinyatakan kesemua peristiwa yang berkaitan dengan rahmat Baginda s.a.w. ketika Baginda s.a.w. menjadi Utusan Allah s.w.t., tidak dapat dimuatkan kesemuanya di dalam makalah ini. Antara peristiwa yang menunjukkan Baginda s.a.w. seorang Utusan yang membawa rahmat sepanjang dakwah Baginda s.a.w. secara ringkas;

-          Baginda s.a.w. seorang yang amat berlembut kepada orang tua dan kanak-kanak. Sabda Baginda s.a.w.;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
Maksudnya: “Bukanlah dari golongan kami siapa yang tidak merahmati golongan kanak-kanak kami dan menghormati golongan tua kami”.[24]

Pada suatu hari al-Aqra’ ibn Haabis pernah melihat Baginda s.a.w. mencium salah seorang daripada cucu Baginda s.a.w.. Setelah itu, beliau yang terpegun melihat sifat Baginda s.a.w. terus berkata, “Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang aku pernah cium”. Baginda s.a.w. mendengar luahannya itu langsung memandang dan bersabda;
مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ        
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi”.[25]


-          Peristiwa peperangan Uhud juga telah menyaksikan rahmat Baginda s.a.w. meliputi para sahabat, antaranya peristiwa sayidina Qatadah yang terkeluar matanya akibat panahan daripada tentera musyrikin. Ketika itu, tentera umat Islam kucar kacir kerana diserang secara mengejut oleh tentera pimpinan Khalid ibn al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam setelah mereka berundur tidak berapa lama sebelum itu. Melihat keadaan yang amat menggusarkan hati para sahabat yang bimbang akan keselamatan Baginda s.a.w., mereka berkumpul untuk mempertahankan Baginda s.a.w. termasuklah sayidina Qatadah. Secara tiba-tiba, panahan daripada tentera musyrikin menghujani mereka dan akhirnya terkena pada mata sayidina Qatadah yang menyebabkan matanya itu tersembur keluar. Dalam menahan kesakitan, beliau membawa matanya yang terkeluar itu dan cuba mendapatkan Baginda s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang perempuan yang aku cinta akannya, dan aku risau apabila dia melihat mataku, dia akan menjauhiku”. Maka Baginda s.a.w. pun mengembalikan matanya dengan tangan Baginda s.a.w. yang mulia, dan sayidina Qatadah dapat melihat kembali. Bahkan beliau berkata, bahawa matanya dapat melihat dengan lebih terang berbanding sebelumnya walaupun setelah beliau mencapai usia tua.[26]


-          Di dalam peperangan Khandaq pula, rahmat Baginda s.a.w. meliputi seluruh tentera Muslim yang kelaparan ketika menggali parit untuk pertahanan kota Madinah daripada serangan tentera musyrikin Makkah. Diriwayatkan oleh sayidina Aiman ibn ‘Ubaid, bahawa beliau pernah menemui sayidina Jaabir ibn ‘Abdillah lalu katanya;
إِنَّا يَوْمَ الْخَنْدَقِ نَحْفِرُ ، فَعَرَضَتْ كُدْيَةٌ شَدِيدَةٌ ، فَجَاءُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : هَذِهِ كُدْيَةٌ عَرَضَتْ فِي الْخَنْدَقِ ، فَقَالَ : أَنَا نَازِلٌ ، ثُمَّ قَامَ وَبَطْنُهُ مَعْصُوبٌ بِحَجَرٍ ، وَلَبِثْنَا ثَلاثَةَ أَيَّامٍ لا نَذُوقُ ذَوَاقًا ، فَأَخَذَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِعْوَلَ فَضَرَبَ ، فَعَادَ كَثِيبًا أُهِيلَ ، أَوْ أُهِيمَ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْذَنْ لِي إِلَى الْبَيْتِ ، فَقُلْتُ لامْرَأَتِي : رَأَيْتُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا مَا فِي ذَلِكَ صَبْرٌ ، فَعِنْدَكِ شَيْءٌ ؟ قَالَتْ : عِنْدِي شَعِيرٌ ، وَعَنَاقٌ ، فَذَبَحَتِ الْعَنَاقَ ، وَطَحَنَتِ الشَّعِيرَ حَتَّى جَعَلْنَا اللَّحْمَ فِي الْبُرْمَةَ ، ثُمَّ جِئْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْعَجِينُ قَدِ انْكَسَرَ ، وَالْبُرْمَةُ بَيْنَ الأَثَافِيِّ قَدْ كَادَتْ أَنْ تَنْضَجَ ، فَقُلْتُ : طُعَيْمٌ لِي ، فَقُمْ أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلٌ أَوْ رَجُلانِ ، فَقَالَ : كَمْ هُوَ ؟ فَذَكَرْتُ لَهُ ، فَقَالَ : " كَثِيرٌ طَيِّبٌ " ، قَالَ : قُلْ لَهَا : " لا تَنْزِعِ الْبُرْمَةَ وَلا الْخُبْزَ مِنَ التَّنُّورِ حَتَّى آتِيَ " ، قَالَ : " قُومُوا " ، فَقَامَ الْمُهَاجِرُونَ ، فَلَمَّا دَخَلَ عَلَى امْرَأَتِهِ ، قَالَ : وَيْحَكِ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمُهَاجِرِينَ وَالأَنْصَارِ وَمَنْ مَعَهُمْ ، قَالَتْ : هَلْ سَأَلَكَ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ ، فَقَالَ : " ادْخُلُوا وَلا تَضَاغَطُوا ، فَجَعَلَ يَكْسِرُ الْخُبْزَ ، وَيَجْعَلُ عَلَيْهِ اللَّحْمَ ، وَيُخَمِّرُ الْبُرْمَةَ وَالتَّنُّورَ إِذَا أَخَذَ مِنْهُ ، وَيُقَرِّبُ إِلَى أَصْحَابِهِ ، ثُمَّ يَنْزِعُ ، فَلَمْ يَزَلْ يَكْسِرُ وَيَغْرفُ حَتَّى شَبِعُوا ، وَبَقِيَ بَقِيَّةٌ ، قَالَ : " كُلِي وَأَهْدِي ، فَإِنَّ النَّاسَ أَصَابَتْهُمْ مَجَاعَةٌ
Maksudnya: “Ketika kami menggali parit ketika peristawa Khandaq, terdapat seketuk batu yang amat keras(dan tidak dapat memecahkannya). Maka kami pun datang menemui Baginda s.a.w. dan berkata, “Batu yang sangat keras ini telah menghalang kami untuk menggali parit. Maka Baginda s.a.w. pun bersabda, “Aku sendiri yang turun”. Kemudian Baginda s.a.w. berdiri dan terlihat di perut Baginda s.a.w. terikat dengan batu(kerana menahan kelaparan). Telah tiga hari kami ketiadaan makanan yang dapat kami rasakan. Kemudian, Baginda s.a.w. mengambil tukul lalu memukulkan batu tersebut sehingga ianya pecah serta hancur. Kemudian aku datang kepada Baginda s.a.w., “Izinkanku untuk pulang ke rumah?”. Setelah itu aku berkata kepada isteriku, “Aku telah melihat Baginda s.a.w. sesuatu yang aku tidak sanggup melihatnya. Apakah kamu memiliki sesuatu(untuk dimakan)?”. Jawab Isteriku, “Aku memiliki gandum dan anak kambing”. Kemudian isteriku menyembelih anak kambing tersebut dan membuat adunan gandum sehingga menjadi makanan di dalam bekas. Setelah itu, aku menemui Baginda s.a.w. sementara adunan tepung itu  mulai masak dan periuk antara dua tungku hampir masak. Maka aku datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata, “Aku memiliki sedikit makanan, maka berdirilah wahai RasulUllah bersama seorang atau dua orang sahaja”. Baginda s.a.w. bersabda  kepadaku, “Untuk berapa orang?”. Maka aku pun memberitahu Baginda s.a.w. semula. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Lebih ramai lebih baik. Katakan kepada isterimu, “Jangan mengangkat periuk dan adunan roti tersebut daripada api sehingga aku datang”. Baginda s.a.w. bersabda lagi, “Bangunlah kalian semua!”. Maka kesemua golongan Muhajirin dan Ansar, dan sayidina Jabir pun memberitahu kepada isterinya. Lalu isterinya berkata, “Aduh, Baginda s.a.w. telah datang bersama golongan Muhajirin dan Ansar beserta orang yang bersamanya juga”. Isteriku pun bertanya kepada aku, “Apakah Baginda s.a.w. meminta kepadamu sebegitu?”. Aku pun menjawab, “Benar”. Maka Baginda s.a.w. pun berkata, “Masuklah kalian dan janganlah berasak-asakan”. Setelah itu Baginda s.a.w. pun mencuit-cuit roti tersebut dan juga daging. Dan Baginda s.a.w. menutupkan periuk dan tungku api setiap kali Baginda s.a.w. mengambilnya. Baginda s.a.w. pun mendekati para sahabatnya dan mengedarkan makanan tadi. Baginda s.a.w. pun berulang kali mencuit roti serta menceduk daging tersebut sehingga kesemua sahabat kekenyangan, dan makanan tersebut masih mempunyai baki. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Makanlah kamu(isteri sayidina Jabir), dan hadiahkanlah kepada orang ramai, kerana masih ramai manusia yang masih kelaparan”.[27]


-          Sifat rahmat Baginda s.a.w. bukan sahaja terhad kepada umat Islam, bahkan meliputi kepada golongan kafir yang memusuhi Baginda s.a.w.. Pernah terjadi dalam satu peristiwa di sebuah pasar dalam kota Madinah, dimana terdapatnya seorang wanita tua yang buta beragama Yahudi yang menjadi pengemis di pasar tersebut. Wanita tua tersebut sentiasa mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap Baginda s.a.w.. Terdapat segelintir daripada penduduk Madinah yang lalu lalang di pasar tersebut, sentiasa memberinya sedekah kerana kasihan melihat keadaan wanita buta yang dhoif lagi buta, akan tetapi kebanyakkan mereka tidak menghiraukan wanita tersebut. Pada suatu hari, Baginda s.a.w. melalui di pasar dimana tempat wanita tua yang buta tersebut sentiasa melontarkan kata-kata cacian yang kesat kepada Baginda s.a.w.. Maka, Baginda s.a.w. pun terdengar cacian daripada wanita tersebut, dan Baginda s.a.w. mendekati wanita tersebut. Melihat keadaan wanita tersebut, Baginda s.a.w. sedikit pun tidak merasakan marah mahupun benci kepada wanita tua yang buta itu, bahkan Baginda s.a.w. terus membelikan sedikit makanan lalu disuapkan ke mulut wanita tua yang buta dan beragama Yahudi itu. Perbuatan Baginda s.a.w. yang mulia ini bukan hanya dilakukan sekali dua, akan tetapi semenjak Baginda s.a.w. menyuapkan wanita itu, Baginda s.a.w. tidak pernah berhenti sehinggalah Baginda s.a.w. wafat dalam keadaan wanita tersebut tidak tahu siapakah yang menyuapkannya dengan penuh kelembutan. Wanita itu pula tidak sempat untuk bertanyakan siapakah yang menyuapkannya makanan kerana mulutnya tidak henti-henti mencaci Baginda s.a.w., manusia mulia yang menyuapkan makanan kedalam mulutnya itu.

Pada suatu hari, sayidina Abu Bakr as-Siddiq mendatangi anaknya, sayidatina ‘Aisyah radhiyAllahu ‘anhuma tidak lama setelah Baginda s.a.w. wafat. Lalu beliau meluahkan perasaannya kepada anaknya yang tercinta, “Wahai anakku, apakah yang biasa dilakukan oleh Baginda s.a.w. tetapi tidak aku lakukan?”.

Maka jawab anaknya itu, “Wahai bapaku, sesungguhnya engkau telah melakukan kesemua perkara yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. melainkan satu perkara sahaja”. Sayidina Abu Bakr terus bersemangat, “Khabarkanlah kepadaku tentang perkara itu!”.

Sayidatina ‘Aisyah pun memberitahu kepada ayahnya bahawa Baginda s.a.w. pada setiap hari akan ke pasar untuk menyuapkan makanan kepada seorang wanita tua yang buta beragama Yahudi. Sejak Baginda s.a.w. wafat, tiada seorang pun yang menyuapkan wanita tersebut makanan.

Sayidina Abu Bakr yang bersemangat untuk melakukan perbuatan yang dilakukan Baginda s.a.w. tersebut. Pada keesokan hari, beliau terus bergerak menuju ke pasar Madinah dan mencari-cari wanita tua yang buta seperti diperkatakan anak beliau. Akan tetapi, tidaklah yang beliau dapati di pasar tersebut melainkan seorang wanita tua yang buta, yang tidak lekang mulutnya dengan cacian terhadap kekasih hati sayidina Abu Bakr itu.

Dengan menahan kemarahan, beliau menghampiri wanita tua tersebut dan cuba untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut wanita itu walaupun telinganya ‘kepanasan’ mendengar kata-kata cacian. Akan tetapi, wanita itu memalingkan mukanya daripada suapan sayidina Abu Bakr sambil berkata, “Siapakah kamu yang menyuapku?”. Dengan sabar, beliau menjawab, “Akulah yang sentiasa menyuapmu”. Wanita itu tidak percaya lalu berkata, “Tidak! Kamu bukanlah orang yang selalu menyuapkan makanan kepadaku. Aku dapat rasakan kelembutan dan kesopanan melalui suapannya. Bahkan aku tahu orang itu akan menghaluskan makanan sebelum menyuapkan kepadaku”. Sambung wanita itu lagi, “Akan tetapi, kali ini aku merasakan kekasaran dan sangat susah untuk aku menelan makanan”.

Sayidina Abu Bakr pun menangis mendengar luahan wanita itu. Tidaklah yang dihati beliau melainkan teringatkan kepada kekasih hatinya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Dengan penuh kesedihan, beliau pun menerangkan kepada wanita tersebut, “Benarlah, aku bukanlah orang yang sentiasa menyuapkan makanan ke mulutmu seperti sebelum ini. Aku merupakan sahabatnya, dan aku sekarang menggantikannya”.

Wanita tua tersebut kehairanan lalu bertanya, “Siapakah orang yang menyuapkan aku dahulu? Kemanakah perginya orang itu?”. Tangisan sayidina Abu Bakr semakin kedengaaran, beliau semakin tidak dapat menahan kesedihannya. Beliau cuba untuk menjelaskan kepada wanita itu, “Orang yang menyuapkan makanan kepadamu itulah orang yang kamu caci pada setiap hari. Dialah Muhammad Rasulullah. Sesungguhnya dia telah kembali kepada Kekasihnya dan aku pula yang menggantikan tempatnya”.

Penjelasan sayidina Abu Bakr itu mengejutkan wanita tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa orang yang dicacinya setiap hari itulah yang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan penuh kesopanan dan kelembutan. Dia pun bertanya untuk kepastian, “Orang yang menyuapkan makanan kepadaku itu adalah Muhammad Pesuruh Allah?”. Sayidina Abu Bakr meyakinkannya, “Ya, benar. Dialah yang menyuapkan makanan kepadamu dengan penuh kelembutan dan sesungguhnya aku tidak dapat lakukannya seperti yang dilakukan olehnya”.

Wanita itu pun menangis sambil berkata, “Selama ini aku telah menghinanya, menfitnahnya, tetapi dia tetap tidak memarahiku bahkan tiap-tiap hari menyuapkan makanan ke dalam mulutku dengan penuh kelembutan. Sekarang dia telah meninggalkanku dan aku tidak sempat untuk memohon kemaafan daripadanya”. Wanita itu meneruskan percakapannya, “Sekarang aku mahu engkau menjadi saksi bahawa aku bersaksi bahawa tiada Tuhan(yang wajib disembah) melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah”.


-          Baginda s.a.w. juga diberikan rahmat oleh Allah s.w.t. untuk memohon keampunan Allah s.w.t. kepada mereka yang meminta keampunan melalui Baginda s.a.w.. Firman Allah s.w.t.;
ﮫ  ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ   ﮰ  ﮱ  ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ      ﯗ  ﯘ  ﯙ  ﯚ  ﯛ 
Maksudnya: “…dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.[28]

Imam Ibn ‘Adil di dalam kitab Tafsirnya “al-Lubab Fi ‘Uluum al-Kitab” menukilkan satu kisah berkaitan dengan ayat tersebut;
“Sesungguhnya terdapat satu kaum dari golongan munafiq ingin mempermainkan Baginda s.a.w.. Kemudian, mereka pun pergi untuk bertemu Baginda s.a.w. diatas niat tersebut di dalam suatu majlis. Akan tetapi malaikat Jibril ‘alaihi as-salam memberitahu kepada Baginda s.a.w. akan hal tersebut. Setelah itu, Baginda s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya terdapat segolongan manusia yang telah masuk(ke dalam majlis kita) dan mereka ingin melakukan perkara yang mana mereka tidak dapat melakukannya. Maka berdirilah, dan beristirgfarlah kalian kepada Allah s.w.t. sehingga Allah s.w.t. memaafkan kalian”. Akan tetapi, golongan munafiq tersebut tidak bangun seperti yang Baginda s.a.w. perintahkan. Maka Baginda s.a.w. bersabda lagi, “Hendaklah kalian bangun!”. Mereka tetap sahaja tidak melakukannya. Sehinggalah Baginda s.a.w. bersabda, “Bangun wahai fulan, bangun wahai fulan!”. Sehingga bilangan mereka seramai 12 orang. Maka mereka berdiri dan berkata, “Sesungguhnya kami telah berazam diatas apa yang diberitahu engkau. Dan kami bertaubat kepada Allah daripada kezaliman diri kami. Maka ampunilah kami”. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Sekarang keluarlah kalian. Sesungguhnya suruhan aku bertujuan untuk mendekatkan kalian kepada memohon kempunan. Dan Allah s.w.t. yang dekat kepada pengampunan. Maka keluarlah kalian daripadaku”.



Rahmatnya Tidak Terbatas


Firman Allah s.w.t.;
ﮞ  ﮟ  ﮠ  ﮡ  
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.[29]


Firman Allah s.w.t. lagi;
ﭳ  ﭴ    ﭵ    ﭶ  ﭷ  ﭸ  ﭹ  ﭺ  ﭻ  ﭽ  ﭾ  ﭿ   ﮀ   ﮁ  ﮂ  ﮃ  ﮅ  ﮆ  ﮇ  ﮈ  ﮉ  ﮊ       ﮋ  ﮌ  ﮎ  ﮏ  ﮐ  ﮑ   
Maksudnya: “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”.[30]


Baginda s.a.w. pernah menegaskan berkenaan kewafatan Baginda s.a.w. di dalam satu hadith, sepertimana yang telah diceritakan oleh sayidina Zaid ibn Arqam kepada Hussein ibn Sabrah dan Umar ibn Muslim, apabila mereka berdua meminta sayidina Zaid untuk menceritakan pengalaman beliau bersama Baginda s.a.w.. Lalu beliau berkata kepada mereka berdua, “Pada suatu hari, Baginda s.a.w. pernah berdiri berkhutbah di suatu tempat yang berair dikenali sebagai Khumma, yang terletak diantara Makkah dan Madinah. Setelah itu, Baginda s.a.w. bertahmid kepada Allah dan memujiNya, serta menasihati dan memberi peringatan. Setelah itu Baginda s.a.w. bersabda;
أَمَّا بَعْدُ ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ ، فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ ، أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ ، فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ ، فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ، ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي
Maksudnya: “Amma Ba’du. Ingatlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang manusia yang hampir sekali aku didatangi oleh utusan Tuhanku(iaitu Malaikat Maut), dan aku menjawab seruan tersebut. Jadi, aku meninggalkan kepada kamu semua dua perkara yang berat(agung); pertamanya ialah kitab Allah yang mana padanya petunjuk dan cahaya. Maka, ambillah kalian semua dengan kitab Allah dan berpegang teguhlah padanya. Dan berpegang teguhlah serta cintailah kepadanya”. Setelah itu Baginda s.a.w. menyambung, “Dan juga ahli keluargaku. Aku mengingatkan kalian akan Allah pada ahli keluargaku. Aku mengingatkan kalian akan Allah pada ahli keluargaku. Aku mengingatkan kalian akan Allah pada ahli keluargaku…”.[31]


Sesungguhnya kewafatan Baginda s.a.w. merupakan perkara yang paling sedih yang dihadapi oleh umat Islam terutamanya para sahabat Baginda s.a.w. yang selama ini menjalani kehidupan seharian dengan disinari keindahan Baginda s.a.w.. Diriwayatkan bahawa pada hari kewafatan Baginda s.a.w., kota Madinah seolah-olah mengalami banjir akibat tangisan para sahabat yang tidak dapat menahan kesedihan mereka. Walau bagaimanapun, perpindahan Baginda s.a.w. ke alam Barzakh bukan bermakna rahmat yang bersama Baginda s.a.w. juga terangkat. Bahkan rahmat Baginda s.a.w. tetap bersama dengan umat Islam dan perkara ini terbukti di dalam beberapa peristiwa penting yang telah disaksikan oleh para pencinta Baginda s.a.w..


Golongan pertama yang meyakini bahawa rahmat Baginda s.a.w. tidak hilang walaupun Baginda s.a.w. tidak bersama mereka ialah para sahabat radhiyAllahu ‘anhum ajma’in. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Ibn Katsir di dalam peristiwa peperangan Yamamah, dimana para sahabat menghadapi tentara Musailamah al-Kazzab, seorang yang mendakwa sebagai nabi. Ketika itu sayidina Khalid ibn al-Walid membawa bendera tentera Islam sehingga berjaya melintasi kawasan musuh. Setelah itu, beliau melalui bukit dan memerhatikan bagaimana cara untuk beliau dapat sampai dekat dengan Musailamah al-Kazzab dan membunuhnya. Kemudian beliau kembali semula kepada barisan tentera, lalu berhenti di antara dua saf tentera dan menyeru untuk berlawan seorang dengan seorang dari kalangan tentera musuh. Setelah itu beliau berkata, “Aku adalah putera al-Walid yang datang semula, aku adalah putera ‘Amir dan Zaid”. Kemudian beliau melaungkan syi’ar golongan Muslimin iaitu, “Ya Muhammadaah”.[32]


Para sahabat juga turut meyakini kerahmatan baginda s.a.w. apabila mereka mengalami kesakitan. Sebagamana yang diriwayatkan oleh al-Haitham ibn al-Khannas bahawasanya pada suatu hari, ketika kami bersama sayidina ‘Abdullah ibn Umar, tiba-tiba kaki beliau menjadi kejang. Lalu seorang lelaki berkata kepadanya, “Sebutlah nama manusia yang paling kami kasihi”. Maka beliaupun menyebut, “Ya Muhammad”. Secara tiba-tiba, kakinya yang kekejangan terus sembuh.

Begitu juga dalam satu kisah yang lain yang diriwayatkan oleh Mujahid, dimana pada suatu hari kaki seorang lelaki menjadi kebas ketika sedang bersama dengan sayidina Ibn ‘Abbas. Maka sayidina Ibn ‘Abbas pun berkata kepadanya, “Sebutkanlah nama orang yang paling kamu kasihi”. Setelah itu, orang tersebut pun berkata, “Muhammad”, dan kekebasan kakinya terus hilang.[33]


Terdapat satu kisah yang dikenali Kisah Imam al-‘Utbi, yang dinukilkan oleh Imam al-Hafiz Sheikh ‘Imaduddin Ibn Kathir; Telah menyebut suatu jemaah, diantara mereka ialah asy-Sheikh Abu Mansur al-Sobbagh di dalam kitabnya asy-Syamil berkenaan hikayat yang masyhur mengenai Imam al-‘Utbiy yang menceritakan bahawa, “Ketika aku duduk di sisi maqam Baginda s.a.w., telah datang seorang Arab Badwi lalu mengucapkan, “Salam sejahtera keatasmu wahai Rasulullah s.a.w.! Sesungguhnya aku telah mendengar Allah s.w.t. berfirman; {…dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani}[34]. Dan sesungguhnya aku telah datang kepadamu kerana memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafa’atmu kepada Tuhanku”. Setelah itu, Arab Badwi tersebut mendendangkan beberapa bait sya’ir;
يا خير من دفنت في الترب أعظمـه *** فطاب من طيبهـن القـاع والأكـم
نفسي الفـداء لقبـر أنـت ساكنـه *** فيه العفاف وفيـه الجـود والكـرم
Wahai penghuni kuburan yang tulang-belulangnya di tanah suci ini,
Kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga dipuji.
Jiwaku sedia berkorban terhadap orang yang mendiami kuburan ini,
Yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati.

Setelah itu Arab Badwi tersebut beredar dari situ. Peristiwa tersebut menjadikan aku terbawa-bawa dalam tidurku. Lalu, aku bermimpi bertemu Baginda s.a.w. dan Baginda s.a.w. bersabda kepadaku, “Wahai ‘Utbi! Pergi dapatkan lelaki itu dan sampaikan berita gembira kepadanya bahawa Allah s.w.t. telah mengampuni dosanya”.[35]


Bahkan kita semua juga mengetahui bahawa Baginda s.a.w. akan memberi syafaat kepada seluruh umat Baginda s.a.w.. Firman Allah s.w.t. yang berkaitan dengan rahmat Baginda s.a.w. kepada umatnya;
ﮄ  ﮅ  ﮆ     ﮇ  ﮈ 
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di akhirat kepada umatmu) sehingga engkau reda (berpuas hati)”.[36]

Imam al-Hafiz Ibn Kathir mensyarahkan berkaitan ayat ini di dalam tafsir beliau, {Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di akhirat kepada umatmu) sehingga engkau reda (berpuas hati)}, iaitu pada alam Akhirat dimana Baginda s.a.w. diberikan Allah s.w.t. segala nikmat sehingga Baginda s.a.w. redha, iaitu kesejahteraan umat Baginda s.a.w. daripada azab api neraka.

Hal ini ditegaskan di dalam satu hadith sebagaimana diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibn Amr al-‘Ash, dimana Baginda s.a.w. menangis kerana risau keadaan umat Baginda s.a.w. di hadapan sayidina Jibril ‘alaihi as-salam;
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَلَا قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي إِبْرَاهِيمَ : رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي سورة إبراهيم آية 36 الآيَةَ ، وَقَالَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَام : إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ سورة المائدة آية 118 ، فَرَفَعَ يَدَيْهِ ، وَقَالَ : اللَّهُمَّ ، أُمَّتِي ، أُمَّتِي ، وَبَكَى ، فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : يَا جِبْرِيلُ ، اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ وَرَبُّكَ أَعْلَمُ ، فَسَلْهُ مَا يُبْكِيكَ ؟ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ ، فَسَأَلَهُ ، فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا قَالَ ، وَهُوَ أَعْلَمُ ، فَقَالَ اللَّهُ : يَا جِبْرِيلُ ، اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ ، فَقُلْ : إِنَّا سَنُرْضِيكَ فِي أُمَّتِكَ وَلَا نَسُوءُكَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah membaca firman Allah s.w.t. mengenai Nabi Ibrahim ‘alaihi as-salam: {Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku(hingga akhir ayat surah Ibrahim; 36}. Dan Nabi s.a.w. membacakan ayat mengenai Nabi Isa ‘alaihi as-salam: {Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana(al-Maedah; 118}. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kedua tangan Baginda s.a.w. sambil berdo’a dan bercucuran air matanya, “Wahai Allah, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku”. Kemudian Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada malaikat Jibril ‘alaihi as-salam, “Pergilah kepada Muhammad dan sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui, dan tanyakan kepadanya, “Apa yang membuatkan kamu menangis?”. Maka malaikat Jibril pun bertanyakan kepada Baginda s.a.w., dan Baginda s.a.w. menjawab dengan apa yang difirmankan Allah s.w.t. tentang Allah s.w.t. lebih mengetahui hal itu”. kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat Jibril ‘alaihi assalam, “Wahai Jibril, temuilah Muhammad dan katakanlah bahawa Kami akan menyenangkan hatimu dengan umatmu dan tidak akan membuatkanmu sedih kerananya”.[37]


Baginda s.a.w. telah menegaskan syafa’at Baginda s.a.w. di dalam banyak hadith Baginda s.a.w. yang mulia, antaranya seperti yang diriwayatkan oleh sayidina Anas ibn Maalik radhiyAllahu ‘anhu;
يَجْمَعُ اللَّهُ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَهْتَمُّونَ لِذَلِكَ ، وقَالَ ابْنُ عُبَيْدٍ : فَيُلْهَمُونَ لِذَلِكَ ، فَيَقُولُونَ : لَوِ اسْتَشْفَعْنَا عَلَى رَبِّنَا حَتَّى يُرِيحَنَا مِنْ مَكَانِنَا هَذَا ، قَالَ : فَيَأْتُونَ آدَمَ عَلَيْهِ السّلامُ ، فَيَقُولُونَ : أَنْتَ آدَمُ أَبُو الْخَلْقِ ، خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ ، وَأَمَرَ الْمَلَائِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ ، اشْفَعْ لَنَا عِنْدَ رَبِّكَ حَتَّى يُرِيحَنَا مِنْ مَكَانِنَا هَذَا ، فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ، فَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا نُوحًا أَوَّلَ رَسُولٍ بَعَثَهُ اللَّهُ ، قَالَ : فَيَأْتُونَ نُوحًا عَلَيْهِ السَّلامُ ، فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ، فَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلامُ الَّذِي اتَّخَذَهُ اللَّهُ خَلِيلًا ، فَيَأْتُونَ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السّلامُ ، فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ، وَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا مُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ الَّذِي كَلَّمَهُ اللَّهُ ، وَأَعْطَاهُ التَّوْرَاةَ ، قَالَ : فَيَأْتُونَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ ، فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ، وَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا عِيسَى رُوحَ اللَّهِ وَكَلِمَتَهُ ، فَيَأْتُونَ عِيسَى رُوحَ اللَّهِ وَكَلِمَتَهُ ، فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ، وَلَكِنْ ائْتُوا مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَبْدًا ، قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَيَأْتُونِي ، فَأَسْتَأْذِنُ عَلَى رَبِّي فَيُؤْذَنُ لِي ، فَإِذَا أَنَا رَأَيْتُهُ ، وَقَعْتُ سَاجِدًا فَيَدَعُنِي مَا شَاءَ اللَّهُ ، فَيُقَالُ : يَا مُحَمَّدُ ، ارْفَعْ رَأْسَكَ ، قُلْ : تُسْمَعْ سَلْ تُعْطَهْ ، اشْفَعْ تُشَفَّعْ ، فَأَرْفَعُ رَأْسِي ، فَأَحْمَدُ رَبِّي بِتَحْمِيدٍ يُعَلِّمُنِيهِ رَبِّي ، ثُمَّ أَشْفَعُ ، فَيَحُدُّ لِي حَدًّا فَأُخْرِجُهُمْ مِنَ النَّارِ ، وَأُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ ، ثُمَّ أَعُودُ فَأَقَعُ سَاجِدًا ، فَيَدَعُنِي مَا شَاءَ اللَّهُ ، أَنْ يَدَعَنِي ، ثُمَّ يُقَالُ : ارْفَعْ رَأْسَكَ يَا مُحَمَّدُ ، قُلْ : تُسْمَعْ سَلْ تُعْطَهْ ، اشْفَعْ تُشَفَّعْ ، فَأَرْفَعُ رَأْسِي ، فَأَحْمَدُ رَبِّي بِتَحْمِيدٍ يُعَلِّمُنِيهِ ، ثُمَّ أَشْفَعُ ، فَيَحُدُّ لِي حَدًّا ، فَأُخْرِجَهُمْ مِنَ النَّارِ ، وَأُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ ، قَالَ : فَلَا أَدْرِي فِي الثَّالِثَةِ أَوْ فِي الرَّابِعَةِ ، قَالَ : فَأَقُولُ : يَا رَبِّ ، مَا بَقِيَ فِي النَّارِ ، إِلَّا مَنْ حَبَسَهُ الْقُرْآنُ
Maksudnya: “Allah s.w.t. akan mengumpulkan manusia pada hari Qiamat. Ketika itu mereka mementingkan tentang syafa’at”. Ibn ‘Ubaid menyebutkan, “Mereka diberi ilham oleh Allah s.w.t. untuk bertanyakan hal sedemikian”. Mereka berkata, “Sekiranya kita dapat memohon syafa’at kepada Tuhan, agar Dia mengizinkan kita beristirehat dari keadaan kita ini. Lalu mereka pergi kepada Nabi Adam ‘alaihi as-salam, lalu berkata, “Wahai Adam! Kamu adalah bapa kepada sekalian manusia. Allah telah menciptakanmu dengan yaddNya dan meniupkan roh ke dalam badanmu serta memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadamu. Syafa’atkanlah kami di hadapan Tuhanmu, agar dapat kami beristirehat dari keadaan begini”. Nabi Adam pun menjawab, “Aku bukanlah mempunyai hak untuk memberikan syafa’at”. Lalu Nabi Adam menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya, sehingga membuatnya merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut. Nabi Adam bersabda, “Akan tetapi datanglah kepada Nabi Nuh, Rasul pertama yang diutuskan oleh Allah s.w.t.”. Merekapun pergi menemui Nabi Nuh ‘alaihi as-salam, namun beliau berkata, “Aku bukanlah orang yang layak memberikan syafa’at”. Nabi Nuh pun menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukannya sehingga membuatkan mereka merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut. Nabi Nuh pun bersabda lagi, “Akan tetapi, datanglah menemui Nabi Ibrahim ‘alaihi as-salam yang telah dianggap sebagai kekasih Allah s.w.t.”. Mereka pun pergi menemui Nabi Ibrahim ‘alaihi as-salam, baginda juga bersabda, “Aku bukanlah orang yang layak memberikan syafa’at”. Lalu baginda menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukan sehingga menjadikannya merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut. Baginda berkata lagi, “Akan tetapi pergilah menemui Nabi Musa ‘alaihi as-salam, yang pernah diajak bicara oleh Allah dan diberikan kitab Taurat”. Mereka pun pergi menemui Nabi Musa ‘alaihi as-salam, namun baginda pun bersabda, “Aku bukanlah orang yang berhak memberikan syafa’at”. Lalu baginda menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya sehingga membuatkannya merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut”. Baginda bersabda lagi, “Akan tetapi kalian datanglah menemui Nabi ‘Isa ‘alaihi as-salam, baginda adalah roh Allah dan KalimatNya”. Mereka pun pergi menemui Nabi Isa ‘alaihi as-salam, roh Allah dan KalimatNya. Namun baginda juga bersabda, “Aku bukanlah orang yang layak memberikan syafa’at tetapi pergilah kamu semua kepada Muhammad s.a.w., hamba Allah yang telah diampuni dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian”.

Rasulullah s.a.w. meneruskan sabdanya, “Mereka datang kepadaku, lalu aku meminta izin kepada Tuhan dan aku pun diberi keizinan. Ketika aku melihatNya, aku merebahkan diriku dalam keadaan bersujud. Dia memanggil-manggilku, kemudian berfirman kepadaku, “Angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah sesuatu(yang dikau hajati), nescaya kamu akan didengari. Mohonlah, nescaya kamu akan diberi. Syafa’atkanlah, nescaya Aku menerima syafa’at yang kamu pohon”. Aku pun mengangkat kepalaku dan memuji Tuhan dengan pujian yang telah diajarkan oleh Allah kepadaku. Kemudian aku memberi syafa’at. Setelah itu, Allah memberikan ciri-ciri orang yang berhak mendapatkan syafa’at kepadaku. Lalu aku mengeluarkan orang-orang dari Neraka dan memasukkan mereka ke dalam Syurga. Kemudian aku kembali jatuh bersujud. Maka Allah memanggilku sebagaimana Dia kehendaki dan berfirman kepadaku, “Angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah, nescaya kamu akan didengari. Mohonlah, nescaya kami akan diberi. Syafa’atkanlah, nescaya Aku akan menerima syafa’at yang kamu pohon”. Perawi hadith berkata, “Aku tidak mengetahui secara pasti pada kali ketika atau keempat”. Baginda s.a.w. bersabda, “Wahai Tuhanku! Orang-orang yang masih berada di dalam Neraka hanyalah orang-orang yang ditahan oleh al-Qur’an, iaitu merekalah orang yang sememangnya perlu kekal di dalam Neraka”. [38]


Antara rahmat Baginda s.a.w. yang diberikan Allah s.w.t. ialah telaga al-Kautsar yang mana merupakan telaga yang khusus diberikan Allah s.w.t. kepada Baginda s.a.w. untuk umat Baginda s.a.w.. Perkara ini telah diriwayatkan oleh sayidina Anas ibn Maalik radhiyAllahu ‘anhu;
قَالَ : " بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ بَيْنَ أَظْهُرِنَا ، إِذْ أَغْفَى إِغْفَاءَةً ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ مُتَبَسِّمًا ، فَقُلْنَا : مَا أَضْحَكَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آنِفًا سُورَةٌ ، فَقَرَأَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ { 1 } فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ { 2 } إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ { 3 } سورة الكوثر آية 1-3 " ، ثُمَّ قَالَ : أَتَدْرُونَ مَا الْكَوْثَرُ ؟ فَقُلْنَا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : فَإِنَّهُ نَهْرٌ ، وَعَدَنِيهِ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ ، هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ ، فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ ، فَأَقُولُ : رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِي ، فَيَقُولُ : مَا تَدْرِي مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ ؟
Maksudnya: “Beliau(sayidina Anas) berkata, “Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. di antara kami, tiba-tiba Baginda s.a.w. tertidur. Kemudian Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya dalam keadaan tersenyum, maka kami pun bertanya, “Apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Aku baru sahaja diturunkan satu surah”. Lalu Baginda s.a.w. membaca, “{Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu(wahai kekasihKu) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban(sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)}”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, “Tahukan kalian apa itu al-Kautsar?”. Kami menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”. Baginda s.a.w. bersabda, “Ia adalah sungai yang dijanjikan oleh Tuhanku kepadaku. Padanya terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang umatku akan menemuiku pada hari Qiamat, bekas (untuk menceduknya) sebanyak sejumlah bintang. Lalu seorang hamba dari umatku terhalang darinya, maka aku berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya dia termasuk di dalam umatku”. Maka Allah s.w.t. berfirman, “kamu tidak tahu sesuatu yang terjadi setelahmu(berpindah alam)”.[39]




Penutup


Daripada sejumlah ayat al-Quran, Hadith-Hadith serta kisah-kisah diatas, kesemuanya menunjukkan bahawa rahmat Baginda s.a.w. amat luas. Keluasan rahmat Baginda s.a.w. tidak terhad kepada masa dan tempat tertentu, bahkan rahmat Baginda s.a.w. meliputi sebelum Baginda s.a.w. dilahirkan, ketika hayat Baginda s.a.w., bahkan lebih utama lagi setelah Baginda berpindah alam dan kita semua berada di alam Akhirat.


Baginda s.a.w. pernah menegaskan hakikat ini di dalam suatu hadith Baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh sayidina Ibn Mas’ud radhiyAllahu ‘anhu;
حياتي خير لكم تحدثون ويحدث لكم، ووفاتي خير لكم تعرض علي أعمالكم، فما رأيت من خير حمدت الله وما رأيت من شر استغفرت لكم
Maksudnya: “Sesungguhnya kehidupanku adalah baik baki kalian semua, kalian dapat berbicara denganku dan aku dapat berbicara dengan kalian. Dan kewafatanku juga adalah baik bagi kalian semua, akan dibentangkan kepadaku akan amalan kalian semua. Sekiranya aku melihat kebaikan darinya, maka aku akan memuji Allah, dan sekiranya aku melihat keburukan, maka aku akan meminta keampunan bagi kalian”.[40]


Maka, apakah kita tidak bergembira dengan sebegitu luas rahmat Baginda s.a.w. yang telah diletakkan Allah s.w.t. di dalam jiwa Baginda s.a.w. untuk kita semua?. Sesungguhnya beruntunglah orang yang bergembira dengan rahmat Allah s.w.t. yang istimewa ini kerana firman Allah s.w.t.;
ﮑ  ﮒ    ﮓ  ﮔ   ﮕ  ﮖ  ﮗ   ﮘ  ﮙ   ﮚ  ﮛ 
Maksudnya: “Katakanlah(wahai kekasihKu s.a.w.); “Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan demikian itu hendaklah mereka bersukacita kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala harta benda yang mereka kumpulkan”.[41]


Bahkan Baginda s.a.w. juga merupakan sebagai syi’ar Islam, dan syi’ar Allah yang paling agung. Allah s.w.t. telah menegaskan bahawa orang yang bertaqwa kepada Allah, adalah orang yang mengagungkan syi’arNya sebagaimana firman Allah s.w.t.;
  ﭩ  ﭪ  ﭫ   ﭬ  ﭭ  ﭮ  ﭯ   ﭰ      ﭱ 
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka itu adalah daripada tanda ketaqwaan di dalam hati”.[42]



Ayuhlah, sama-sama kita bersempena maulid an-Nabiy asy-Syarif pada tahun ini, menjadikan peristiwa ini bukanlah peristiwa tahunan seperti kebanyakkan peristiwa lain. Bahkan jadikanlah peristiwa ini sebagai batu lonjakan untuk semakin mendalamkan cinta kita kepada Baginda s.a.w., dan menjadikan peristiwa yang bermakna ini sebagai satu kekuatan untuk kita mengikuti Baginda s.a.w. dalam kehidupan kita. Bersempena bulan mulia ini juga, bersama-samalah kita berazam untuk memperbanyakkan selawat kepada Baginda s.a.w. kerana itu merupakan tanda cinta dan tulus hati kita kepada Baginda s.a.w..  Berbahagialah orang yang telah mendapatkan cinta Baginda s.a.w. kerana daripada cinta Baginda s.a.w.-lah mengalirnya cinta Allah s.w.t. ke dalam diri kita. Firman Allah s.w.t.;
ﭮ  ﭯ  ﭰ   ﭱ  ﭲ   ﭳ  ﭴ   ﭵ  ﭶ  ﭷ    ﭸ  ﭺ  ﭻ  ﭼ   ﭽ 
Maksudnya: “Katakanlah(wahai kekasihKu): Sekiranya kalian semua mencintai Allah s.w.t., maka ikutilah aku, nescaya kalian akan dikasihi Allah s.w.t. dan diampuni segala dosa-dosa kalian. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.[43]



Allahua’lam bis-sowab~

Selesai dinukil pada 3 November 2011 bersamaan 10 Rabi’ul Awwal 1433 Hijriyyah.
al-Faqir ila Rabbihi al-Lathif,
Tengku Ahmad Saufie.
“Wahai Rasulullah, terimalah hadiahku ini”.


[1] Surah at-Taubah; 128.
[2] Surah Yunus; 58.
[3] Surah al-Anbiya; 107.
[4] Sepertimana dinukilkan oleh Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuthi di dalam kitab tafsir beliau, “ad-Dur al-Mantsur Fi at-Tasfir Bi al-Maktsur”.
[5] Hadith Qudsiy diriwayatkan oleh Imam al-Haakim di dalam kitab beliau, Mustadrak ‘Ala as-Sohihain, no.4166.
[6] Bahasa Greek lama yang merujuk kepada maksud ‘penolong’. Di dalam kitab Injil lama yang menggunakan bahasa Greek lama, kalimah tersebut tercatat dengan ‘Paraklutos' yang bermaksud ‘Yang Sangat Terpuji”.
[7] Sebuah kitab Injil susunan Barnaba, seorang penggunting rambut Nabi ‘Isa ‘alaihi as-salam yang telah dipinggirkan oleh golongan Kristian kerana mempunyai banyak persamaan dengan al-Quran.
[8] Bermaksud ‘yang terpuji’.
[9] Surah al-Baqarah; 146.
[10] Dikeluarkan oleh ats-Tsa’labiy daripada jalan as-Saddiy as-Soghir daripada al-Kalbiy daripada sayidina Ibn ‘Abbas di dalam kitab tafsirnya “ad-Dur al-Mantsur Fi at-Tasfir Bi al-Maktsur” oleh Imam al-Hafiz as-Suyuthi rahimahUllahu ta’ala.
[11] Tubba’ merupakan gelaran bagi raja yang memerintah sekitar Yaman, sebagaimana gelaran bagi raja Mesir iaitu Fir’aun, Kisra bagi raja Rom dan sebagainya.
[12] Petikan surat ini diriwayatkan oleh Imam al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya “الجامع لاحكام القرآن” yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq dan selainnya.
[13] Surah al-Anbiya; 107.
[14] Soheh Muslim, no. 4711.
[15] Soheh Bukhari, no. 1211. Soheh Muslim, no. 923.
[16] Surah asy-Syarh; 1.
[17] Surah al-Qalam; 4.
[18] Sunan ad-Daarimiy; 15.
[19] Surah Aali Imran; 159.
[20] Surah az-Zumar; 3.
[21] Surah Luqman; 13.
[22] Hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya, no. 15.
[23] Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam sohehnya; no. 3477 dan Imam Muslim dalam sohehnya, no. 1792.
[24] Hadith diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi di dalam sunannya, no. 1842.
[25] Hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sohehnya, no. 5567.
[26] Hadith diriwayatkan oleh Imam al-Haakim di dalam mustadraknya, no. 5258.
[27] Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sohehnya, no. 3819.
[28] Surah an-Nisa; 64.
[29] Surah Aali Imran; 185.
[30] Surah Aali Imran; 144.
[31] Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sohehnya, no. 4432.
[32] Al-Bidayah wa al-Nihayah; 6/324.
[33] Dinukilkan oleh Ibn Taimiyyah di dalam al-Kalim at-Toyyib; 47/165.
[34] Surah an-Nisa; 64.
[35] Kisah ini diriwayatkan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya “al-Idhah”, m/s. 498.
[36] Surah ad-Dhuha; 5.
[37] Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sohehnya; no. 306.
[38] Hadith diriwayatkan Imam Muslim di dalam sohehnya; no. 289.
[39] Hadith diriwayatkan Imam Muslim di dalam sohehnya; no. 612.
[40] Hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bazzar. Imam al-Haitsamiy di dalam majmu’nya menerangkan bahawa rijalnya adalah soheh.
[41] Surah Yunus; 58.
[42] Surah al-Hajj; 32.
[43] Surah Aali Imrah; 31.