BismiLlahi wAlhamdulillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah wa 'ala Aalihi wa sohbihi wa man waalah~
Bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah mempermudahkan segala urusan kita dengan kehendakNya, selawat dan salam setinggi-tingginya diucapkan ke atas Baginda s.a.w. yang menjadi sandaran cinta kita, begitu juga keatas seluruh keluarganya yang mulia, dan juga keatas sahabatnya yang setia.
Setelah sekian lama alfaqir tidak mengupdate blog yang usang ini dek kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, termasukkan ketidak-sempatan untuk memandang blog yang telah lama menjadi teman.
Sebagai update yang pertama setelah berbulan-bulan 'cuti', alfaqir ingin berkongsi sedikit petua untuk golongan lelaki, dan juga kepada isteri kepada para suami, tentang bagaimana untuk memudahkan si suami yang kita cintai untuk sentiasa melekatkan dan mendekatkan diri dengan Masjid(bukan hanya hari Juma'at sahaja!).
Kebanyakkan Masjid yang dibina di Tanah Melayu kita tersenggam indah, akan tetapi hati umat Islam-lah yang belum indah untuk mengimarahkan Masjid |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini alfaqir nukilkan daripada penceritaan oleh Sheikhna Sidi Rohimuddin an-Nawawi al-Bentani, yang sentiasa menceritakan petua untuk memudahkan golongan lelaki mendekatkan diri dengan Masjid. Kisahnya yang ditokok tambah berbunyi begini:
Pada satu zaman yang bahagia lagi damai, di satu kampung yang jauh daripada kesibukan dunia dan kota, terdapat seorang lelaki yang sudah berkeluarga tinggal berdekatan dengan Masjid. Walaupun jarak rumahnya dengan Masjid adalah yang terdekat berbanding rumah Tok Imam, dan jiran-jirannya, akan tetapi dia tergolong dalam golongan yang paling jarang kelihatan hadir untuk solat berjema'ah di Masjid melainkan hari Juma'at.
Isterinya yang mengetahui sikap suaminya yang sentiasa bermalasan untuk ke Masjid, telah jenuh menasihati si suami untuk sentiasa dekatkan diri dengan Masjid. Oleh kerana si suaminya tetap tidak mendengar nasihat isteri yang menyayanginya itu, akhirnya si isteri merajuk dan menyebabkan hati si suami tidak tenang dan berikrar untuk mengikuti nasihat isterinya.
Si Suami: "Sayang, abang bukan tak nak pergi berjema'ah di Masjid, tapi abang malu-lah. Itu belum campur kepenatan sebab kerja lagi, dan sebagainya. Apatah lagi, abang segan sebab Tok Imam yang duduk jauh dari kita pun boleh hadir Masjid awal berbanding orang lain".
Isteri: "Kalau begitu, abang cuba lah slow talk dengan Tok Imam. Minta petua dan nasihat daripada beliau bagaimana untuk mudah ke Masjid. Sejuk hati sayang yang masak untuk abang tiap-tiap hari bila tengok abang selalu ke Masjid".
Akhirnya, walaupun si suami malu untuk bertentang mata dengan Tok Imam, dia tetap menguatkan azamnya untuk menghadap Tok Imam kerana tidak sanggup melihat isterinya kesedihan dengan sikapnya itu.
Pada suatu hari, dia pun pergi ke Masjid untuk menunaikan solat secara berjema'ah dan bertemu dengan Tok Imam. Setelah selesai mereka solat dan berwirid...
Si Suami: "Assalamualaikum Tok Imam!".
Tok Imam: "Waalaikumussalam. Ha! Harini baru Tok Imam nampak wajah kamu yop. Kalau tidak, hari Juma'at je lah baru Tok Imam nampak batang hidung kamu. Kalau hari Juma'at tiba-tiba tak ada, entah bila boleh nampak kamu solat berjema'ah di Masjid".
Si Suami: (Dengan tersenyum kambing dan muka merah) "Hehe, itulah Tok Imam. Saya sebenarnya dulu malas untuk solat jema'ah di Masjid. Tapi sekarang saya nak berubah dah. Isteri saya pun dah berbuih mulut nasihatkan saya, cuma saya je yang keras kepala. Jadi, saya datang ni nak minta petua-lah daripada Tok Imam, dah-lah Tok Imam kahwin empat, tapi masih dapat hadir Masjid awal berbanding orang lain yang beristeri satu je".
Tok Imam: "Hehe.. Jadi kamu memang nak petua untuk hadir ke Masjid awal?".
Si Suami: "Yup, saya betul-betul nak dekatkan diri saya dengan Masjid".
Tok Imam: "Kalau macam tu, saya syorkan kamu kahwin seorang lagi".
Si Suami: "Wah, ini bak kata pepatah, kill two birds with one stone. Bukan selalu dapat peluang kahwin ramai ni. Baik! Akan saya laksanakan cadangan Tok Imam demi mendekatkan diri saya dengan Masjid".
Mereka pun ketawa riang dan si suami pun bersemangat lalu menceritakan cadangan Tok Imam kepadanya. Oleh kerana itu adalah cadangan Tok Imam, si isteri menurut sahaja walaupun hairan dengan cadangan tersebut.
Tidak berapa lama setelah itu, berkahwinlah si suami dengan isteri yang baru. Dan setelah itu kehidupan si suami pun berubah 180 darjah. Bermula-lah kisah hidup si suami yang baru sebelum waktu Subuh yang sunyi sepi. Tok Imam yang biasanya merupakan orang yang pertama akan datang ke Masjid, sepertimana kebiasaannya membuka pintu Masjid dan menunaikan solat sunat di dalamnya. Setelah beliau memberi salam yang kedua...
Tok Imam: "Opocot, kamu rupanya. Aku ingatkan jin mana tadi! Bila kamu masuk? Aku baru je lepas buka pintu Masjid tadi".
Si Suami: (Dengan menggaru-garu kepala) "Maaf Tok Imam, saya dari semalam lagi ada dalam Masjid. Tak dapat nak balik sebab kedua-dua isteri saya tu asyik bergaduh je. Pening saya dibuatnya. Jadi sebab tu saya tidur kat Masjid je".
Tok Imam: "Hahahaha, kan bagus. Mudah sikit kamu nak hadir ke Masjid. Berkesan tak petua yang saya bagi? Kamu kahwin 2, memanglah kamu pening. Kalau si A bergaduh dengan si B, yang peningnya kamu. Cuba kamu kahwin empat, baru kamu jadi Superman, tak pening. Kalau si A bergaduh dengan si B, kamu masih ada si C dan si D. Kalau empat-empat merajuk, lagi mudah nak datang Masjid awal sebab dah pening sangat. Sebab itu saya selalu datang Masjid awal berbanding orang lain. Hehehe...".
Si Suami: "Adoi....Menyesal aku".
Sekian, Tammat Kisah :D
Ada ke isteri-isteri luar sana nak cuba petua ini untuk suami mereka mudah ke Masjid?. InsyaAllah mujarrab!..hehe
Post a Comment