
Adalah diri ini hamba Allah yang sedang bermusafir, tercari-cari akan keredhaanNya yang tidak terhingga nilainya. Moga musafir diri ini menemui jalan kebahagiaan bersama para kekasihNya~
Alhamdulillah, 1 Muharram 1435H telah tiba. Sesungguhnya hijrah itu adalah kesusahan dan kepayahan, meninggalkan segala apa yang kita sayangi, agar mencapai tujuan yang murni iaitu ma'rifatUllah. Buat diri al-faqir serta para pengunjung semua, semoga tahun yang telah tiba ini akan menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik dari tahun sebelumnya dalam kita mencari keredhaan Allah s.w.t. yang tidak ternilai.
Beliau merupakan seorang ulama' yang berasal dari Lebanon. Beliau merupakan khalifah kepada Sheikhna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa al-Halabi Rahimahullah, pengarang kitab Haqaiq 'ani Tasawwuf yang cukup terkenal dalam dunia Tasawwuf. Kemudian, beliau mendapat amanah dari Sheikhna Sidi 'Abdul Qadir 'Isa rahimahullah untuk meneruskan Tariqah Syazuliyyah 'Alawiyyah Darqowiyyah. Beliau sentiasa bermusafir ke Mesir, Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk menyampaikan warisan Baginda s.a.w. dan tersebarlah tarbiah beliau kepada umat Islam.

Dengan melatih hati agar beristirgfar dan memandang kekurangan diri serta menutup mata dari mengetahui 'aib orang..
Mengenal diri itu bermula apabila mengetahui adanya nafsu yang sentiasa berkehendak..dan kehendaknya sentiasa berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t.
maka, dengan mengenali ciri-ciri nafsu, dan mengubatinya dengan cara yang sebenarnya, iaitu dengan bersuhbah bersama guru/murobbi, barulah kita dapat mengenal diri sendiri yang sebenarnya, sebagaimana yang telah difirmankan Allah:
"Sesungguhnya Aku menciptakan jin dan manusia untuk menyembahKu"..
iaitu, kita ini hamba mutlak kepada Allah yang perlu sentiasa menjalankan tugas kehambahan pada setiap waktu..bukannya hamba kepada sesuatu yang selain dariNya..
oleh kerana itu para 'arif billah berkata, "Sesiapa yang mengenal dirinya, maka akan mengenal Tuhannya"..
kerana, orang yang tidak mengenal dirinya yang sebenarnya, akan menjadi hamba kepada selainNya, termasuklah hamba kepada hawa nafsu..
allahua'lam..
Sebagaimana seorang pereka cerita, mereka jalan cerita yang penuh romantik dan ketenangan, dicampur dengan permusuhan dan pergaduhan, ada watak baik, ada watak jahat, ada watak hodoh, ada watak cantik, dan segalanya menurut apa yang pereka cerita itu ingini..adakah watak-watak itu berhak bangkit dan memprotes pereka cerita itu? sedangkan kalau tidak kerana pereka cerita itu yang mewujudkan watak itu, nescaya watak itu tidak wujud bahkan tidak mewarnai jalan cerita..
Maka, Allah s.w.t. menciptakan syurga, neraka, nafsu, syaitan, musibah, ni'mat, dan segalanya, adalah menunjukkan bahawa Allah s.w.t. maha berkuasa dalam menciptakan sesuatu sesuai menurut apa yang Dia kehendaki..dan tugas seorang hamba hanyalah menjalankan perintah menurut apa yang dikehendakiNya dengan sepenuh daya upaya..
allahua'lam~
