بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
قصة
الضب الذى آمن برسول الله صلى الله عليه وسلم
(Kisah Seekor Dhab Yang Beriman Kepada
Rasulillah sallAllahu ‘alaihi wassalam)
Apabila
kita membicarakan tentang dhab, semestinya difikiran kita akan terfikir akan
seekor biawak yang saiznya lebih besar daripada biawak biasa, tetapi hidup di
padang pasir dan bersifat herbivor, bahkan dikatakan bahawa usia seekor dhab
boleh mencecah beratus-ratus tahun. Dhab merupakan haiwan yang amat sukar untuk
mati walaupun telah disembelih dan mempunyai potensi yang besar dalam pasaran
perubatan tradisional terutamanya dijadikan sebagai minyak dan juga dijadikan
sebagai makanan.
Dhab
Penyaksi KeNabian Baginda s.a.w..
Wahai saudaraku yang dimuliakan, selain
daripada perubatan dan pemakanan yang terkait dhab, terdapat seperkara lagi
yang lebih penting dan lebih mulia untuk dibicarakan tentang dhab iaitu spesies
haiwan tersebut pernah menjadi saksi kenabian Baginda s.a.w.. Baginda s.a.w.
telah dikurniakan pelbagai kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t. yang
menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding
makhluq yang lain. Bahkan tingginya kemuliaan Baginda s.a.w. itu terserlah
ketika peristiwa Mi’raj Baginda s.a.w. menghadap Tuhannya Pemilik Sekalian Alam
di Sidrat al-Muntaha, yang mana tidak pernah dijejaki oleh makhluq-makhluq yang
lain daripada malaikat, atau nabi-nabi sebelum Baginda s.a.w.. Ketahuilah
bahawa kesemua kemuliaan Baginda s.a.w. itu menunjukkan bahawa kedalaman cinta
Allah s.w.t. kepada hambaNya yang kita agungi iaitu, sayiduna Muhammad
s.a.w.
Sesungguhnya
para pencinta Baginda s.a.w. tidak pernah jemu untuk menceritakan dan
mengajarkan kepada umat Baginda s.a.w. hal yang berkaitan dengan kemuliaan
Baginda s.a.w., untuk mendalamkan cinta umat Baginda s.a.w. kepada Baginda
s.a.w., dan untuk menanam dalam hati mereka perasaan mengagungkan Baginda
s.a.w.. Antara kisah berkaitan dengan kemuliaan Baginda s.a.w. yang dikurniakan
Allah s.w.t. kepada Baginda s.a.w., ialah berimannya makhluq selain manusia
kepada Baginda s.a.w. seperti pokok, batu, haiwan, bahkan jin juga beriman
kepada Baginda s.a.w.. Begitu jugalah terdapat satu kisah dimana seekor
dhab(biawak padang pasir) yang turut menjadi saksi kepada kenabian Baginda
s.a.w. yang menjadi sebab keimanan orang yang memusuhi Baginda s.a.w.
Didalam
kitab asy-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustofa karangan al-Imam al-Allamah al-Qadhi
‘Iyadh, menyebutkan satu kisah yang diriwayatkan oleh sayidina ‘Umar
al-Khattab;
أن رسول الله (ص)
كان في محفل من أصحابه إذ جاء أعرابي قد صاد ضباً فقال : من هذا قالوا : نبى الله
، فقال : واللات والعزى لا آمنت بك أو يؤمن بك هذا الضب وطرحه بين يدى النبي (ص(، فقال
النبي (ص) له : ياضب ، فأجابه بلسان مبين يسمعه القوم جميعاً لبيك وسعديك يا زين
من وافى القيامة ، قال : من تعبد ؟ ، قال : الذى في السماء عرشه وفى الأرض سلطانه
وفى البحر سبيله وفى الجنة رحمته وفى النار عقابه : قال : فمن أنا ؟ ، قال رسول رب
العالمين وخاتم النبيين وقد أفلح من صدقك وخاب من كذبك ، فأسلم الأعرابي
Maksudnya: “Sesungguhnya
RasulAllah s.a.w. sedang berjalan bersama-sama para sahabat Baginda s.a.w.,
kemudian datang seorang A’rabiy (orang badwi) yang memburu dhab. Maka orang
badwi tadi itu pun bertanya kepada kumpulan tersebut, “Siapakah lelaki ini?”.
Mereka pun menjawab, “Nabi Allah”. Lalu orang badwi tadi itupun berkata,
“Demi Tuhan Latta dan ‘Uzza! Tidak akan aku beriman kepadamu(Baginda
s.a.w.), melainkan dhab ini beriman kepadamu”. Kemudian dia membaling dhab
tersebut ke tangan Baginda s.a.w.. Maka Baginda s.a.w. pun bersabda, “Wahai
dhab!”. Dhab tersebut pun menyahut seruan Baginda s.a.w. dengan perkataan
yang jelas yang didengari oleh kesemua orang disitu, “Aku menyahut seruanmu
dan membantumu wahai perhiasan yang menghubungkan hari Qiamat”. Baginda
s.a.w. pun bersabda, “Siapakah yang engkau sembah?”. Jawab dhab
tersebut, “Iaitu yang mana di langit ‘arasyNya, di bumi kekuasaanNya, di
lautan jalanNya, di Syurga rahmatNya, dan di Neraka seksaanNya”. Kemudian Baginda
s.a.w. bersabda, “Dan siapakah aku?”. Dhab itu menjawab, “Utusan
Tuhan sekalian ‘alam, dan menutup bagi sekalian Nabi. Sesungguhnya berbahagialah
orang yang membenarkan (risalah)mu, dan rugilah orang yang menolak(risalah)mu”.
Maka ‘Arab badwi tadi pun memeluk Agama Islam”.[1]
Begitu juga
di dalam kitab Dalail an-Nubuwwah karangan al-Imam al-Baihaqi yang meriwayatkan
kisah keimanan dhob terhadap Baginda s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh
sayidina ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiyAllahu ‘anhuma, daripada ayahnya, sayidina ‘Umar
al-Khattab;
أن رسول
الله كان في محفل من أصحابه إذ جاء أعرابي من بني سليم قد صاد ضبا وجعله في كمه
ليذهب به إلى رحله فيشويه ويأكله فلما رأى الجماعة قال ما هذا قالوا هذا الذي يذكر
أنه نبي فجاء حتى شق الناس فقال واللات والعزى ما اشتملت النساء على ذي لهجة أبغض
إلي منك ولا أمقت ولولا أن يسميني قومي عجولا لعجلت عليك فقتلتك فسررت بقتلك
الأسود والأحمر والأبيض وغيرهم فقال عمر بن الخطاب يا رسول الله دعني فأقوم فأقتله
قال يا عمر أما علمت أن الحليم كاد أن يكون نبيا ثم أقبل على الأعرابي فقال ما
حملك على أن قلت ما قلت وقلت غير الحق ولم تكرمني في مجلسي قال وتكلمني أيضا
استخفافا برسول الله واللات والعزى لا آمنت بك أو يؤمن بك هذا الضب وأخرج الضب من كمه وطرحه بين يدي رسول الله فقال رسول الله يا ضب فأجابه
الضب بلسان عربي مبين يسمعه القوم جميعا لبيك وسعديك يا زين من وافي القيامة قال
من تعبد يا ضب قال الذي في السماء عرشه وفي الأرض سلطانه وفي البحر سبيله وفي
الجنة رحمته وفي النار عقابه قال فمن أنا يا ضب قال رسول رب العالمين وخاتم النبين
وقد أفلح من صدقك وقد خاب من كذبك قال الأعرابي لا أتبع أثرا بعد عين والله لقد
جئتك وما على ظهر الأرض أبغض إلي منك وإنك اليوم أحب إلي من والدي ومن عيني ومني
وإني لأحبك بداخلي وخارجي وسري وعلانيتي أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله
Maksudnya: “Sesungguhnya
RasulAllah s.a.w. sedang berjalan bersama para sahabatnya, kemudian datang
seorang A’rabiy(Arab badwi) daripada Nabi Sulaim yang bersamanya seekor dhab
disisipan lengan bajunya yang telah diburunya dan bercadang untuk dibakar dan dimakan.
Apabila dia terlihat terdapatnya satu jamaah, dia pun bertanya, “Apakah ini?”.
Orang disekitarnya pun menjawab, “Itulah
dia yang memberitahu bahawa dia adalah Nabi”. Maka orang ‘Arab badwi tadi
pun meluru ke arah Rasulillah s.a.w. sambil menolak-nolak manusia
disekelilingnya lalu berkata, “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! tidak ada orang
yang dilahirkan oleh wanita lebih aku benci dan murkai daripadamu. Sekiranya bukan
kerana memanggilku dengan tergesa-gesa, nescaya aku telah datang dan membunuhmu.
Maka aku akan membahagiakan orang berkulit hitam, merah, putih dan lain-lainnya”.
Mendengar ucapan ‘Arab badwi yang mencela Baginda s.a.w. itu telah menjadikan
sayidina ‘Umar ibn al-Khattab marah lalu berkata, “Wahai RasulAllah! Biarkan
sahaja aku untuk bangun dan membunuhnya”. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Wahai
‘Umar! Apakah engkau mengetahui bahawa berlemah-lembut itu adalah hampir sahaja
menjadikan seseorang itu Nabi?”. Baginda s.a.w. pun menerima kedatangan ‘Arab
badwi yang tidak beradab itu lalu bertanya, “Apakah yang membuatkan kamu
berkata bahawa apa yang telah aku katakan adalah bukanlah yang haq? Kamu juga
tidak memuliakan aku di dalam majlisku”. ‘Arab badwi itu pun berkata dengan
angkuh tanpa menghiraukan ucapan Baginda s.a.w., “Kamu harus bercakap kepadaku
juga!”. “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! Tidak akan aku beriman kepadamu
melainkan setelah dhab ini beriman kepadamu”. Maka dia pun mengeluarkan
dhab tersebut dari sisipan lengannya dan melontarkan dhab tersebut ke hadapan
Rasulillah s.a.w.. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Wahai dhab!”. Dhab tersebut
pun menjawab seruan Baginda s.a.w. dengan bahasa ‘Arab yang jelas yang
didengari oleh kesemua kaum disitu, “Aku menyahut seruanmu dan membantumu
wahai perhiasan yang menghubungkan hari kiamat”. Baginda s.a.w. pun
bertanya, “Kepada siapakah kamu sembah?”. Jawab dhab tersebut, “Aku
menyembah Dia yang mana di langit ‘ArasyNya, di bumi kekuasaanNya, di lautan jalanNya,
di Syurga rahmatNya, dan di Neraka seksaanNya”. Baginda s.a.w. pun bertanya
lagi, “Dan siapakah aku?”. Jawab dhab tersebut, “Engkau adalah
pesuruh Tuhan sekalian ‘alam, dan penyudah bagi sekalian Nabi, dan sesungguhnya
berbahagialah orang yang membenarkanmu dan rugilah sesiapa yang menolakmu”.
Mendengar jawapan dhab tersebut, orang ‘Arab badwi tersebut pun berkata, “Sesungguhnya
aku tidak akan mengikut lagi anutanku sebelum ini bermula sekarang. Demi Allah!
Sesunguhnya aku telah datang kepadamu tadi dengan perasaan yang penuh
kemarahan, dan sekarang kamulah orang yang paling aku cintai lebih daripada ibu
bapaku, dan daripada harta-bendaku dan diriku. Bahkan aku mencintaimu dari
dalam dan luar jiwaku, dan dari hatiku hinggalah zahirku”.
Setelah itu,
beliaupun melafazkan keIslamannya di hadapan Baginda s.a.w., “Tiada
tuhan(yang wajib disembah) melainkan Allah, dan sesungguhnya engkau adalah
pesuruh Allah”[2].[3]
Lihatlah
betapa tingginya kemuliaan Baginda s.a.w., sehinggakan haiwan yang tidak ber’aqal
bahkan tidak mampu bersuara, dimuliakan Allah s.w.t. dengan kebolehan haiwan
tersebut berkata-kata dan mengakui keRasulan Baginda s.a.w.. Amatlah rugi bagi
sesiapa yang mendustai ketinggian darjat Baginda s.a.w. mengatasi segala
makhluq, amatlah rugi bagi sesiapa yang terhijab daripada memandang
kesempurnaan Baginda s.a.w..
Antara Sebab Baginda s.a.w. Tidak Memakan Dhab
Sebagaimana
yang kita ketahui, bahawa Baginda s.a.w. tidak memakan dhab walaupun pernah
dihidangkan kepada Baginda s.a.w., tetapi tidak melarang para sahabat untuk
memakannya. Sayidina Ibn ‘Abbas radhiyAllahu ‘anhuma pernah menceritakan kepada
Abu Umaamah ibn Sahl ibn Hunaif al-Ansoriy radhiyAllahu ‘anhu bahawasanya;
أَنَّ خَالِدَ بْنَ الْوَلِيدِ الَّذِي يُقَالُ
لَهُ : سَيْفُ اللَّهِ أَخْبَرَهُ ، أَنَّهُ " دَخَلَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَيْمُونَةَ وَهِيَ خَالَتُهُ وَخَالَةُ ابْنِ عَبَّاسٍ ، فَوَجَدَ عِنْدَهَا ضَبًّا مَحْنُوذًا قَدْ قَدِمَتْ بِهِ
أُخْتُهَا حُفَيْدَةُ بِنْتُ الْحَارِثِ مِنْ نَجْدٍ ، فَقَدَّمَتِ الضَّبَّ
لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَ قَلَّمَا
يُقَدِّمُ يَدَهُ لِطَعَامٍ حَتَّى يُحَدَّثَ بِهِ وَيُسَمَّى لَهُ فَأَهْوَى
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ إِلَى الضَّبِّ ،
فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنَ النِّسْوَةِ الْحُضُورِ : أَخْبِرْنَ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَدَّمْتُنَّ لَهُ ، هُوَ الضَّبُّ يَا
رَسُولَ اللَّهِ ، فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَدَهُ عَنِ الضَّبِّ ، فَقَالَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ : أَحَرَامٌ
الضَّبُّ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لَا ، وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ بِأَرْضِ
قَوْمِي ، فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ ، قَالَ خَالِدٌ : فَاجْتَرَرْتُهُ فَأَكَلْتُهُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْظُرُ إِلَيَّ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Khalid ibn al-Walid yang memberitahu kepadanya(sayidina Ibn ‘Abbas),
bahawa SaifUllah pernah memberitahu kepadanya(sayidina Khalid ibn Walid), dia
pernah bersama Rasulillah s.a.w. untuk bertemu Maimunah, iaitu ibu saudara
Baginda s.a.w. dan juga ibu saudara Ibn ‘Abbas. Maka dia dapati bersamanya
seekor dhob yang dipanggang dan dibantu oleh kakaknya Hufaidah binti al-Haarith
daripada Najd. Dia pun menghidangkan dhab tersebut kepada Rasulillah s.a.w.,
dan adalah Baginda s.a.w. seorang yang amat jarang menghulurkan tangannya untuk
mengambil makanan sehinggalah Baginda s.a.w. dipersilakan bahawa makanan itu
untuk Baginda s.a.w.. Apabila Baginda s.a.w. menghulurkan tangannya ke arah
dhab tersebut, lalu berkata seorang wanita yang turut hadir, “Beritahulah
kepada Baginda s.a.w. apa yang kalian hidangkan kepada RasulUllah s.a.w.”.
Mereka pun memberitahu Baginda s.a.w., “Itu adalah dhab wahai RasulAllah!”.
Baginda s.a.w. mengalihkan kembali tangan Baginda s.a.w. daripada dhab. Maka berkata
Khalid ibn al-Walid, “Adakah dhab itu haram wahai RasulAllah?”. Baginda
s.a.w. menjawab, “Tidak, akan tetapi ia tidak berada di kawasan kaumku. Maka
aku tidak memakannya”. Sayidina Khalid berkata, “Maka aku pun
mengambilnya lalu memakannya, dan RasulUllah s.a.w. memerhatikan ke arahku(yang
sedang makan)”.[4]
Di dalam
hadith yang lain pula diriwayatkan, bahawa sayidina ‘Abdullah ibn ‘Umar pernah
mendengar Baginda s.a.w. bersabda;
الضَّبُّ لَسْتُ آكُلُهُ وَلَا أُحَرِّمُهُ
Maksudnya,
“Dhab, aku tidak memakannya tetapi aku tidak mengharamkannya(untuk dimakan)”.[5]
Baginda
s.a.w. merupakan seorang insan yang amat lembut hatinya kepada sesama manusia
bahkan kepada selain manusia. Rahmatnya Baginda s.a.w. tidak terbatas, dan
itulah tujuan Allah s.w.t. mengutuskan Baginda s.a.w. iaitu sebagai rahmat
kepada sekalian ‘alam.
Sheikhna
Sidi Yusuf al-Bakhour al-Hasani hafizahUllah Ta’ala wanafa’ana biasrarihi,
telah memberitahu kepada para hadirin di dalam satu majlis Maulid ar-Rasul
asy-Syarif berkenaan ketinggian adab Baginda s.a.w. terhadap haiwan termasuklah
kepada dhab yang mana spesies haiwan tersebut pernah menjadi saksi keNabian
Baginda s.a.w.;
“Kalian
ingin mempelajari adab? Lihatlah kalian kepada Rasulillah! Lihatlah kalian
kepada adab Baginda s.a.w. terhadap makluq yang ber’aqal dan juga kepada yang
tidak ber’aqal seperti dhab, dan haiwan yang lain. Nescaya kalian akan dapati
ketinggian adab Baginda s.a.w. yang tidak pernah terfikir oleh kita kerana kita
tidak mempunyai hati yang selembut dan sesentitif Baginda s.a.w.. Pernahkah
kalian mengetahui kenapa Baginda s.a.w. tidak memakan dhab? Sebabnya hanyalah
kerana Baginda s.a.w. tidak sanggup memakan spesies haiwan yang mana telah
berkata-kata dengan Baginda s.a.w., bahkan menjadi saksi kepada keNabian
Baginda s.a.w. sehingga menyebabkan orang yang ber’aqal beriman kepada Baginda
s.a.w.”.
Sesungguhnya
dhab yang tidak ber’aqal boleh beriman kepada Baginda s.a.w., bahkan mengetahui
ketinggian dan kemuliaan Baginda s.a.w.. Apakah kita yang ber’aqal ini, tidak
dapat memahami kemuliaan Baginda s.a.w. yang tidak mampu kita bayangkan di sisi
Kekasihnya yang Agung, sebagaimana fahamnya dhab yang telah menyaksikan
keNabian Baginda s.a.w.?
Semoga Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kita semua hati yang suci yang benar-benar memahami
ketinggian dan kemuliaan Baginda s.a.w., dan tergolong di kalangan orang yang
mendapat serpihan cinta Baginda s.a.w..
Allahua’lam
bis sowab~
Selesai disusun dan dinukilkan dengan bantuan dan rahmat Allah s.w.t.;
Al-Faqir ila Rabbihi al-Latif,
Tengku Ahmad Saufie.
Jumaat, 24
Rabi’ al-Awwal 1433 Hijriyyah(17 Februari 2012).
[1] Kitab asy-Syifa bi Ta’rif
Huquq al-Mustofa, karangan al-Qadhi ‘Iyadh, bahagian pertama, m/s 309.
[2] Kitab Dalail an-Nubuwwah
karangan Imam al-Baihaqi rahimahUllah, juzuk ke-6, m/s 36 pada “Bab yang datang
padanya penyaksian dhab kepada Nabi kita akan risalah yang dibawanya dan itu
adalah sebagai bukti keNabian”.
[3] Terdapat banyak lagi
hadith berkenaan penyaksian dhab terhadap risalah Baginda s.a.w. diriwayatkan
seperti di dalam kitab al-Bidayah wan-Nihayah karangan al-Imam Ibn Kathir, Imam
at-Tabrani di dalam kitab Mu’jam al-Aushot, al-Imam al-Muttaqiy al-Hindiy di
dalam kitab Kanzul al-‘Amaal, dan sebagainya.
[4] Diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari di dalam sohehnya, pada bab ‘Makanan’, no. 4999.
[5] Diriwayatkan oelh Imam
al-Bukhari di dalam sohehnya, pada ‘Kitab Tafsir al-Quran’, no. 5138. Juga di
dalam Musnad Imam Ahmad ibn Hambal, no. 4909.
Post a Comment