بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta
kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.[1]
Amma Ba’du;
Telah
Datang Rahmat Yang Agung
Bulan
Rabi’ul Awwal adalah bulan yang memiliki keistimewaannya tersendiri. Bagi hati
umat Islam yang memiliki Mahabbah dan kerinduan, maka bulan Rabi’ul Awwal-lah
perasaan di dalam hati mereka itu membuak-buak. Mereka menzahirkan perasaan di
dalam hati mereka itu sehinggakan golongan yang tidak mempunyai perasaan
seperti mereka akan cemburu dan cuba mengikuti mereka. Pada bulan inilah para
pencinta dan perindu berlumba-lumba melakukan pelbagai majlis bermula daripada
majlis selawat, qasidah sehinggalah ceramah khusus yang menceritakan
keistimewaan bulan ini. Tidaklah apa yang mereka menzahirkan itu melainkan
kerana kegembiraan di dalam hati mereka mereka, lalu menyahut seruan Allah
s.w.t. di dalam kitabNya yang agung;
ﭽ ﮑ ﮒ
ﮓ ﮔ ﮕ
ﮖ ﮗ ﮘ
ﮙ ﮚ ﮛ ﭼ
Maksudnya: “Katakanlah(wahai
kekasihKu s.a.w.); “Dengan kemurahan Allah dan rahmatNya, maka dengan
demikian itu hendaklah mereka bersukacita kerana ia lebih baik daripada apa
yang mereka himpunkan dari segala harta benda yang mereka kumpulkan”.[2]
Imam
al-Hafiz as-Suyuthi rahimahUllahu ta’ala wa nafa’ana bih telah
menukilkan daripada Abu asy-Sheikh daripada sayidina Ibn ‘Abbas radhiyAllahu
‘anhuma pada berkenaan ayat ini;
فضل الله العلم، ورحمته محمد صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: “Kemurahan
Allah itu adalah ilmu, dan rahmatNya itu adalah Muhammad s.a.w..
Sebagaimana firman Allah s.w.t.;
ﭽ ﮐ ﮑ
ﮒ ﮓ ﮔ
ﮕ ﭼ
Maksudnya: “Dan
tidaklah Kami mengutuskan kamu(wahai kekasihKu), melainkan sebagai rahmat
kepada sekalian ‘alam”[3].[4]
Oleh kerana
itu, para ‘ulama yang mempunyai hati yang lembut, terutamanya ‘ulama ahlIllah
sentiasa mengadakan majlis memperingati Baginda s.a.w., yang terkandung di
dalamnya selawat keatas Baginda s.a.w., menceritakan tentang perihal Baginda
s.a.w., menggesa hadirin untuk mendalamkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w.,
kerana tidaklah Baginda s.a.w. diutuskan melainkan kesemua daripada Baginda
s.a.w. adalah rahmat daripada Allah s.w.t..
Rahmatnya
Meliputi Sebelum Kedatangannya
Ketahuilah
wahai saudaraku, bahawa rahmat Baginda s.a.w. itu meliputi sebelum dilahirkan,
ketika hayat Baginda s.a.w. dan setelah Baginda s.a.w. kembali bertemu dengan
Kekasihnya. Baginda s.a.w. telah pun dizahirkan kemuliaannya oleh Allah s.w.t.
sebelum daripada Baginda s.a.w. lahir, dan perkara ini telahpun disaksikan oleh
Nabi ‘Adam ‘alaihi as-salam ketika diturunkan oleh Allah s.w.t. ke bumi kerana
memakan buah larangan di dalam Syurga.
Perkara ini
jelas sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh sayidina ‘Umar ibn al-Khattab
radhiyAllahu ‘anhu, Baginda s.a.w.
bersabda;
لَمَّا
اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيئَةَ ، قَالَ : يَا رَبِّ ، أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ
لَمَا غَفَرْتَ لِي ، فَقَالَ اللَّهُ : يَا آدَمُ ، وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا
وَلَمْ أَخْلُقْهُ ؟ قَالَ : يَا رَبِّ ، لأَنَّكَ لَمَّا خَلَقْتَنِي بِيَدِكَ
وَنَفَخْتَ فِيَّ مِنْ رُوحِكَ رَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ عَلَىَ قَوَائِمِ
الْعَرْشِ مَكْتُوبًا لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ،
فَعَلِمْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلا أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ ،
فَقَالَ اللَّهُ : صَدَقْتَ يَا آدَمُ ، إِنَّهُ لأُحِبُّ الْخَلْقِ إِلَيَّ
ادْعُنِي بِحَقِّهِ ، فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ وَلَوْلا مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ
Maksudnya: “Ketika
Nabi ‘Adam melakukan kesalahan, maka baginda ‘alaihi as-salam berdo’a, “Wahai
Tuhan, aku memohon kepadaMu dengan hak Muhammad supaya Engkau mengampuni aku”.
Maka Allah s.w.t. pun berfirman, “Wahai ‘Adam, bagaimanakah engkau mengenali
Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?”. Jawab ‘Adam, “Wahai Tuhan,
sesungguhnya setelah Engkau menciptakanku dengan kuasaMu dan Engkau meniupkan
kepadaku akan roh(ciptaan)Mu, maka aku pun mengangkatkan kepalaku dan melihat
diatas tiang-tiang ‘Arasy tertulis, ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad
pesuruh Allah’. Maka aku pun mengetahui bahawa Engkau tidak akan menyandarkan
sesuatu kepada namaMu melainkan makhluk yang paling Engkau cintai”. Allah
s.w.t. pun berfirman, “Benarlah engkau wahai ‘Adam. Sesungguhnya dia adalah
makhluk yang paling Aku cintai. Maka berdo’alah kepadaku dengan haknya, nescaya
aku akan mengampuni kamu. Sesungguhnya sekiranya bukan kerana Muhammad, tidak Aku
menciptakan engkau””.[5]
Lihatlah
bagaimana rahmatnya Baginda s.a.w. yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.
walaupun Baginda s.a.w. belum lagi dilahirkan di muka bumi ini. Bahkan dalam
hadith tersebut, Allah s.w.t. menegaskan bahawa sekiranya bukan kerana Baginda
s.a.w., tidak akan diciptakan Nabi ‘Adam ‘alaihi as-salam, menunjukkan betapa
besarnya rahmat yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. kepada Baginda s.a.w..
Ketahuilah,
bahawa para ahli Kitab khususnya pendeta Yahudi di Yathrib sebelum kelahiran
Baginda s.a.w. juga telah mengetahui tentang Baginda s.a.w. dan sifat-sifatnya
yang terpuji melalui Kitab yang mereka miliki yang telah mereka warisi daripada
Nabi-Nabi mereka. Golongan ahli Kitab, walaupun sebahagian besar daripada
mereka telah menyeleweng, tetap sahaja menantikan dan terus mencari Utusan
terakhir, iaitu Pesuruh Allah yang terakhir sebagaimana yang telah dinyatakan
di dalam Taurat serta Injil yang mereka miliki. Oleh kerana begitu minatnya
mereka terhadap pengkhabaran yang terdapat di dalam Kitab mereka tersebut
sehinggakan mereka mengetahui tentang Utusan terakhir dari segi tanda-tandanya,
rupanya serta sifatnya lebih daripada mereka mengenali anak-anak mereka
sendiri.
Terdapat
banyak kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan Baginda s.a.w. yang
menceritakan sifatnya yang terpuji di dalam kitab-kitab sam’iyyat terdahulu,
bahkan di dalam ajaran-ajaran lain juga, antaranya;
1)
Di dalam Taurat, kitab
Ulangan, fasal 18 - "Bahawa Aku(Tuhan)
akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi
dari kalangan saudara mereka(iaitu orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa)
dan Aku akan menjadikan segala firmanKu dalam mulutnya, dan ia pun akan
menyatakan kepada mereka segala yang Aku pesankan”.
2)
Di dalam kitab Injil
Yahya(Yohanes) pada fasal 18 – “Tetapi
aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa
berfaedahlah bagi kamu jika aku ini pergi, kerana jika aku tiada pergi tiadalah
Paraclete[6]
itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia
kepadamu”.
3)
Di dalam kitab Injil Barnaba[7],
163 - Bertanya murid-murid (murid-murid Isa), "Wahai Guru. Siapakah
gerangannya laki-laki itu yang engkau (Isa) katakan yang akan datang ke alam
ini? Menjawab Isa dengan perasaan gembiranya, "Sebenarnya itulah Muhammad Rasulullah . Dia datang ke alam ini untuk berbuat
baik di kalangan manusia dengan membawa rahmat yang banyak, seperti mana hujan
mencurah bumi yang mengeluarkan buah-buahan sesudah menempuh kemarau panjang.
Maka dia merupakan awan putih yang dipenuhi rahmat Tuhan, iaitu rahmat yang
dicurahkan Tuhan (Allah) terhadap orang mukmin laksana hujan”.
4)
Di dalam kitab Hindu,
Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 ke 27 - Aryadarma akan
tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus
oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu,
yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan
mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka
akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan
tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan
dipanggil ‘Musalaman’ (perantara kedamaian).
5)
Di dalam kitab Buddha, Chakkavantti
Sinhnad Suttanta D. 111, 76 - Gautama Buddha berkata; “Akan lahir ke dunia
ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama ‘Maitreya’[8]. Maitreya ini ialah
seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan
kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya
ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam.
Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke
akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup
yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku.
Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
Maka, tidak
hairanlah para ahli kitab terdahulu, terutamanya golongan Yahudi amat mengenali
sifat-sifat Baginda s.a.w.. Telah diriwayatkan oleh sayidina Ibn ‘Abbas radhiyAllahu
‘anhuma;
لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة قال عمر بن
الخطاب لعبد الله بن سلام: قد أنزل الله على نبيه:
ﭽ ﭑ ﭒ
ﭓ ﭔ ﭕ
ﭖ ﭗﭘ ﭼ
فكيف يا عبد الله هذه المعرفة؟ فقال عبد الله بن
سلام: يا عمر لقد عرفته حين رأيته كما أعرف ابني إذا رأيته مع الصبيان، وأنا أشد
معرفة بمحمد مني بإبني. فقال عمر: كيف ذلك؟ قال: إنه رسول الله حق من الله، وقد
نعته الله في كتابنا ولا أدري ما تصنع النساء. فقال له عمر: وفقك الله يا ابن سلام
Maksudnya: “Setelah
Baginda s.a.w. tiba di Madinah, sayidina ‘Umar ibn al-Khattab radhiyAllahu
‘anhu pun bertanya kepada ‘Abdullah ibn Salaam(seorang pendeta Yahudi yang
memeluk Islam), “Wahai Ibn Salaam, sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman
kepada NabiNya, {Orang-orang (Yahudi dan Nasrani)
yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan
kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri}[9],
maka wahai ‘Abdullah, bagaimanakah pengenalan tersebut?”. Maka jawab ‘Abdullah
ibn Salaam, “Wahai ‘Umar, sesungguhnya aku telah mengenali Baginda s.a.w.
ketika aku melihat Baginda s.a.w. seperti aku mengenali anakku yang kecil
apabila melihatnya(setelah besar). Bahkan, aku lebih mengenali Muhammad
berbanding aku mengenali anakku”. Sayidina ‘Umar pun bertanya, “Bagaimanakah
demikian itu?”. Jawab ‘Abdullah, “Sesungguhnya Baginda s.a.w. adalah RasulUllah
yang benar daripada Allah, dan Allah s.w.t. telah menyatakan sifatnya di dalam
Kitab kami, sedangkan aku tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh golongan
wanita(ibu kepada anaknya itu). Maka sayidina ‘Umar pun berdo’a, “Semoga Allah
s.w.t. memberi petunjuk kepada kamu wahai Ibn Salaam”.[10]
Oleh kerana
mereka terlalu mengenali sifat-sifat Utusan terakhir seperti yang dikisahkan di
dalam kitab-kitab mereka, mereka sentiasa menunggu-nunggu kedatangan Baginda s.a.w..
Sebelum kedatangan Baginda s.a.w., mereka kebanyakkannya menetap di Yathrib. Keadaan
di Yathrib yang terkenal sebagai tanah yang subur dengan buah tamar serta
pertanian lain, dan merupakan tempat laluan para pedagang dari Syam dan Yaman,
mempunyai masalah di antara kaum yang mendiami tanah barakah tersebut. Golongan
Yahudi walaupun menguasai tampuk pemerintahan dan ekonomi, sentiasa digugat
oleh golongan ‘Arab Yathrib bahkan kedua-dua golongan ini sentiasa berselisih
faham. Bahkan golongan Yahudi, dengan kebijaksanaan mereka, berjaya memecah
belahkan golongan ‘Arab Yathrib, terutamanya golongan ‘Aus dan Khazraj. Maka,
kerana tekanan yang mereka rasai, mereka sentiasa mengucapkan apa yang telah
mereka ketahui berkenaan Utusan terakhir yang mempunyai sifat rahmat, terhadap
golongan ‘Arab Yathrib, “Sesungguhnya akan datang Utusan Terakhir yang akan
membantu kami”. Begitulah pegangan mereka akan kerahmatan Baginda s.a.w. melalui
pengkhabaran daripada kitab-kitab mereka terhadap Baginda s.a.w., dan mengetahui
kedatangan Baginda s.a.w. akan membawa rahmat serta kejayaan bagi golongan
mereka walaupun Baginda s.a.w. belum diutuskan.
Telah
diriwayat bahawa terdapat seorang umat Nabi Musa ‘alaihi as-salam yang amat
terkenal dengan suka melakukan maksiat. Selepas kematian lelaki itu, maka kaum
Yahudi mencampakkan mayatnya tanpa diuruskan seperti mayat yang lain, ke tempat
himpunan sampah kerana terlalu benci akan kemaksiatan lelaki itu semasa
hayatnya. Kemudiaan, Allah s.w.t. mengilhamkan Nabi Musa ‘alaihi as-salam agar
menguruskan mayat lelaki itu dengan sempurna. Lalu, Nabi Musa ‘alaihi as-salam
pun kehairanan dan bertanya kepada Allah, “Wahai Allah, bukankah orang itu
amat suka melakukan maksiat kepadaMu? Kenapa perlu diuruskan mayatnya?”.
Maka Allah s.w.t. pun menjawab pertanyaan Nabi Musa ‘alaihi as-salam, “Kerana
Aku telah mengampuni segala dosa yang telah dilakukannya. Ini kerana, dia amat
suka membaca kitab Taurat, bahkan apabila terjumpa akan nama kekasihKu iaitu
Muhammad s.a.w., maka dia akan mengucup nama tersebut”.
Diriwayatkan
juga bahawa terdapat seorang raja Tubba’[11],
yang beriman kepada Allah, berketurunan Yahudi dan sentiasa bersamanya golongan
ahli al-Kitab, yang mana hidup 1000 tahun sebelum kelahiran Baginda s.a.w.
serta mempunyai kuasa pemerintahan yang luas. Maka, raja Tubba’ itu ingin
meluaskan pemerintahannya hingga ke Yathrib, yang mana sekarang bernama Madinah
al-Munawarah. Setelah beliau dan tenteranya sampai ke sempadan Yathrib, beliau
bertemu dengan seorang pendeta Yahudi, lalu pendeta itu pun berpesan kepada
beliau dengan berkata, “Janganlah engkau menyerang kota ini, kerana di kota ini
akan datang seorang Nabi akhir zaman”. Maka setelah mendengar pesanan pendeta
tersebut, beliau membatalkan serangan itu lalu menulis sepucuk surat untuk
disampaikan kepada Baginda s.a.w.. Surat tersebut diamanahkan kepada nenek
moyang seorang sahabat yang bernama, Abu Ayyub al-Ansori dan disimpan dalam
peti besi. Peti itu diwariskan kepada seorang demi seorang hinggalah sampai
kepada Abu Ayyub al-Ansori radhiyallahu ta’ala ‘anhu. Maka setelah peristiwa
hijrahnya Baginda s.a.w. ke Madinah, dengan petunjuk daripada Allah s.w.t.
kepada unta Baginda s.a.w., unta itu berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub
al-Ansori. Maka Baginda s.a.w. memasuki rumah sahabat Baginda s.a.w. itu, dan
bertanya akan surat itu kepada sayyidina Abu Ayyub al-Ansori. Lalu Baginda s.a.w.
membaca surat itu;
أما بعد، فإني آمنت بك وبكتابك الذي أنزل
عليك، وأنا على دينك وسنتك، وآمنت بربّك وربّ كل شيء، وآمنت بكل ما جاء من ربّك من
شرائع الإسلام؛ فإن أدركتك فبِها ونِعمت، وإن لم أدركك فٱشفع لي ولا تنسني يوم
القيامة؛ فإني من أمتك الأوّلين وبايعتك قبل مجيئك، وأنا على ملتك وملة أبيك
إبراهيم عليه السلام
“Amma
ba’du. Sesungguhnya aku beriman kepadamu dan beriman kepada kitab yang
diturunkan kepadamu. Aku berada dalam agama dan sunnahmu. Aku beriman kepada
Tuhanmu, Tuhan segala sesuatu. Aku juga beriman kepada syariat Islam yang
bersumber dari Tuhanmu. Jika aku dapat bertemu denganmu, itu adalah suatu
kenikmatan bagiku. Jika tidak, berilah aku syafaatmu dan jangan lupakan diriku
di hari Kiamat, kerana aku adalah ummatmu yang terdahulu dan aku telah
berbai’at sebelum kedatanganmu. Aku memeluk agamamu dan agama Ibrahim ‘alahis
salam”.[12]
Kesemua
kenyataan diatas ini tidaklah hanya sebagai dalil kepada Baginda s.a.w. membawa
rahmat walaupun sebelum Baginda s.a.w. dilahirkan. Maka, apatah lagi setelah Baginda
s.a.w. dilahirkan. Nescaya bercurah-curah rahmat yang telah dibawa oleh Baginda
s.a.w. kepada seluruh alam bersesuaian dengan firman Allah s.w.t.;
ﭽ ﮐ ﮑ
ﮒ ﮓ ﮔ
ﮕ ﭼ
Maksudnya: “Dan
tidaklah Kami mengutuskan kamu(wahai kekasihKu), melainkan sebagai rahmat
kepada sekalian ‘alam”.[13]
Rahmat
Ketika Hayatnya
1)
Ketika Baginda s.a.w.
kecil.
Ketahuilah
wahai saudaraku tercinta, Baginda s.a.w. telah dikurniakan sifat rahmat yang
amat luas. Sebagaimana yang telah kita sentuh berkenaan rahmat Baginda s.a.w.
sebelum dilahirkan, rahmat Baginda s.a.w. lebih terzahir ketika hayat Baginda
s.a.w.. Diriwayatkan oleh sayidina Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu;
إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا ، وَإِنَّمَا
بُعِثْتُ رَحْمَةً
Maksudnya: “Sesungguhnya
aku tidak diutuskan sebagai pelaknat, akan tetapi aku diutuskan sebagai rahmat”.[14]
Bahkan
Baginda s.a.w. juga mendidik umat
Baginda s.a.w. agar bersifat rahmat;
إِنَّمَا يَرْحَمُ
اللهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Maksudnya: “Sesungguhnya
Allah s.w.t. merahmati hamba-hambaNya yang bersifat rahmat”.[15]
Secara
umumnya kita semua telah mengetahui bagaimana rahmatnya Baginda s.a.w..
Terdapat pelbagai peristiwa yang telah menunjukkan bagaimana sifat rahmat yang diletakkan
Allah s.w.t. ke dalam hati sanubari Baginda s.a.w.. Kita dapat melihat sendiri,
melalui kitab-kitab yang menceritakan sejarah Baginda s.a.w., begitu juga
dengan kata-kata pujian yang dilontarkan kepada Baginda s.a.w. baik daripada
para sahabat radhiyAllahu ‘anhum, ataupun daripada mereka yang memusuhi Baginda
s.a.w. di atas apa yang dibawa oleh Baginda s.a.w..
Apabila
Baginda s.a.w. dilahirkan, Allah s.w..t menzahirkan rahmat yang amat
mengagumkan kepada seluruh alam. Ketika itu, banyak peristiwa yang mengejutkan
berlaku bukan sahaja di tanah ‘Arab, bahkan di tempat-tempat lain juga,
peristiwa yang menandakan akan hilangnya kegelapan dan kejahilan manusia yang
telah lama menyeleweng daripada Allah s.w.t.. Antara, Golongan Majusi yang
terkenal dengan menyembah api yang tidak pernah terpadam sebelum ini, terkejut
apabila api yang disembah oleh mereka terpadam secara tiba-tiba. Begitu juga
dengan peristiwa robohnya tiang-tiang yang sebelum ini berdiri megah di istana
Raja Kisra selama berabad-abad.
Begitu juga
ketika Baginda s.a.w. kecil, dengan rahmat yang berserta di dalam jiwa Baginda
s.a.w., haiwan peliharaan Halimah as-Sa’diyyah, ibu susuan Baginda s.a.w.,
menjadi sihat, gemuk dan mempunyai hasil tenusu yang luar biasa. Begitu juga
dengan keldai yang digunakan Halimah as-Sa’diyyah untuk membawa Baginda s.a.w.
yang masih kecil, tiba-tiba keldainya itu segar dan berjalan cepat. Ketika
Baginda s.a.w. dibawah jagaan beliau, berlakunya peristiwa pembelahan dada yang
pertama oleh Malaikat kepada Baginda s.a.w., sebagaimana firman Allah s.w.t.;
ﭽ ﮥ ﮦ
ﮧ ﮨ ﮩ ﭼ
Maksudnya: “Bukankah
Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu?”.[16]
Imam
at-Tabrani rahimahUllahu ta’ala telah berkata di dalam tafsir beliau berjudul,
“at-Tafsir al-Kabir” berkenaan ayat di atas, “Maka demikian itu, perut
Baginda s.a.w. dibedah dari tengah-tengah dadanya hinggalah ke perutnya yang
paling bawah. Kemudian dikeluarkan hati Baginda s.a.w. dan dibersihkan pada
bekas keemasan dengan air zam-zam. Setelah itu dicurahkan iman dan hikmah, dan
kemudiannya dikembalikan hati Baginda s.a.w. ke tempatnya”. Para ‘ulama
ahlIllah kemudiannya mensyarahkan peristiwa tersebut, dengan menjelaskan apakah
yang dikeluarkan daripada hati Baginda s.a.w., sedangkan Baginda s.a.w.
semenjak kecil dipelihara oleh Allah s.w.t. daripada melakukan maksiat, dan di
dalam ‘aqidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah juga menjelaskan bahawa kesemua al-anbiya
adalah maksum sejak lahir. Maka, mereka menjelaskan bahawa yang dikeluarkan
daripada hati Baginda s.a.w. adalah perasaan rahmat kepada syaitan dan juga
iblis ‘alaihim laknatUllah.
2)
Baginda s.a.w. sebagai
seorang pemuda.
Firman Allah
s.w.t.;
ﭽ ﮛ ﮜ
ﮝ ﮞ ﮟ ﭼ
Maksudnya: “Dan
bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia”.[17]
Apabila
Baginda s.a.w. telah membesar sebagai seorang pemuda di Kota Makkah, Baginda
s.a.w. amat dikenali oleh golongan ‘Arab Quraisy sebagai al-Amin(seorang yang
dipercayai). Segala perlakuan Baginda s.a.w., bicaranya serta akhlaq amat
mencerminkan Baginda s.a.w. adalah seorang pemuda yang mulia. Bahkan Baginda
s.a.w. sentiasa menjadi buah mulut penduduk Makkah, bukan sahaja kerana
ketampanan dan kebijaksanaan Baginda s.a.w. sahaja, tetapi kerana Baginda
s.a.w. adalah sorang lelaki yang amat berakhlaq dan bersopan santun kepada
kesemua penduduk Makkah.
Banyak
peristiwa yang menunjukkan Baginda s.a.w. sebagai seorang pemuda yang membawa
rahmat. Antaranya ketika Baginda s.a.w. bekerja dengan sayidatina Khadijah
sebelum Baginda s.a.w. bernikah dengan beliau. Sayidatina Khadijah pada waktu
itu, terkenal sebagai seorang bangsawan wanita Makkah yang amat terkenal. Oleh
kerana beliau mempercayai Baginda s.a.w. seorang yang jujur dan berbudi pekerti
yang mulia, maka Baginda s.a.w. diutuskan sebagai pedagang membawa barangan
sayidatina Khadijah ke Syam. Ketika itu,
Baginda s.a.w. bukan sahaja dijanjikan untuk diberikan upah yang berganda
berbanding pekerja yang lain, akan tetapi turut diberi dua orang hamba untuk
membantu Baginda s.a.w. sepanjang perjalanan Baginda s.a.w.. Sesungguhnya ke
mana sahaja Baginda s.a.w., nescaya yang bersama Baginda s.a.w. akan mendapat
rahmat. Apabila selesai berdagang dan pulang ke Makkah, sayidatina Khadijah
amat terkejut kerana hasil dagangan Baginda s.a.w. itu berganda keuntungannya
berbanding sebelum ini. Bahkan pembantu lelaki Baginda s.a.w. yang bernama
Maisarah, turut menceritakan kepada sayidina Khadijah akan keperibadian Baginda
s.a.w. dan menceritakan pengalamannya ketika berehat di Busra, dimana seorang
rahib menceritakan kepadanya bahawa lelaki mulia tersebut adalah Utusan
terakhir yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Oleh kerana kisah tersebut, maka
sayidatina Khadijah terus memerdekakan Maisarah dan isterinya, bahkan diberikan
wang, kuda dan pakaian yang mahal kepada mereka berdua.
Begitu juga
dengan kisah peletakan batu Aswad( Hajar al-Aswad) yang beralih akibat banjir besar
di Kota Makkah. Peristiwa yang berlaku pada tahun 606 Masihi ketika Baginda
s.a.w. berumur 35 tahun amat membuktikan Baginda s.a.w. seorang pemuda yang
membawa rahmat kepada penduduk Makkah. Apabila batu tersebut beralih daripada
kedudukan asalnya, maka setiap qabilah saling bergaduh dalam menentukan siapa
yang sepatutnya meletakkan batu tersebut pada tempatnya yang asal, bahkan
mereka hampir sahaja berperang kerananya. Setiap qabilah mengangkat kemuliaan
masing-masing, yang terkenal dengan kekuatan mengatakan merekalah yang mulia
dan layak meletakkan batu mulia tersebut. Begitu juga yang memiliki kekayaan,
mengatakan qabilah mereka lebih layak. Oleh kerana tiada penyelesaian, maka
mereka akhirnya bersetuju untuk bersikap adil dan membiarkan seseorang yang
pertama memasuki halaman Ka’bah pada keesokan hari untuk memilih qabilah mana
yang sepatutnya meletakkan batu mulia tersebut. Di atas ketentuan Allah s.w.t.,
maka Baginda s.a.w. merupakan orang yang pertama memasuki halaman Ka’bah, dan
mereka semuanya bersepakat untuk menyerahkan keputusan kepada Baginda s.a.w.
kerana mereka mempercayai Baginda s.a.w.. Dengan sifat rahmat yang tertanam di
dalam diri Baginda s.a.w., keadilan yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w. diluar
jangkaan mereka. Baginda s.a.w. kemudiannya mengangkat sendiri batu tersebut
dan meletakkan di atas kain serban Baginda s.a.w. yang mulia. Setelah itu,
Baginda s.a.w. menyuruh setiap ketua qabilah tersebut memegang bucu kain serban
Baginda s.a.w. dan sama-sama membawanya ke penjuru Ka’bah. Kemudian Baginda
s.a.w. mengambil dan meletakkannya di tempat asalnya.
3)
Rahmat Baginda s.a.w.
sebagai UtusanNya.
Setelah
Baginda s.a.w. diutuskan sebagai PesuruhNya kepada kesemua umat manusia, rahmat
Baginda s.a.w. semakin terzahir. Baik kepada mereka yang mengikuti Baginda
s.a.w., ataupun mereka yang memusuhi Baginda s.a.w., rahmat Baginda s.a.w.
tidak pernah terbatas. Baginda s.a.w. bersabda;
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ
Maksudnya: “Wahai
sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan”.[18]
Perhatikanlah
kepada firman Allah s.w.t. berkenaan kerahmatan Baginda s.a.w. kepada pengikut
Baginda s.a.w.;
ﭽ ﭙ ﭚ
ﭛ ﭜ ﭝ ﭞﭟ ﭠ
ﭡ ﭢ ﭣ
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧﭨ ﭩ
ﭪ ﭫ ﭬ
ﭭ ﭮ ﭯﭰ ﭱ
ﭲ ﭳ ﭴ ﭵﭶ ﭷ
ﭸ ﭹ ﭺ
ﭻ ﭼ
Maksudnya: “Maka
dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai kekasihKu),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan)
itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi
orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.[19]
Ketahuilah
wahai saudaraku, sesungguhnya antara rahmat Baginda s.a.w. yang terzahir ketika
Baginda s.a.w. diutuskan sebagai PesuruhNya ialah mengajarkan masyarakat
sekeliling Baginda s.a.w. bahkan kepada semua manusia secara umumnya kepada
menTauhidkan Allah s.w.t. dan membawa akhlaq yang terpuji. Ketika Baginda
s.a.w. belum diutuskan, masyarakat musyrikin Makkah menyembah 360 patung
berhala yang diletakkan di sekeliling Ka’bah. Mereka bukanlah menyembah
patung-patung tersebut melainkan mereka menganggap sebagai perantaraan antara
mereka dengan Allah s.w.t. sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah
s.w.t.;
ﭽ ﮋ ﮌ
ﮍ ﮎ ﮏ
ﮐ ﮑ ﮒ
ﮓ ﮔ ﮕ
ﮖ ﭼ
Maksudnya: “…Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk
menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau
memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah
sehampir-hampirnya…”.[20]
Firman Allah
s.w.t. lagi melalui pesanan Luqman al-Hakim kepada anak beliau tentang keburukan
syirik;
ﭽ ﭱ ﭲ
ﭳ ﭴ ﭵ ﭼ
Maksudnya:
“….Sesungguhnya kesyirikan itu adalah kezaliman yang besar”.[21]
Selain
daripada itu, mereka juga merupakan golongan yang mempunyai akhlaq yang amat
tercela. Mereka terkenal sebagai golongan yang membunuh anak-anak perempuan,
melakukan perkara yang keji, sentiasa berbohong sesama sendiri, menjadikan
mereka golongan yang amat hina.
Maka,
apabila Baginda s.a.w. menyampaikan Agama Islam yang murni, yang mengandungi
keTauhidan yang suci, barulah masyarakat musyrikin Makkah mengetahui ajaran
‘aqidah yang sebenarnya kepada Allah s.w.t.. Mereka terpukau dengan setiap
daripada kalam Baginda s.a.w. dan terserlah keyakinan di wajah Baginda s.a.w.,
akhirnya, seorang demi seorang, dari golongan hamba hinggalah golongan
bangsawan, memeluk Agama Islam yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.. Mereka
juga mencontohi akhlaq Baginda s.a.w. yang amat indah dimata sesiapa yang
melihatnya walaupun disisi orang yang memusuhi Baginda s.a.w.. Walaupun dugaan
yang dihadapi oleh para sahabat begitu kuat, akan tetapi kerana kelazatan dan
keyakinan mereka terhadap Baginda s.a.w. menjadikan mereka kental dalam
menghadapi golongan kafir musyrik.
Perkara yang
penuh bermakna ini telah diungkapkan oleh sayidina Ja’far ibn Abi Talib,
saudara Baginda s.a.w., kepada Raja Najasyi apabila beliau dan beberapa orang
sahabat lagi melakukan hijrah yang pertama, iaitu ke Habsyah. Sayidina Ja’far
berkata;
“Wahai
raja, dahulunya kami adalah orang-orang jahiliyyah yang menyembah berhala,
memakan bangkai, melakukan perkara keji, memutuskan ikatan kekeluargaan,
bersikap jahat terhadap jiran dan orang yang kuat dari kalangan kami menindas
golongan yang lemah. Kami terus dalam keadaan sedemikian sehinggalah Allah
s.w.t. membangkitkan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami. Setelah itu,
barulah kami mengenal tentang keluarganya, kejujurannya, amanahnya dan
kesuciannya daripada melakukan dosa. Baginda s.a.w. menyuruh kami bercakap
benar, menunaikan amanah, menghubungkan tali kekeluargaan, berbaik dengan
jiran, meninggalkan perkara yang haram dan pertumpahan darah. Baginda s.a.w.
juga melarang kami dari melakukan perkara keji, bercakap bohong, memakan harta
anak yatim, dan menuduh perempuan yang suci dengan zina. Baginda s.a.w. juga
menyuruh kami menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan
sesuatu yang lain, menyuruh kami mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta
berpuasa”.
Pada suatu
hari, seorang sahabat telah melihat sayidina Umar radhiyAllahu ‘anhu menangis
dan ketawa secara tiba-tiba. Maka sahabat tadi yang kehairanan pun bertanya
kepada sayidina Umar radhiyAllahu ‘anhu, “Wahai Umar, kenapakah tiba-tiba
engkau menangis kemudiannya ketawa?”. Sayidina Umar pun menjawab, “Aku menangis
tadi kerana aku mengingati anak perempuanku yang telah aku tanam secara
hidup-hidup. Ketika aku menggali lubang untuk menanamku, dia juga turut
membantuku dengan gembira tanpa dia tahu bahawa dia akan ditanam. Kemudian
apabila aku meletakkannya di dalam lubang, dia menyapu pasir yang terlekat pada
jangkutku. Itu yang menyebabkan aku menangis. Adapun yang menyebabkan aku
ketawa setelah itu, aku teringat dahulu bahawa aku merupakan seorang pedangan
yang berdagang di Syam. Setiap kali aku berdagang, aku akan membawa berhalaku
yang diperbuat daripada tamar agar dapat aku sembah berhalaku ketika dalam
perjalanan. Tetapi, suatu hari aku telah kehabisan makanan dan kerana
kelaparan, aku pun memakan berhala itu yang telah aku sembah. Itulah sebabnya
aku ketawa”.
Kelazatan
para sahabat bersama Baginda s.a.w. dan Islam yang dibawa Baginda s.a.w.
terungkap di dalam sebuah hadith Baginda s.a.w.;
ثَلَاثٌ
مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ، أَنْ يَكُونَ اللَّهُ
وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا
يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا
يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Maksudnya: “Tiga
perkara yang mana sekiranya terdapat pada diri seseorang itu, akan merasai
kemanisan iman; Apabila dia mencintai Allah s.w.t. dan rasulNya s.a.w. lebih
daripada selainnya; Apabila dia mencintai seseorang kerana Allah s.w.t.; dan
dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dimasukkan
ke dalam api neraka”.[22]
Dengan
rahmat yang berserta bersama Baginda s.a.w. juga, Baginda s.a.w. dapat menyatu
padukan masyarakat yang berbilang bangsa dan terdiri daripada pelbagai qabilah
di bawah panji Islam. Sebelum Baginda s.a.w. menyampaikan risalah Nubuwwah,
masyarakat di Makkah dan sekitarnya hidup dalam perpecahan dan ‘asobiyyah yang
tinggi. Mereka hidup dalam keadaan berqabilah dan berbangga dengan qabilah
masing-masing bahkan sering berlaku peperangan walaupun disebabkan
sekecil-kecil perkara. Apabila Baginda s.a.w. menyebarkan Agama Baginda s.a.w.
yang tidak menyentuh tentang sifat ke-qabilah-an, mereka semua dapat menerima
ajaran Baginda s.a.w. dengan mudah dan langsung tidak memandang bahawa Baginda
s.a.w. menyebarkan Agama diatas dasar Baginda s.a.w. salah seorang daripada
bangsa Quraisy. Maka, kesemua qabilah di Makkah dapat bersatu bahkan hampir
sahaja mereka lupa akan qabilah mereka kerana kehidupan mereka yang semata-mata
kerana Islam dan mencintai Baginda s.a.w..
Begitulah
juga yang berlaku kepada qabilah ‘Aus dan Khazraj yang terkenal dengan
peperangan 100 tahun. Kedua-dua golongan ini, walaupun sama-sama menetap di
sekitar Yathrib dan berketurunan ‘Arab, sentiasa di kancah peperangan yang
serius akibat hasutan daripada golongan Yahudi yang ingin memecah belahkan
kekuatan golongan ‘Arab di Yathrib agar mereka dapat berkuasa. Akhirnya, dengan
kerahmatan Baginda s.a.w., kedua-dua golongan tersebut bersatu dibawah panji
Islam yang akhirnya menguatkan Islam dan bersama-sama berjuang disisi Baginda
s.a.w..
Di dalam
peristiwa Thoif juga, terserlah rahmatnya Baginda s.a.w. kepada umat manusia
walaupun mereka memusuhi dan mencederakan Baginda s.a.w. dengan balingan
batu-batu. Lalu datang malaikat Jibril ‘alaihi as-salam dan berkata, “Wahai
Muhammad, kalau kamu izinkan kepadaku, biarlah aku mengambil bukit-bukit di
sekitar Thoif ini dan menghempap mereka dengannya”. Akan tetapi Baginda
s.a.w. melarang perbuatan sayidina Jibril ‘alaihi as-salam lalu Baginda s.a.w.
berkata, “Walaupun mereka tidak menerima seruanku, akan tetapi aku tetap
berharap anak dan cucu mereka akan menyembah Allah”. Kemudian dengan wajah
Baginda s.a.w. yang mengalir darah akibat perbuatan kaum Thoif, Baginda s.a.w.
berdo’a,
اللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah kaumku,
sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.[23]
Sesungguhnya,
kalau ingin dinyatakan kesemua peristiwa yang berkaitan dengan rahmat Baginda
s.a.w. ketika Baginda s.a.w. menjadi Utusan Allah s.w.t., tidak dapat dimuatkan
kesemuanya di dalam makalah ini. Antara peristiwa yang menunjukkan Baginda
s.a.w. seorang Utusan yang membawa rahmat sepanjang dakwah Baginda s.a.w.
secara ringkas;
-
Baginda s.a.w. seorang yang
amat berlembut kepada orang tua dan kanak-kanak. Sabda Baginda s.a.w.;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيُوَقِّرْ
كَبِيرَنَا
Maksudnya: “Bukanlah dari golongan
kami siapa yang tidak merahmati golongan kanak-kanak kami dan menghormati
golongan tua kami”.[24]
Pada suatu hari al-Aqra’ ibn Haabis pernah
melihat Baginda s.a.w. mencium salah seorang daripada cucu Baginda s.a.w..
Setelah itu, beliau yang terpegun melihat sifat Baginda s.a.w. terus berkata,
“Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tiada seorang pun daripada mereka
yang aku pernah cium”. Baginda s.a.w. mendengar luahannya itu langsung
memandang dan bersabda;
مَنْ
لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi”.[25]
-
Peristiwa peperangan Uhud
juga telah menyaksikan rahmat Baginda s.a.w. meliputi para sahabat, antaranya
peristiwa sayidina Qatadah yang terkeluar matanya akibat panahan daripada
tentera musyrikin. Ketika itu, tentera umat Islam kucar kacir kerana diserang
secara mengejut oleh tentera pimpinan Khalid ibn al-Walid yang ketika itu masih
belum memeluk Islam setelah mereka berundur tidak berapa lama sebelum itu.
Melihat keadaan yang amat menggusarkan hati para sahabat yang bimbang akan
keselamatan Baginda s.a.w., mereka berkumpul untuk mempertahankan Baginda
s.a.w. termasuklah sayidina Qatadah. Secara tiba-tiba, panahan daripada tentera
musyrikin menghujani mereka dan akhirnya terkena pada mata sayidina Qatadah
yang menyebabkan matanya itu tersembur keluar. Dalam menahan kesakitan, beliau
membawa matanya yang terkeluar itu dan cuba mendapatkan Baginda s.a.w. lalu
berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang perempuan yang
aku cinta akannya, dan aku risau apabila dia melihat mataku, dia akan
menjauhiku”. Maka Baginda s.a.w. pun mengembalikan matanya dengan tangan
Baginda s.a.w. yang mulia, dan sayidina Qatadah dapat melihat kembali. Bahkan
beliau berkata, bahawa matanya dapat melihat dengan lebih terang berbanding
sebelumnya walaupun setelah beliau mencapai usia tua.[26]
-
Di dalam peperangan Khandaq
pula, rahmat Baginda s.a.w. meliputi seluruh tentera Muslim yang kelaparan
ketika menggali parit untuk pertahanan kota Madinah daripada serangan tentera
musyrikin Makkah. Diriwayatkan oleh sayidina Aiman ibn ‘Ubaid, bahawa beliau
pernah menemui sayidina Jaabir ibn ‘Abdillah lalu katanya;
إِنَّا
يَوْمَ الْخَنْدَقِ نَحْفِرُ ، فَعَرَضَتْ كُدْيَةٌ شَدِيدَةٌ ، فَجَاءُوا
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : هَذِهِ كُدْيَةٌ
عَرَضَتْ فِي الْخَنْدَقِ ، فَقَالَ : أَنَا نَازِلٌ ، ثُمَّ قَامَ وَبَطْنُهُ
مَعْصُوبٌ بِحَجَرٍ ، وَلَبِثْنَا ثَلاثَةَ أَيَّامٍ لا نَذُوقُ ذَوَاقًا ،
فَأَخَذَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِعْوَلَ فَضَرَبَ ،
فَعَادَ كَثِيبًا أُهِيلَ ، أَوْ أُهِيمَ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْذَنْ لِي إِلَى الْبَيْتِ ، فَقُلْتُ لامْرَأَتِي :
رَأَيْتُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا مَا فِي ذَلِكَ
صَبْرٌ ، فَعِنْدَكِ شَيْءٌ ؟ قَالَتْ : عِنْدِي شَعِيرٌ ، وَعَنَاقٌ ، فَذَبَحَتِ
الْعَنَاقَ ، وَطَحَنَتِ الشَّعِيرَ حَتَّى جَعَلْنَا اللَّحْمَ فِي الْبُرْمَةَ ،
ثُمَّ جِئْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْعَجِينُ قَدِ
انْكَسَرَ ، وَالْبُرْمَةُ بَيْنَ الأَثَافِيِّ قَدْ كَادَتْ أَنْ تَنْضَجَ ،
فَقُلْتُ : طُعَيْمٌ لِي ، فَقُمْ أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلٌ أَوْ رَجُلانِ ، فَقَالَ : كَمْ هُوَ ؟ فَذَكَرْتُ
لَهُ ، فَقَالَ : " كَثِيرٌ طَيِّبٌ " ، قَالَ : قُلْ لَهَا : " لا
تَنْزِعِ الْبُرْمَةَ وَلا الْخُبْزَ مِنَ التَّنُّورِ حَتَّى آتِيَ " ،
قَالَ : " قُومُوا " ، فَقَامَ الْمُهَاجِرُونَ ، فَلَمَّا دَخَلَ عَلَى
امْرَأَتِهِ ، قَالَ : وَيْحَكِ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بِالْمُهَاجِرِينَ وَالأَنْصَارِ وَمَنْ مَعَهُمْ ، قَالَتْ : هَلْ
سَأَلَكَ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ ، فَقَالَ : " ادْخُلُوا وَلا تَضَاغَطُوا ،
فَجَعَلَ يَكْسِرُ الْخُبْزَ ، وَيَجْعَلُ عَلَيْهِ اللَّحْمَ ، وَيُخَمِّرُ
الْبُرْمَةَ وَالتَّنُّورَ إِذَا أَخَذَ مِنْهُ ، وَيُقَرِّبُ إِلَى أَصْحَابِهِ ،
ثُمَّ يَنْزِعُ ، فَلَمْ يَزَلْ يَكْسِرُ وَيَغْرفُ حَتَّى شَبِعُوا ، وَبَقِيَ
بَقِيَّةٌ ، قَالَ : " كُلِي وَأَهْدِي ، فَإِنَّ النَّاسَ أَصَابَتْهُمْ
مَجَاعَةٌ
Maksudnya: “Ketika kami menggali
parit ketika peristawa Khandaq, terdapat seketuk batu yang amat keras(dan tidak
dapat memecahkannya). Maka kami pun datang menemui Baginda s.a.w. dan berkata,
“Batu yang sangat keras ini telah menghalang kami untuk menggali parit. Maka
Baginda s.a.w. pun bersabda, “Aku sendiri yang turun”. Kemudian Baginda s.a.w.
berdiri dan terlihat di perut Baginda s.a.w. terikat dengan batu(kerana menahan
kelaparan). Telah tiga hari kami ketiadaan makanan yang dapat kami rasakan.
Kemudian, Baginda s.a.w. mengambil tukul lalu memukulkan batu tersebut sehingga
ianya pecah serta hancur. Kemudian aku datang kepada Baginda s.a.w., “Izinkanku
untuk pulang ke rumah?”. Setelah itu aku berkata kepada isteriku, “Aku telah
melihat Baginda s.a.w. sesuatu yang aku tidak sanggup melihatnya. Apakah kamu
memiliki sesuatu(untuk dimakan)?”. Jawab Isteriku, “Aku memiliki gandum dan
anak kambing”. Kemudian isteriku menyembelih anak kambing tersebut dan membuat
adunan gandum sehingga menjadi makanan di dalam bekas. Setelah itu, aku menemui
Baginda s.a.w. sementara adunan tepung itu
mulai masak dan periuk antara dua tungku hampir masak. Maka aku datang
kepada Baginda s.a.w. dan berkata, “Aku memiliki sedikit makanan, maka
berdirilah wahai RasulUllah bersama seorang atau dua orang sahaja”. Baginda
s.a.w. bersabda kepadaku, “Untuk berapa
orang?”. Maka aku pun memberitahu Baginda s.a.w. semula. Baginda s.a.w. pun bersabda,
“Lebih ramai lebih baik. Katakan kepada isterimu, “Jangan mengangkat periuk dan
adunan roti tersebut daripada api sehingga aku datang”. Baginda s.a.w. bersabda
lagi, “Bangunlah kalian semua!”. Maka kesemua golongan Muhajirin dan Ansar, dan
sayidina Jabir pun memberitahu kepada isterinya. Lalu isterinya berkata, “Aduh,
Baginda s.a.w. telah datang bersama golongan Muhajirin dan Ansar beserta orang
yang bersamanya juga”. Isteriku pun bertanya kepada aku, “Apakah Baginda s.a.w.
meminta kepadamu sebegitu?”. Aku pun menjawab, “Benar”. Maka Baginda s.a.w. pun
berkata, “Masuklah kalian dan janganlah berasak-asakan”. Setelah itu Baginda
s.a.w. pun mencuit-cuit roti tersebut dan juga daging. Dan Baginda s.a.w.
menutupkan periuk dan tungku api setiap kali Baginda s.a.w. mengambilnya.
Baginda s.a.w. pun mendekati para sahabatnya dan mengedarkan makanan tadi.
Baginda s.a.w. pun berulang kali mencuit roti serta menceduk daging tersebut
sehingga kesemua sahabat kekenyangan, dan makanan tersebut masih mempunyai
baki. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Makanlah kamu(isteri sayidina Jabir), dan hadiahkanlah
kepada orang ramai, kerana masih ramai manusia yang masih kelaparan”.[27]
-
Sifat rahmat Baginda s.a.w.
bukan sahaja terhad kepada umat Islam, bahkan meliputi kepada golongan kafir
yang memusuhi Baginda s.a.w.. Pernah terjadi dalam satu peristiwa di sebuah
pasar dalam kota Madinah, dimana terdapatnya seorang wanita tua yang buta
beragama Yahudi yang menjadi pengemis di pasar tersebut. Wanita tua tersebut
sentiasa mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap Baginda s.a.w.. Terdapat
segelintir daripada penduduk Madinah yang lalu lalang di pasar tersebut,
sentiasa memberinya sedekah kerana kasihan melihat keadaan wanita buta yang
dhoif lagi buta, akan tetapi kebanyakkan mereka tidak menghiraukan wanita
tersebut. Pada suatu hari, Baginda s.a.w. melalui di pasar dimana tempat wanita
tua yang buta tersebut sentiasa melontarkan kata-kata cacian yang kesat kepada
Baginda s.a.w.. Maka, Baginda s.a.w. pun terdengar cacian daripada wanita
tersebut, dan Baginda s.a.w. mendekati wanita tersebut. Melihat keadaan wanita tersebut,
Baginda s.a.w. sedikit pun tidak merasakan marah mahupun benci kepada wanita
tua yang buta itu, bahkan Baginda s.a.w. terus membelikan sedikit makanan lalu
disuapkan ke mulut wanita tua yang buta dan beragama Yahudi itu. Perbuatan
Baginda s.a.w. yang mulia ini bukan hanya dilakukan sekali dua, akan tetapi
semenjak Baginda s.a.w. menyuapkan wanita itu, Baginda s.a.w. tidak pernah
berhenti sehinggalah Baginda s.a.w. wafat dalam keadaan wanita tersebut tidak
tahu siapakah yang menyuapkannya dengan penuh kelembutan. Wanita itu pula tidak
sempat untuk bertanyakan siapakah yang menyuapkannya makanan kerana mulutnya
tidak henti-henti mencaci Baginda s.a.w., manusia mulia yang menyuapkan makanan
kedalam mulutnya itu.
Pada suatu hari, sayidina Abu Bakr as-Siddiq
mendatangi anaknya, sayidatina ‘Aisyah radhiyAllahu ‘anhuma tidak lama setelah
Baginda s.a.w. wafat. Lalu beliau meluahkan perasaannya kepada anaknya yang
tercinta, “Wahai anakku, apakah yang biasa dilakukan oleh Baginda s.a.w. tetapi
tidak aku lakukan?”.
Maka jawab anaknya itu, “Wahai bapaku,
sesungguhnya engkau telah melakukan kesemua perkara yang dilakukan oleh Baginda
s.a.w. melainkan satu perkara sahaja”. Sayidina Abu Bakr terus bersemangat,
“Khabarkanlah kepadaku tentang perkara itu!”.
Sayidatina ‘Aisyah pun memberitahu
kepada ayahnya bahawa Baginda s.a.w. pada setiap hari akan ke pasar untuk
menyuapkan makanan kepada seorang wanita tua yang buta beragama Yahudi. Sejak
Baginda s.a.w. wafat, tiada seorang pun yang menyuapkan wanita tersebut makanan.
Sayidina Abu Bakr yang bersemangat
untuk melakukan perbuatan yang dilakukan Baginda s.a.w. tersebut. Pada keesokan
hari, beliau terus bergerak menuju ke pasar Madinah dan mencari-cari wanita tua
yang buta seperti diperkatakan anak beliau. Akan tetapi, tidaklah yang beliau
dapati di pasar tersebut melainkan seorang wanita tua yang buta, yang tidak
lekang mulutnya dengan cacian terhadap kekasih hati sayidina Abu Bakr itu.
Dengan menahan kemarahan, beliau
menghampiri wanita tua tersebut dan cuba untuk menyuapkan makanan ke dalam
mulut wanita itu walaupun telinganya ‘kepanasan’ mendengar kata-kata cacian.
Akan tetapi, wanita itu memalingkan mukanya daripada suapan sayidina Abu Bakr
sambil berkata, “Siapakah kamu yang menyuapku?”. Dengan sabar, beliau menjawab,
“Akulah yang sentiasa menyuapmu”. Wanita itu tidak percaya lalu berkata,
“Tidak! Kamu bukanlah orang yang selalu menyuapkan makanan kepadaku. Aku dapat
rasakan kelembutan dan kesopanan melalui suapannya. Bahkan aku tahu orang itu
akan menghaluskan makanan sebelum menyuapkan kepadaku”. Sambung wanita itu
lagi, “Akan tetapi, kali ini aku merasakan kekasaran dan sangat susah untuk aku
menelan makanan”.
Sayidina Abu Bakr pun menangis
mendengar luahan wanita itu. Tidaklah yang dihati beliau melainkan teringatkan
kepada kekasih hatinya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Dengan penuh kesedihan,
beliau pun menerangkan kepada wanita tersebut, “Benarlah, aku bukanlah orang
yang sentiasa menyuapkan makanan ke mulutmu seperti sebelum ini. Aku merupakan
sahabatnya, dan aku sekarang menggantikannya”.
Wanita tua tersebut kehairanan lalu
bertanya, “Siapakah orang yang menyuapkan aku dahulu? Kemanakah perginya orang
itu?”. Tangisan sayidina Abu Bakr semakin kedengaaran, beliau semakin tidak
dapat menahan kesedihannya. Beliau cuba untuk menjelaskan kepada wanita itu,
“Orang yang menyuapkan makanan kepadamu itulah orang yang kamu caci pada setiap
hari. Dialah Muhammad Rasulullah. Sesungguhnya dia telah kembali kepada
Kekasihnya dan aku pula yang menggantikan tempatnya”.
Penjelasan sayidina Abu Bakr itu
mengejutkan wanita tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa orang yang
dicacinya setiap hari itulah yang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan
penuh kesopanan dan kelembutan. Dia pun bertanya untuk kepastian, “Orang yang
menyuapkan makanan kepadaku itu adalah Muhammad Pesuruh Allah?”. Sayidina Abu
Bakr meyakinkannya, “Ya, benar. Dialah yang menyuapkan makanan kepadamu dengan
penuh kelembutan dan sesungguhnya aku tidak dapat lakukannya seperti yang
dilakukan olehnya”.
Wanita itu pun menangis sambil berkata,
“Selama ini aku telah menghinanya, menfitnahnya, tetapi dia tetap tidak
memarahiku bahkan tiap-tiap hari menyuapkan makanan ke dalam mulutku dengan
penuh kelembutan. Sekarang dia telah meninggalkanku dan aku tidak sempat untuk
memohon kemaafan daripadanya”. Wanita itu meneruskan percakapannya, “Sekarang
aku mahu engkau menjadi saksi bahawa aku bersaksi bahawa tiada Tuhan(yang wajib
disembah) melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah”.
-
Baginda s.a.w. juga diberikan
rahmat oleh Allah s.w.t. untuk memohon keampunan Allah s.w.t. kepada mereka
yang meminta keampunan melalui Baginda s.a.w.. Firman Allah s.w.t.;
ﭽ ﮫ ﮬ
ﮭ ﮮ ﮯ
ﮰ ﮱ ﯓ
ﯔ ﯕ ﯖ
ﯗ ﯘ ﯙ
ﯚ ﯛ ﭼ
Maksudnya: “…dan kalaulah mereka ketika
menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon
ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah
mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.[28]
Imam Ibn ‘Adil di dalam kitab
Tafsirnya “al-Lubab Fi ‘Uluum al-Kitab” menukilkan satu kisah berkaitan dengan
ayat tersebut;
“Sesungguhnya terdapat satu kaum
dari golongan munafiq ingin mempermainkan Baginda s.a.w.. Kemudian, mereka pun
pergi untuk bertemu Baginda s.a.w. diatas niat tersebut di dalam suatu majlis.
Akan tetapi malaikat Jibril ‘alaihi as-salam memberitahu kepada Baginda s.a.w.
akan hal tersebut. Setelah itu, Baginda s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya
terdapat segolongan manusia yang telah masuk(ke dalam majlis kita) dan mereka
ingin melakukan perkara yang mana mereka tidak dapat melakukannya. Maka
berdirilah, dan beristirgfarlah kalian kepada Allah s.w.t. sehingga Allah s.w.t.
memaafkan kalian”. Akan tetapi, golongan munafiq tersebut tidak bangun
seperti yang Baginda s.a.w. perintahkan. Maka Baginda s.a.w. bersabda lagi, “Hendaklah
kalian bangun!”. Mereka tetap sahaja tidak melakukannya. Sehinggalah
Baginda s.a.w. bersabda, “Bangun wahai fulan, bangun wahai fulan!”.
Sehingga bilangan mereka seramai 12 orang. Maka mereka berdiri dan berkata, “Sesungguhnya
kami telah berazam diatas apa yang diberitahu engkau. Dan kami bertaubat kepada
Allah daripada kezaliman diri kami. Maka ampunilah kami”. Baginda s.a.w.
pun bersabda, “Sekarang keluarlah kalian. Sesungguhnya suruhan aku bertujuan
untuk mendekatkan kalian kepada memohon kempunan. Dan Allah s.w.t. yang dekat
kepada pengampunan. Maka keluarlah kalian daripadaku”.
Rahmatnya
Tidak Terbatas
Firman Allah
s.w.t.;
ﭽ ﮞ ﮟ
ﮠ ﮡﮢ ﭼ
Maksudnya: “Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati”.[29]
Firman Allah
s.w.t. lagi;
ﭽ ﭳ ﭴ
ﭵ ﭶ ﭷ
ﭸ ﭹ ﭺ ﭻﭼ ﭽ
ﭾ ﭿ ﮀ
ﮁ ﮂ ﮃﮄ ﮅ
ﮆ ﮇ ﮈ
ﮉ ﮊ ﮋ
ﮌﮍ ﮎ ﮏ
ﮐ ﮑ ﭼ
Maksudnya: “Dan
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh
beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh,
(patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah),
sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat
kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala
kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada
bandingannya itu)”.[30]
Baginda
s.a.w. pernah menegaskan berkenaan kewafatan Baginda s.a.w. di dalam satu
hadith, sepertimana yang telah diceritakan oleh sayidina Zaid ibn Arqam kepada
Hussein ibn Sabrah dan Umar ibn Muslim, apabila mereka berdua meminta sayidina
Zaid untuk menceritakan pengalaman beliau bersama Baginda s.a.w.. Lalu beliau
berkata kepada mereka berdua, “Pada suatu hari, Baginda s.a.w. pernah berdiri
berkhutbah di suatu tempat yang berair dikenali sebagai Khumma, yang terletak
diantara Makkah dan Madinah. Setelah itu, Baginda s.a.w. bertahmid kepada Allah
dan memujiNya, serta menasihati dan memberi peringatan. Setelah itu Baginda
s.a.w. bersabda;
أَمَّا
بَعْدُ ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ ، فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ
يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ ،
أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ ، فَخُذُوا بِكِتَابِ
اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ ، فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ،
ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ،
أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ
بَيْتِي
Maksudnya: “Amma
Ba’du. Ingatlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang manusia
yang hampir sekali aku didatangi oleh utusan Tuhanku(iaitu Malaikat Maut), dan
aku menjawab seruan tersebut. Jadi, aku meninggalkan kepada kamu semua dua
perkara yang berat(agung); pertamanya ialah kitab Allah yang mana padanya
petunjuk dan cahaya. Maka, ambillah kalian semua dengan kitab Allah dan
berpegang teguhlah padanya. Dan berpegang teguhlah serta cintailah kepadanya”.
Setelah itu Baginda s.a.w. menyambung, “Dan juga ahli keluargaku. Aku
mengingatkan kalian akan Allah pada ahli keluargaku. Aku mengingatkan kalian
akan Allah pada ahli keluargaku. Aku mengingatkan kalian akan Allah pada ahli
keluargaku…”.[31]
Sesungguhnya
kewafatan Baginda s.a.w. merupakan perkara yang paling sedih yang dihadapi oleh
umat Islam terutamanya para sahabat Baginda s.a.w. yang selama ini menjalani
kehidupan seharian dengan disinari keindahan Baginda s.a.w.. Diriwayatkan
bahawa pada hari kewafatan Baginda s.a.w., kota Madinah seolah-olah mengalami
banjir akibat tangisan para sahabat yang tidak dapat menahan kesedihan mereka.
Walau bagaimanapun, perpindahan Baginda s.a.w. ke alam Barzakh bukan bermakna
rahmat yang bersama Baginda s.a.w. juga terangkat. Bahkan rahmat Baginda s.a.w.
tetap bersama dengan umat Islam dan perkara ini terbukti di dalam beberapa
peristiwa penting yang telah disaksikan oleh para pencinta Baginda s.a.w..
Golongan
pertama yang meyakini bahawa rahmat Baginda s.a.w. tidak hilang walaupun
Baginda s.a.w. tidak bersama mereka ialah para sahabat radhiyAllahu ‘anhum
ajma’in. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Ibn Katsir di dalam peristiwa
peperangan Yamamah, dimana para sahabat menghadapi tentara Musailamah
al-Kazzab, seorang yang mendakwa sebagai nabi. Ketika itu sayidina Khalid ibn
al-Walid membawa bendera tentera Islam sehingga berjaya melintasi kawasan
musuh. Setelah itu, beliau melalui bukit dan memerhatikan bagaimana cara untuk
beliau dapat sampai dekat dengan Musailamah al-Kazzab dan membunuhnya. Kemudian
beliau kembali semula kepada barisan tentera, lalu berhenti di antara dua saf
tentera dan menyeru untuk berlawan seorang dengan seorang dari kalangan tentera
musuh. Setelah itu beliau berkata, “Aku adalah putera al-Walid yang datang
semula, aku adalah putera ‘Amir dan Zaid”. Kemudian beliau melaungkan syi’ar
golongan Muslimin iaitu, “Ya Muhammadaah”.[32]
Para sahabat
juga turut meyakini kerahmatan baginda s.a.w. apabila mereka mengalami
kesakitan. Sebagamana yang diriwayatkan oleh al-Haitham ibn al-Khannas
bahawasanya pada suatu hari, ketika kami bersama sayidina ‘Abdullah ibn Umar,
tiba-tiba kaki beliau menjadi kejang. Lalu seorang lelaki berkata kepadanya,
“Sebutlah nama manusia yang paling kami kasihi”. Maka beliaupun menyebut, “Ya
Muhammad”. Secara tiba-tiba, kakinya yang kekejangan terus sembuh.
Begitu juga
dalam satu kisah yang lain yang diriwayatkan oleh Mujahid, dimana pada suatu
hari kaki seorang lelaki menjadi kebas ketika sedang bersama dengan sayidina
Ibn ‘Abbas. Maka sayidina Ibn ‘Abbas pun berkata kepadanya, “Sebutkanlah nama
orang yang paling kamu kasihi”. Setelah itu, orang tersebut pun berkata,
“Muhammad”, dan kekebasan kakinya terus hilang.[33]
Terdapat
satu kisah yang dikenali Kisah Imam al-‘Utbi, yang dinukilkan oleh Imam
al-Hafiz Sheikh ‘Imaduddin Ibn Kathir; Telah menyebut suatu jemaah, diantara
mereka ialah asy-Sheikh Abu Mansur al-Sobbagh di dalam kitabnya asy-Syamil
berkenaan hikayat yang masyhur mengenai Imam al-‘Utbiy yang menceritakan
bahawa, “Ketika aku duduk di sisi maqam Baginda s.a.w., telah datang seorang
Arab Badwi lalu mengucapkan, “Salam sejahtera keatasmu wahai Rasulullah s.a.w.!
Sesungguhnya aku telah mendengar Allah s.w.t. berfirman; {…dan kalaulah mereka
ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu
memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka,
tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani}[34].
Dan sesungguhnya aku telah datang kepadamu kerana memohon keampunan dari segala
dosaku dan mengharapkan syafa’atmu kepada Tuhanku”. Setelah itu, Arab Badwi
tersebut mendendangkan beberapa bait sya’ir;
يا خير من دفنت في
الترب أعظمـه *** فطاب من طيبهـن القـاع والأكـم
نفسي الفـداء لقبـر أنـت ساكنـه *** فيه العفاف وفيـه الجـود والكـرم
نفسي الفـداء لقبـر أنـت ساكنـه *** فيه العفاف وفيـه الجـود والكـرم
Wahai penghuni kuburan yang tulang-belulangnya di tanah suci
ini,
Kerana kandungannya yang baik, tanah dan bukitnya juga
dipuji.
Jiwaku sedia berkorban terhadap orang yang mendiami kuburan
ini,
Yang bersifat bersih diri, murah hati lagi dihormati.
Setelah
itu Arab Badwi tersebut beredar dari situ. Peristiwa tersebut menjadikan aku
terbawa-bawa dalam tidurku. Lalu, aku bermimpi bertemu Baginda s.a.w. dan
Baginda s.a.w. bersabda kepadaku, “Wahai ‘Utbi! Pergi dapatkan lelaki itu dan
sampaikan berita gembira kepadanya bahawa Allah s.w.t. telah mengampuni
dosanya”.[35]
Bahkan kita
semua juga mengetahui bahawa Baginda s.a.w. akan memberi syafaat kepada seluruh
umat Baginda s.a.w.. Firman Allah s.w.t. yang berkaitan dengan rahmat Baginda
s.a.w. kepada umatnya;
ﭽ ﮄ ﮅ
ﮆ ﮇ ﮈ ﭼ
Maksudnya: “Dan
sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di akhirat
kepada umatmu) sehingga engkau reda (berpuas hati)”.[36]
Imam
al-Hafiz Ibn Kathir mensyarahkan berkaitan ayat ini di dalam tafsir beliau, {Dan
sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di akhirat
kepada umatmu) sehingga engkau reda (berpuas hati)}, iaitu pada alam Akhirat
dimana Baginda s.a.w. diberikan Allah s.w.t. segala nikmat sehingga Baginda
s.a.w. redha, iaitu kesejahteraan umat Baginda s.a.w. daripada azab api neraka.
Hal ini ditegaskan
di dalam satu hadith sebagaimana diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibn Amr al-‘Ash,
dimana Baginda s.a.w. menangis kerana risau keadaan umat Baginda s.a.w. di
hadapan sayidina Jibril ‘alaihi as-salam;
أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَلَا قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ
وَجَلَّ فِي إِبْرَاهِيمَ : رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ
تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي سورة إبراهيم آية 36 الآيَةَ ، وَقَالَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَام : إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ
لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ سورة المائدة آية 118 ، فَرَفَعَ يَدَيْهِ ، وَقَالَ : اللَّهُمَّ ، أُمَّتِي ، أُمَّتِي ، وَبَكَى ، فَقَالَ اللَّهُ
عَزَّ وَجَلَّ : يَا جِبْرِيلُ ، اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ وَرَبُّكَ أَعْلَمُ ،
فَسَلْهُ مَا يُبْكِيكَ ؟ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ ، فَسَأَلَهُ ،
فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا قَالَ ،
وَهُوَ أَعْلَمُ ، فَقَالَ اللَّهُ : يَا جِبْرِيلُ ، اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ ،
فَقُلْ : إِنَّا سَنُرْضِيكَ فِي أُمَّتِكَ وَلَا نَسُوءُكَ
Maksudnya: “Sesungguhnya
Nabi s.a.w. pernah membaca firman Allah s.w.t. mengenai Nabi Ibrahim ‘alaihi
as-salam: {Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan
sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam
Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku(hingga
akhir ayat surah Ibrahim; 36}. Dan Nabi s.a.w. membacakan ayat mengenai Nabi
Isa ‘alaihi as-salam: {Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang
menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau
mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana(al-Maedah; 118}. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kedua
tangan Baginda s.a.w. sambil berdo’a dan bercucuran air matanya, “Wahai Allah,
selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku”. Kemudian Allah ‘Azza wa Jalla berfirman
kepada malaikat Jibril ‘alaihi as-salam, “Pergilah kepada Muhammad dan
sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui, dan tanyakan kepadanya, “Apa yang
membuatkan kamu menangis?”. Maka malaikat Jibril pun bertanyakan kepada Baginda
s.a.w., dan Baginda s.a.w. menjawab dengan apa yang difirmankan Allah s.w.t.
tentang Allah s.w.t. lebih mengetahui hal itu”. kemudian Allah s.w.t. berfirman
kepada malaikat Jibril ‘alaihi assalam, “Wahai Jibril, temuilah Muhammad dan
katakanlah bahawa Kami akan menyenangkan hatimu dengan umatmu dan tidak akan
membuatkanmu sedih kerananya”.[37]
Baginda
s.a.w. telah menegaskan syafa’at Baginda s.a.w. di dalam banyak hadith Baginda
s.a.w. yang mulia, antaranya seperti yang diriwayatkan oleh sayidina Anas ibn
Maalik radhiyAllahu ‘anhu;
يَجْمَعُ
اللَّهُ النَّاسَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَهْتَمُّونَ لِذَلِكَ ، وقَالَ ابْنُ عُبَيْدٍ : فَيُلْهَمُونَ
لِذَلِكَ ، فَيَقُولُونَ : لَوِ اسْتَشْفَعْنَا عَلَى رَبِّنَا حَتَّى يُرِيحَنَا
مِنْ مَكَانِنَا هَذَا ، قَالَ : فَيَأْتُونَ آدَمَ عَلَيْهِ السّلامُ ،
فَيَقُولُونَ : أَنْتَ آدَمُ أَبُو الْخَلْقِ ، خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ
وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ ، وَأَمَرَ الْمَلَائِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ ، اشْفَعْ
لَنَا عِنْدَ رَبِّكَ حَتَّى يُرِيحَنَا مِنْ مَكَانِنَا هَذَا ، فَيَقُولُ :
لَسْتُ هُنَاكُمْ ، فَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي
رَبَّهُ مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا نُوحًا أَوَّلَ رَسُولٍ بَعَثَهُ اللَّهُ ،
قَالَ : فَيَأْتُونَ نُوحًا عَلَيْهِ السَّلامُ ، فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ،
فَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ مِنْهَا ،
وَلَكِنِ ائْتُوا إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلامُ الَّذِي اتَّخَذَهُ اللَّهُ
خَلِيلًا ، فَيَأْتُونَ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السّلامُ ، فَيَقُولُ : لَسْتُ
هُنَاكُمْ ، وَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ، فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ
مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا مُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ الَّذِي كَلَّمَهُ اللَّهُ
، وَأَعْطَاهُ التَّوْرَاةَ ، قَالَ : فَيَأْتُونَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ ،
فَيَقُولُ : لَسْتُ هُنَاكُمْ ، وَيَذْكُرُ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ ،
فَيَسْتَحْيِي رَبَّهُ مِنْهَا ، وَلَكِنِ ائْتُوا عِيسَى رُوحَ اللَّهِ
وَكَلِمَتَهُ ، فَيَأْتُونَ عِيسَى رُوحَ اللَّهِ وَكَلِمَتَهُ ، فَيَقُولُ :
لَسْتُ هُنَاكُمْ ، وَلَكِنْ ائْتُوا مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ عَبْدًا ، قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ
، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
فَيَأْتُونِي ، فَأَسْتَأْذِنُ عَلَى رَبِّي فَيُؤْذَنُ لِي ، فَإِذَا أَنَا
رَأَيْتُهُ ، وَقَعْتُ سَاجِدًا فَيَدَعُنِي مَا شَاءَ اللَّهُ ، فَيُقَالُ : يَا
مُحَمَّدُ ، ارْفَعْ رَأْسَكَ ، قُلْ : تُسْمَعْ سَلْ تُعْطَهْ ، اشْفَعْ
تُشَفَّعْ ، فَأَرْفَعُ رَأْسِي ، فَأَحْمَدُ رَبِّي بِتَحْمِيدٍ يُعَلِّمُنِيهِ
رَبِّي ، ثُمَّ أَشْفَعُ ، فَيَحُدُّ لِي حَدًّا فَأُخْرِجُهُمْ مِنَ النَّارِ ،
وَأُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ ، ثُمَّ أَعُودُ فَأَقَعُ سَاجِدًا ، فَيَدَعُنِي مَا
شَاءَ اللَّهُ ، أَنْ يَدَعَنِي ، ثُمَّ يُقَالُ : ارْفَعْ رَأْسَكَ يَا مُحَمَّدُ
، قُلْ : تُسْمَعْ سَلْ تُعْطَهْ ، اشْفَعْ تُشَفَّعْ ، فَأَرْفَعُ رَأْسِي ،
فَأَحْمَدُ رَبِّي بِتَحْمِيدٍ يُعَلِّمُنِيهِ ، ثُمَّ أَشْفَعُ ، فَيَحُدُّ لِي
حَدًّا ، فَأُخْرِجَهُمْ مِنَ النَّارِ ، وَأُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ ، قَالَ :
فَلَا أَدْرِي فِي الثَّالِثَةِ أَوْ فِي الرَّابِعَةِ ، قَالَ : فَأَقُولُ : يَا
رَبِّ ، مَا بَقِيَ فِي النَّارِ ، إِلَّا مَنْ حَبَسَهُ الْقُرْآنُ
Maksudnya: “Allah
s.w.t. akan mengumpulkan manusia pada hari Qiamat. Ketika itu mereka
mementingkan tentang syafa’at”. Ibn ‘Ubaid menyebutkan, “Mereka diberi
ilham oleh Allah s.w.t. untuk bertanyakan hal sedemikian”. Mereka berkata,
“Sekiranya kita dapat memohon syafa’at kepada Tuhan, agar Dia mengizinkan kita
beristirehat dari keadaan kita ini. Lalu mereka pergi kepada Nabi Adam ‘alaihi
as-salam, lalu berkata, “Wahai Adam! Kamu adalah bapa kepada sekalian manusia.
Allah telah menciptakanmu dengan yaddNya dan meniupkan roh ke dalam
badanmu serta memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadamu. Syafa’atkanlah
kami di hadapan Tuhanmu, agar dapat kami beristirehat dari keadaan begini”.
Nabi Adam pun menjawab, “Aku bukanlah mempunyai hak untuk memberikan syafa’at”.
Lalu Nabi Adam menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya, sehingga membuatnya
merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut. Nabi Adam bersabda, “Akan
tetapi datanglah kepada Nabi Nuh, Rasul pertama yang diutuskan oleh Allah
s.w.t.”. Merekapun pergi menemui Nabi Nuh ‘alaihi as-salam, namun beliau
berkata, “Aku bukanlah orang yang layak memberikan syafa’at”. Nabi Nuh pun
menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukannya sehingga membuatkan mereka
merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut. Nabi Nuh pun bersabda lagi,
“Akan tetapi, datanglah menemui Nabi Ibrahim ‘alaihi as-salam yang telah
dianggap sebagai kekasih Allah s.w.t.”. Mereka pun pergi menemui Nabi Ibrahim
‘alaihi as-salam, baginda juga bersabda, “Aku bukanlah orang yang layak
memberikan syafa’at”. Lalu baginda menyebutkan kesalahan yang pernah dilakukan
sehingga menjadikannya merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut.
Baginda berkata lagi, “Akan tetapi pergilah menemui Nabi Musa ‘alaihi as-salam,
yang pernah diajak bicara oleh Allah dan diberikan kitab Taurat”. Mereka pun
pergi menemui Nabi Musa ‘alaihi as-salam, namun baginda pun bersabda, “Aku
bukanlah orang yang berhak memberikan syafa’at”. Lalu baginda menyebut
kesalahan yang pernah dilakukannya sehingga membuatkannya merasa malu kepada
Tuhan kerana kesalahan tersebut”. Baginda bersabda lagi, “Akan tetapi kalian
datanglah menemui Nabi ‘Isa ‘alaihi as-salam, baginda adalah roh Allah dan
KalimatNya”. Mereka pun pergi menemui Nabi Isa ‘alaihi as-salam, roh Allah dan
KalimatNya. Namun baginda juga bersabda, “Aku bukanlah orang yang layak
memberikan syafa’at tetapi pergilah kamu semua kepada Muhammad s.a.w., hamba
Allah yang telah diampuni dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian”.
Rasulullah
s.a.w. meneruskan sabdanya, “Mereka datang kepadaku, lalu aku meminta izin kepada
Tuhan dan aku pun diberi keizinan. Ketika aku melihatNya, aku merebahkan diriku
dalam keadaan bersujud. Dia memanggil-manggilku, kemudian berfirman kepadaku,
“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah sesuatu(yang dikau hajati),
nescaya kamu akan didengari. Mohonlah, nescaya kamu akan diberi. Syafa’atkanlah,
nescaya Aku menerima syafa’at yang kamu pohon”. Aku pun mengangkat kepalaku dan
memuji Tuhan dengan pujian yang telah diajarkan oleh Allah kepadaku. Kemudian
aku memberi syafa’at. Setelah itu, Allah memberikan ciri-ciri orang yang berhak
mendapatkan syafa’at kepadaku. Lalu aku mengeluarkan orang-orang dari Neraka
dan memasukkan mereka ke dalam Syurga. Kemudian aku kembali jatuh bersujud.
Maka Allah memanggilku sebagaimana Dia kehendaki dan berfirman kepadaku,
“Angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah, nescaya kamu akan didengari.
Mohonlah, nescaya kami akan diberi. Syafa’atkanlah, nescaya Aku akan menerima
syafa’at yang kamu pohon”. Perawi hadith berkata, “Aku tidak mengetahui secara
pasti pada kali ketika atau keempat”. Baginda s.a.w. bersabda, “Wahai Tuhanku!
Orang-orang yang masih berada di dalam Neraka hanyalah orang-orang yang ditahan
oleh al-Qur’an, iaitu merekalah orang yang sememangnya perlu kekal di dalam
Neraka”. [38]
Antara
rahmat Baginda s.a.w. yang diberikan Allah s.w.t. ialah telaga al-Kautsar yang
mana merupakan telaga yang khusus diberikan Allah s.w.t. kepada Baginda s.a.w.
untuk umat Baginda s.a.w.. Perkara ini telah diriwayatkan oleh sayidina Anas
ibn Maalik radhiyAllahu ‘anhu;
قَالَ
: " بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ
بَيْنَ أَظْهُرِنَا ، إِذْ أَغْفَى إِغْفَاءَةً ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ
مُتَبَسِّمًا ، فَقُلْنَا : مَا أَضْحَكَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آنِفًا سُورَةٌ ، فَقَرَأَ بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ { 1 } فَصَلِّ لِرَبِّكَ
وَانْحَرْ { 2 } إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ { 3 } سورة الكوثر آية 1-3 " ، ثُمَّ قَالَ : أَتَدْرُونَ مَا
الْكَوْثَرُ ؟ فَقُلْنَا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : فَإِنَّهُ
نَهْرٌ ، وَعَدَنِيهِ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ ، هُوَ حَوْضٌ
تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ ،
فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ ، فَأَقُولُ : رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِي ،
فَيَقُولُ : مَا تَدْرِي مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ ؟
Maksudnya:
“Beliau(sayidina Anas) berkata, “Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. di
antara kami, tiba-tiba Baginda s.a.w. tertidur. Kemudian Baginda s.a.w.
mengangkat kepalanya dalam keadaan tersenyum, maka kami pun bertanya, “Apa yang
membuatmu tertawa wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Aku baru sahaja diturunkan satu
surah”. Lalu Baginda s.a.w. membaca, “{Sesungguhnya
Kami telah mengurniakan kepadamu(wahai kekasihKu) kebaikan yang banyak (di
dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata dan sembelihlah korban(sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang
bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang
diingininya)}”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, “Tahukan kalian apa itu
al-Kautsar?”. Kami menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”. Baginda
s.a.w. bersabda, “Ia adalah sungai yang dijanjikan oleh Tuhanku kepadaku.
Padanya terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang umatku akan
menemuiku pada hari Qiamat, bekas (untuk menceduknya) sebanyak sejumlah
bintang. Lalu seorang hamba dari umatku terhalang darinya, maka aku berkata,
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya dia termasuk di dalam umatku”. Maka Allah s.w.t.
berfirman, “kamu tidak tahu sesuatu yang terjadi setelahmu(berpindah alam)”.[39]
Penutup
Daripada
sejumlah ayat al-Quran, Hadith-Hadith serta kisah-kisah diatas, kesemuanya
menunjukkan bahawa rahmat Baginda s.a.w. amat luas. Keluasan rahmat Baginda
s.a.w. tidak terhad kepada masa dan tempat tertentu, bahkan rahmat Baginda
s.a.w. meliputi sebelum Baginda s.a.w. dilahirkan, ketika hayat Baginda s.a.w.,
bahkan lebih utama lagi setelah Baginda berpindah alam dan kita semua berada di
alam Akhirat.
Baginda
s.a.w. pernah menegaskan hakikat ini di dalam suatu hadith Baginda s.a.w. yang
diriwayatkan oleh sayidina Ibn Mas’ud radhiyAllahu ‘anhu;
حياتي خير لكم
تحدثون ويحدث لكم، ووفاتي خير لكم تعرض علي أعمالكم، فما رأيت من خير حمدت الله
وما رأيت من شر استغفرت لكم
Maksudnya: “Sesungguhnya
kehidupanku adalah baik baki kalian semua, kalian dapat berbicara denganku dan
aku dapat berbicara dengan kalian. Dan kewafatanku juga adalah baik bagi kalian
semua, akan dibentangkan kepadaku akan amalan kalian semua. Sekiranya aku
melihat kebaikan darinya, maka aku akan memuji Allah, dan sekiranya aku melihat
keburukan, maka aku akan meminta keampunan bagi kalian”.[40]
Maka, apakah
kita tidak bergembira dengan sebegitu luas rahmat Baginda s.a.w. yang telah
diletakkan Allah s.w.t. di dalam jiwa Baginda s.a.w. untuk kita semua?. Sesungguhnya
beruntunglah orang yang bergembira dengan rahmat Allah s.w.t. yang istimewa ini
kerana firman Allah s.w.t.;
ﭽ ﮑ ﮒ
ﮓ ﮔ ﮕ
ﮖ ﮗ ﮘ
ﮙ ﮚ ﮛ ﭼ
Maksudnya: “Katakanlah(wahai
kekasihKu s.a.w.); “Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan
demikian itu hendaklah mereka bersukacita kerana ia lebih baik daripada apa
yang mereka himpunkan dari segala harta benda yang mereka kumpulkan”.[41]
Bahkan
Baginda s.a.w. juga merupakan sebagai syi’ar Islam, dan syi’ar Allah yang
paling agung. Allah s.w.t. telah menegaskan bahawa orang yang bertaqwa kepada
Allah, adalah orang yang mengagungkan syi’arNya sebagaimana firman Allah
s.w.t.;
ﭽ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭼ
Maksudnya: “Barangsiapa
yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka itu adalah daripada tanda ketaqwaan
di dalam hati”.[42]
Ayuhlah,
sama-sama kita bersempena maulid an-Nabiy asy-Syarif pada tahun ini, menjadikan
peristiwa ini bukanlah peristiwa tahunan seperti kebanyakkan peristiwa lain. Bahkan
jadikanlah peristiwa ini sebagai batu lonjakan untuk semakin mendalamkan cinta
kita kepada Baginda s.a.w., dan menjadikan peristiwa yang bermakna ini sebagai
satu kekuatan untuk kita mengikuti Baginda s.a.w. dalam kehidupan kita. Bersempena
bulan mulia ini juga, bersama-samalah kita berazam untuk memperbanyakkan
selawat kepada Baginda s.a.w. kerana itu merupakan tanda cinta dan tulus hati
kita kepada Baginda s.a.w.. Berbahagialah
orang yang telah mendapatkan cinta Baginda s.a.w. kerana daripada cinta Baginda
s.a.w.-lah mengalirnya cinta Allah s.w.t. ke dalam diri kita. Firman Allah
s.w.t.;
ﭽ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭼ
Maksudnya: “Katakanlah(wahai
kekasihKu): Sekiranya kalian semua mencintai Allah s.w.t., maka ikutilah aku,
nescaya kalian akan dikasihi Allah s.w.t. dan diampuni segala dosa-dosa kalian.
Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.[43]
Allahua’lam
bis-sowab~
Selesai
dinukil pada 3 November 2011 bersamaan 10 Rabi’ul Awwal 1433 Hijriyyah.
al-Faqir ila
Rabbihi al-Lathif,
Tengku Ahmad
Saufie.
“Wahai
Rasulullah, terimalah hadiahku ini”.
[1] Surah at-Taubah; 128.
[2] Surah Yunus; 58.
[3] Surah al-Anbiya; 107.
[4] Sepertimana dinukilkan
oleh Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuthi di dalam kitab tafsir beliau, “ad-Dur
al-Mantsur Fi at-Tasfir Bi al-Maktsur”.
[5] Hadith Qudsiy diriwayatkan
oleh Imam al-Haakim di dalam kitab beliau, Mustadrak ‘Ala as-Sohihain, no.4166.
[6] Bahasa Greek lama yang merujuk kepada maksud ‘penolong’. Di
dalam kitab Injil lama yang menggunakan bahasa Greek lama, kalimah tersebut
tercatat dengan ‘Paraklutos' yang bermaksud ‘Yang Sangat Terpuji”.
[7] Sebuah kitab Injil susunan
Barnaba, seorang penggunting rambut Nabi ‘Isa ‘alaihi as-salam yang telah
dipinggirkan oleh golongan Kristian kerana mempunyai banyak persamaan dengan al-Quran.
[8] Bermaksud ‘yang terpuji’.
[9] Surah al-Baqarah; 146.
[10] Dikeluarkan oleh
ats-Tsa’labiy daripada jalan as-Saddiy as-Soghir daripada al-Kalbiy daripada
sayidina Ibn ‘Abbas di dalam kitab tafsirnya “ad-Dur al-Mantsur Fi at-Tasfir Bi
al-Maktsur” oleh Imam al-Hafiz as-Suyuthi rahimahUllahu ta’ala.
[11] Tubba’ merupakan gelaran
bagi raja yang memerintah sekitar Yaman, sebagaimana gelaran bagi raja Mesir
iaitu Fir’aun, Kisra bagi raja Rom dan sebagainya.
[12] Petikan surat ini
diriwayatkan oleh Imam al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya “الجامع لاحكام القرآن” yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq dan selainnya.
[13] Surah al-Anbiya; 107.
[14] Soheh Muslim, no. 4711.
[15] Soheh Bukhari, no. 1211.
Soheh Muslim, no. 923.
[16] Surah asy-Syarh; 1.
[17] Surah al-Qalam; 4.
[18] Sunan ad-Daarimiy; 15.
[19] Surah Aali Imran; 159.
[20] Surah az-Zumar; 3.
[21] Surah Luqman; 13.
[22] Hadith diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya, no. 15.
[23] Diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari dalam sohehnya; no. 3477 dan Imam Muslim dalam sohehnya, no. 1792.
[24] Hadith diriwayatkan oleh
Imam at-Tirmidzi di dalam sunannya, no. 1842.
[25] Hadith diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari di dalam sohehnya, no. 5567.
[26] Hadith diriwayatkan oleh
Imam al-Haakim di dalam mustadraknya, no. 5258.
[27] Diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari di dalam sohehnya, no. 3819.
[28] Surah an-Nisa; 64.
[29] Surah Aali Imran; 185.
[30] Surah Aali Imran; 144.
[31] Hadith diriwayatkan oleh
Imam Muslim di dalam sohehnya, no. 4432.
[32] Al-Bidayah wa al-Nihayah;
6/324.
[33] Dinukilkan oleh Ibn
Taimiyyah di dalam al-Kalim at-Toyyib; 47/165.
[34] Surah an-Nisa; 64.
[35] Kisah ini diriwayatkan
oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya “al-Idhah”, m/s. 498.
[36] Surah ad-Dhuha; 5.
[37] Hadith diriwayatkan oleh
Imam Muslim di dalam sohehnya; no. 306.
[38] Hadith diriwayatkan Imam
Muslim di dalam sohehnya; no. 289.
[39] Hadith diriwayatkan Imam
Muslim di dalam sohehnya; no. 612.
[40] Hadith diriwayatkan oleh
Imam al-Bazzar. Imam al-Haitsamiy di dalam majmu’nya menerangkan bahawa
rijalnya adalah soheh.
[41] Surah Yunus; 58.
[42] Surah al-Hajj; 32.
[43] Surah Aali Imrah; 31.
Post a Comment