Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Bisikan Sirr (Sajak 6)

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -


Wahai diri,
Ingatlah setiap masa pada Allah,
Hingga terasa manis kalimah itu,
Apabila berdenyut di hati sanubarimu.

Wahai diri,
Janganlah engkau lupa,
Setiap masa dan ketika dirimu akan dikembalikan kehadrat Tuhanmu,
Sama ada engkau redha atau engkau tidak bersedia.

Perbetulkan akan dan hatimu,
Kehidupan adalah persediaan,
Untuk menuju kematian,
Janganlah tertipu dengan dunia,

Ya Tuhanku,
Akulah pengembara menuju cinta-Mu,
Tanpa ragu dan jemu,
Akan ku ketuk pintu rahsia-Mu,
Agar tenggelam diriku di lautan WajahMu Yang Maha Indah.

Ya Tuhanku,
Akulah pengemis setiap masa,
Berdiri dengan penuh harapan di pintu rahmat-Mu,
Perjalanan yang panjang ini,
Adalah suatu ujian padaku,
Sama ada langkahku pincang,
Atau langkahku terisi,
Dengan cinta Illahi.

Alangkah sukarnya dan berliku,
Perjalanan mencari hakikat diri,
Nafsu dan syaitan,
Akan berhemah berjuang,
Merosakkan dan melalaikan,
Daripada sampai ke penghujung.

Engkau adalah rahsiaku,
Aku adalah rahsia-Mu,
Engkau berada di sebalikku,
Hilang wujudku nyatalah wujud-Mu.
Begitulah hakikat perjalananku.