Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Sirr Buat Diriku 2

Posted by Unknown - -


Wahai Nabi kecintaanku,
Sudah tidak terbalas akan jasamu oleh ku,
Akan mengenali Allah, Dialah Tuhanku,
Tuhan yang memiliki ihsan,
Tuhan yang mengetahui rahsiaku.



Wahai Tuhan yang memberi rahmat,
Segalanya milik Mu,
Akan hidayah yang memimpinku,
Akan taufiq yang menguatkanku,
Dari k uterus dijalan yang menyimpang,
Lalu ku menjadi jahil,
Jahil dari menyayangi Mu,
Sedangkan Mu tetap menyayangiku.

Wahai Tuhan sekelian alam,
Tidaklah diriMu itu zalim,
Kerana Engkau bersifat penyayang,
Maka maafkan segala dosaku,
Akan dosa kejahilanku,
Akan dosa kebiadapanku,
Kerana meninggalkan Mu,
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku,
Moga mereka tidak terseksa keranaku,
Bukan salah mereka,
Akan kedegilanku,
Yang meminggirkan Mu,
Dari pandangan mata hatiku.



Wahai Tuhan,
Yang memiliki hati yang kerdil ini,
Maka tetaplaj hatiku diatas jalan Mu,
Inginku jatuh cinta kepada Mu,
Dari dalam hatiku,
Bukan hanya kata-kata,
Seperti mereka yang jatuh cinta kepada Mu,
Tenggelam dalam lautan cinta,
Cinta yang kekal buat selama-lamanya.

Maka janganlah Kau meninggalkan aku,
Memperbolak-balikkan hatiku,
Memesongkan aku dari Mu,
Sesungguhnya ku amat takut,
Ditetapkan dalam kitab Mu akan su'ul khotimah,
Terseksa ku buat selama-lamanya,
Di dunia dan akhirat.

Akan ku tidaklah mengenali Mu,
Sepertimana 'arifbillah yang mengenali Mu,
Maka ku harap belas kasihan dari Mu,
Bantuan keringanan untuk diriku,
Dan juga syafaat dari kekasih Mu,
Nabi Muhammad junjungan ku,
Juga dari para syuhada' yang terbang dalam niqmatMu,
Juga dari para ulama' yang menunjukkan ku,
Satu jalan untuk kembali kepada Mu.

Sesungguhnya ku mengetahui,
Amalku tidak akan menyelamatkanku,
Hanya redha Mu yang membahagiakanku,
Di dunia yang sementara,
Bahkan di akhirat buat selama-lamanya.

Maka,
Bantulah aku,
Mencapai kecintaan kepada Mu,
Dan juga menjernihkan kekotoran hatiku,
Kerna,
Tiada sebaik-baik,
Dari diri Mu yang Maha Mulia,
Yang sentiasa menjadikan yang terbaik,
Akan kita yang lemah lagi hina ini..