Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Sirr Buat Diriku

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -


Hatiku lemas,
Dalam menghadapi fitnah dunia ini,
Yang selalu melalaikan aku,
Dari merasai niqmat cintaNya yang sejati.


Sudah tidak selamat,
Bila sudah terdedah akan sekitar,
Maksiat berlaku bagaikan buih-buih di lautan,
Oleh mereka yang buta akan melihatNya.


Sesungguhnya aku merana,
Hatiku ingin sekali berdampingan denganMu,
Tapi dunia ini tidak mengizinkan ku,
Mataku tidak terkawal,
Lalu, darahku menjadi hitam.



Aku amat keliru,
Adakah sudah tidak selamat untuk hatiku?
Mencuba mencari cintaMu,
Tapi aku lemas ketika dilautan.


Amat aku cemburu,
Akan kisah kekasihMu yang sentiasa disampingMu,
Hinggakan perbuatan mereka mengikut keredhaanMu,
Hingga terbuka hijab melihatMu.


Bukakanlah futuhMu itu seperti kekasih-kekasihMu,
Ingin aku menjadi orang yang menyedari kecintaanMu,
Agar aku selamat dari azab yang merimaskan,
Mendapat niqmat dari keredhaanMu.


Bantulah aku, Ya Allah,
Aku rimas,
Hatiku tidak tenteram,
Dan aku takut.

Akan hati yang satu ini,
Kerna..apabila baik hatiku ini,
Maka bersihlah jasadku,
Apabila hatiku sesat,
Binasalah badanku.


Bantulah aku, Ya Allah..
Bantulah aku..