Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Sirr Buat Sahabatku

Posted by Unknown - -


Ya ikhwan,
Sejak lahir kita sebagai Islam,
Dan berketurunan Islam,
Ini adalah niqmat kebesaranNya,
Yang membolehkan kita hidup,
Dalam Rahman dan RahimNya.


Tapi,
Islam itu ibarat roda,
Maka,
Siapa yang menggigit tali agamanya,
Walaupun dia terpaksa memegang bara api,
Dia akan diselamatkan,
Oleh Allah yang Maha Kuasa.


Alangkah malangnya,
Nabi sendiri mengetahui,
Ummati, Ummati, Ummati,
Walaupun pada akhir zaman umatnya binasa,
Kerana hawa nafsu menjadi raja.


Lihatlah,
Saudaraku menggadaikan maruah mereka,
Kawanku lemas di lautan dunia,
Tapi tanganku hanya dua,
Tidak tahu siapa yang harusku selamatkan,
Antara jantung dan hati yang rosak,
Semuanya penting untuk diselamatkan.


Dimanakah maruah mereka?
Didedahkan aurat mereka,
Bagaikan tiada penbalasan dari Allah,
Tidakkah mereka itu sedar?!!

Kasih Nabi amatlah tidak terkira,
Hingga tersenyum lebar dihadapan Telaga Kauthar,
Tapi menangis basah baju bila ditahan para malaikat,
"Apalah salah mereka?
Mereka ummatku!"
Tapi mereka abaikan warisan dan pewarismu,
Kecewa Nabi yang mulia tidak terkata,
"Pergilah!!" dengan perasaan kecewa.

Saudaraku,
Auratmu dari pusat hingga lutut,
Tapi mu tetap mengikut jejak Yahudi dan Nasara,
Nanti dirimu diubah menjadi seperti mereka,
Menyesal tiada lagi berguna.

Oh saudariku,
Dirimu ini fitnah dunia,
Amat besar nafsu lelaki melihatmu,
Tidakkah mu berjaga-jaga?
Jadi,
Kenapa ramai antaramu yang hilang maruahnya?
Bagaikan permata hilang sinarnya,
Dirimu menjadi murah,
Begitu mudah dijaja dan didedah.


Sedarlah,
Nyawamu di hujung tanduk,
Datangnya angina yang lembut dapat menjatuhkan kita,
Lalu pecah merana didalam nyalaan merah yang bersuara,
Tidakkah kita merasa takut?
Tidakkah kita merasa bimbang?
Nanti kita diadili tanpa bersuara,
Hanya saksi yang menerangkan kepadaNya,
Apakah kudrat kita?
Apakah upaya kita?

Jadi,
Wahai saudaraku,
Kembalilah kepada jalan yang benar,
Berpeganglah kepada warisnya yang satu,
Usahlah berpecah dan berbeza pendapat,
Nanti,
Kita juga akan merana dihadapanNya.



Ikhwanku..
Bertaubatlah….

Allahua'lam..