Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Haa?~

Posted by Unknown - -



Assalamualaikum~

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita niqmat kehidupan melalui ilmu, yang dengannya kita dapat mengenali segala sifat-sifat Allah yang "laisakamislihi syai'",moga kita tergolong didalam golongan yang mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat; setinggi-tinggi selawat dan salam keatas junjungan besar kekasih kita, penghulu kita, pemimpin kita, pensyafaat kita, iaitu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, dan juga keatas keluarga Baginda, para sahabat, dan para muhibbin yang sentiasa diatas jalan mahabbah kepada Allah dan Baginda.

kesedihan~..itulah yang tergambar di hatiku sebaik sahaja menerima panggilan dari mentor ana, Ustaz Ilyas http://allahmatlamatku.blogspot.com/ ..
sekitar pukul 3 pagi waktu mesir~..YA THOIBAH~itulah bunyi qasidah yang ku jadikan ringtone handphoneku.
hatiku terdetik, "owh, ustaz rupanya". Terpampar di handphoneku wajah anak beliau yang comey bernama Fatimah az-Zahra.




Aku menyahut panggilannya dengan kegembiran dan kerinduan, "Assalamualaikum ustaz". Lalu dijawab salamku, "anta ada kat mana sekarang?".
"Di tempat biasa la ustaz(sambil gelak sorang-sorang,haha)",jawab ku.
Dan secara tergesa-gesa ustaz memberitahuku,"ana sekarang ada di matar(lapangan terbang),flight ana pada malam ni, semalam baru ambil tiket, maafkan ana tak sempat memberitahu awal-awal".
TERKEJUT,TERSENTAK,ter...ter...itulah perasaanku, tidak tergambar. Hampir saja lidah ku kelu mendengar kalam dari kekasihku itu. "Ye ke ustaz, bukan ke tadi baru ana dengar suara Fatimah Zahra(memandangkan rumah kami amat berdekatan)".
jawab ustazku,"ya, baru sahaja ana sampai di matar. Sekarang rumah ana tiada orang dah".
Aku menerima sahaja apa yang datang, walaupun hatiku terasa sedih, terasa ingin sekali mencari tremco ataupun teksi untuk pergi ke matar. Tapi pagi-pagi buta, semuanya sedang dibuai mimpi indah-indah. Aku menguatkan diriku,"hmm,jadi bila ustaz akan datang sini semula? Maafkan ana sekiranya ada buat salah, doakan ana kerana doa orang musafir ini tiada terhijab".
Ustazku menjawab,"insyaallah, tiga bulan lagi(wah, begitu lama mentorku berjauhan denganku, sedangkan aku perlu lagi dibimbing ilmu dan af'alku). Maafkan ana juga, dan ana nak memberikan anta kata-kata untuk ana pegang, dan tulis(cakap dengan cepat sekali),sepertimana pesan ulama'-ulama' terdahulu; pertama, orang yang belajar kerana semangat, semangatnya boleh hilang dan luntur dan orang yang belajar kerana Allah, maka Allah tetap ada selamanya. Kedua, orang yang menghafal tidak sama dengan orang yang tidak menghafal. Jadi, anta belajar baik-baik sementara ana tiada disini ya".

Kata-kata inilah yang menghilangkan kesedihanku~..begitu bermakna dan cocok dengan hatiku, begitu indah.
Benarlah kata-kata yang disampaikan, kerana ilmu bila dituntut kerana semangat, semangat boleh menjadi pudar kerana bosan,ataupun ditimpa musibah kepadanya. Lalu jadilah ia orang yang rugi kerana bila hilangnya semangat, maka dia tidak lagi bermaya untuk pergi menuntut ilmu. Amat untunglah orang yang belajar kerana Allah, dia belajar kerana inginkan keredhaan Allah, maka, walau apa halangan dan cabaran yang datang, dia sememangnya langsung tidak menghiraukan dugaan yang ditimpa dan terus menerus menuntut ilmu.
Begitu juga dengan orang yang menghafal sesuatu ilmu, kerana bila dihafal, seperti kitab-kitab asas dalam Tauhid, Fiqh, Nahu, dan sebagainya, maka mutu ilmunya lebih lagi tinggi berbanding dengan orang yang faham tapi tidak menghafal. Boleh sahaja dia memahami ilmu itu, tetapi tidak mengetahui kaedah yang tepat kerana tidak menghafal asas kepada ilmu yang dipelajarinya itu.
Begitulah yang dilakukan oleh para ulama', mereka belajar kerana Allah, dan segala ilmu yang berada dikitab, mereka hafal untuk berada dalam hati.

Kata Ulama',"ilmu fi qulub, laisa fi qutub" ilmu berada didalam hati, bukannya pada kitab.

Dan inilah yang mendorong Imam Ghazali untuk menghafal segala macam ilmu yang telah beliau pelajari, kerana pada suatu hari, beliau sedang berjalan menuju ke tempat mengajar sambil memikul banyak kitab-kitab, tiba-tiba datang seorang perompak lalu merompak segala barang yang terdapat dalam beg beliau,sedangkan semuanya adalah kitab-kitab sahaja. Kata beliau,"janganlah kau mengambil kitab-kitabku ini, sedangkan aku amat memerlukan kitabku itu untuk mengajar". Jawab perompak,"sepatutnya ilmu itu engkau letakkan didalam hati, bukan didalam kitab".
Terkejutlah Imam Ghazali akan jawapan yang diberikan perompak itu, dari sinilah beliau bertungkus lumus menghafal kitab-kitab beliau, dan beliau menjadi alim dalam segala cabang ilmu.

Tiga bulan, bagaimana rasanya bila mentor kita berjauhan dengan kita. Sedangkan bila berdekatan, kita dapat melihat wajahnya, af'alnya, menerima ilmunya, menjadi penyejuk hati dan penegur kita ketika leka.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui segala apa yang tidak ku ketahui, dan aku mengetahui, segala apa yang ditetapkan olehMu itu adalah untuk kebaikanku. Kau golongkanlah kami didalam golongan yang mendapat perlindungan arasyMu ketika di padang mahsyar, berpisah dan bertemu keranaMu. Kau bimbingkanlah aku di jalan yang Kau sediakan untuk mencapai keredhaanku. Dan Kau terimalah mahabbahku terhadap Mu dan kekasihMu sallallahu 'alaihi wasallam, dan juga terhadap guru-guru ku. Sampaikanlah selawat dan salam keatas junjungan besar kekasihMu, dengan setinggi pujian, dan terhadap
ahlul bait Baginda, para sahabat dan para ahli mahabbah. Walhamdu~lillahi Rabbil 'alamin".