Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Kenali Sifatmu,Kenali Dirimu

Posted by Unknown - -


Sedarlah wahai diri,
mazmumah dan mahmudah ada dalam setiap diri,
itulah sifat yang diberikan Ilahi,
sebagai ujian diatas muka bumi ini.

Wahai diri yang memiliki hati,
wajib atasmu mengenali semua sifat ini,
agar dapat berwaspada dan tidak rugi,
bila dihisab dihadapanNya nanti.

Sesungguhnya dunia ini adalah medannya,
tempat dugaan dan niqmat sementara,
adanya mereka mendapat bahagia,
ada pula yang mendapat binasa.

Dunia ini banyak perangkapnya,
tiada hairan ramai yang ketipuan,
menjadikan dunia bagaikan syurga,
lalu mati mereka kerugian.

Syaitan itu musuh yang nyata,
sudah bersumpah untuk merosakkan manusia,
oleh itu berwaspadalah kita,
mintalah perlindungan Allah sentiasa.

Nafsu itu sifatnya keji,
amat bongkak sejak penciptaannya lagi,
terletaklah ia didalam hati,
ramai yang binasa lalu rugi.



Nafsu amat suka akan berlebih-lebihan,
membuatkan kita akhirnya penuh penyesalan,
tidak bisa dididiki melainkan kelaparan,
dan mujahadah nafsu yang berpanjangan.

Adalah nafsu itu ibarat kuda yang ganas,
tidak bisa ditunggangi mahupun dimanjakan,
oleh itu jinaklah ia dengan pantas,
agar ia taat dan kita dirajakan.

Sifat mazmumah itu sifatnya tercela,
tiada yang sempurna melainkan anbiya sahaja,
kita belum tentu selamat darinya,
lebih-lebih lagi orang yang leka.

Antaranya ujub akan diri kita,
merasakan kita sempurna tanpaNya,
sedarlah diri sedarlah sentiasa,
hidup kita ini sementara sahaja.

Sifat takabbur sifat yang dicela,
binasa syaitan juga kerananya,
lalu untuk apa meninggikan diri kita,
sedangkan api menjalar-jalar menunggu sentiasa.



Waspadalah dengan sifat ini,
ramai menzahirkan tawaddu' menagihkan simpati,
sedangkan batinnya takabbur amatlah tinggi,
melalui pakaian dan perbuatannya itu yang pasti.

Sifat riak amat halus sekali,
memenuhi hati selalu tidak disedari,
bagaimana boleh melakukan sesuatu bukan kerana Ilahi,
sedangkan Allah memandang dan mengetahui isi hati.

Datanglah dia di akhirat nanti,
mengharapkan balasan dari Allah yang pasti,
barulah tahu dia sebenarnya telah rugi,
bila amalannya sudah tiada nilai disisi.

Hasad pula jahat sekali,
mendorong manusia melakukan kejahatan,
terhadap saudaranya yang dicintai,
merasa senang bila niqmatnya hilang.

Sum'ah pula sifat kotor sekali,
melakukan sesuatu untuk dikenali,
lalu diangkat ia setinggi-tinggi,
disisi Allah nerakalah pasti.

Mengumpat pula malapetaka lisan,
mencela saudaranya tanpa belas kasihan,
alangkah ruginya pahalanya hilang,
akibat selalu memburukkan orang.

Banyak lagi sifat yang tercela,
antaranya mengharapkan balasan didunia semata-mata,
bukankah kita semua mati akhirnya,
lalu untuk apa harapkan balasan sementara.

Sesungguhnya banyak lagi sifat yang ada,
semua ini sebahagian besar sahaja,
buat muhasabah dan renungan,
kerana semua tidak terlepas dari dugaan.



Perelokkan hatimu ini pesananku,
sia-sia zahirmu kerana mengabaikan batin,
sesungguhnya Allah memandang kepada qalbumu,
pada hari perhimpunan tempat dihisabkan.

Sesungguhnya sifat-sifat ini boleh ditentang,
agar amalan tenang dan tenteram,
maka carilah guru murysid yang bisa memimpinkan,
sebagaimana para sahabat yang menyerahkan diri kepada tuan(S.A.W.)



Mus'ab ibn Umayr
29/6/2009 3:45PM(Mesir)
*Kitab Minhajul Abidin kitab yang asas,
bacalah ia untuk dirimu puas,
banyak 'aibmu akan terdedah,
lalu dapatmu perelokkan walau satu zarah.