Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Renunglah dirimu

Posted by Unknown - -

Renunglah dirimu,

renunglah sedalam-dalamnya,

banyak rahsia yang belum terukai olehmu,

selagi hatimu sekotor najis dan perlu dibersihkannya.






Renunglah dirimu,

jangan sesekali bisa mengatakan,

"oh, aku terasa amalku tadi sungguh baik sekali bagiku",

kerana itulah kamu dihijabkan.


Renunglah dirimu,

bilk beribadat dan dilihat kebanyakkan,

"oh, mereka melihatku, perlu aku perelokkan ibadatku",

sedangkan bila tidak dilihat, hanya seperti sampah ditepian.


Renunglah dirimu,

bila kau dapat menjawab pertanyaan dan dipuji,

"oh, mesti mereka ingat aku alim, dan disebut-sebut namaku",

binasalah ilmumu kerana inginkan perhatian selain Ilahi.


Renunglah dirimu,

disaat kau mengalunkan bacaan al-Quran dan azan,

"oh, mereka dapat mendengar betapa sedapnya suaraku",

teruskanlah amalanmu seperti ini nanti dirimu juga penuh penyesalan.


Renunglah dirimu,

disaat kau berpakaiaan cantik mengikuti Baginda,

"oh, mereka melihatku beramal dengan sunnah, mereka menyanjungiku",

lalu binasalah kau di hadapanNya nanti.


Renunglah dirimu,

bila kau ditegur kerana salahmu tiada pasti,

"oh, dia menegurku, siapa dia ingin menegurku",

ayuh, teruskan, nanti kau juga yang rugi.


Renunglah dirimu,

lebih parah jika kau dihadapan ajnabi,

kau beramal bagaikan terbang diudara tinggi,

semata-mata mengetahui diperhatikan dirimu.


Renunglah diri oh renunglah,

inilah antara hijab yang perlu dirungkaikan,

agar kita dapat kembali kepada Allah,

dalam keadaan hati yang disucikan.





Fikirkan diri dan fikirkan,

kadang-kadang kita susah menerima kenyataan,

walau hati kita terdetik kebenaran,

tapi kesombongan kita dihadapan.


Dengar sini wahai hati yang tempang,

perelokkan dirimu biar kau tenang,

agar nanti kau senang,

bila dihisab mendapat balasan kebaikan.


Mus'ab ibn Umayr

02/07/2009 2:05am

Sesungguhnya hijab ini susah kita kenalpasti,

bahkan ingin merungkaikannya,

teruskan mujahadah dan berdoalah,

agar Allah menunjukkan jalan yang diredhai.