Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Teruskan cinta~

Posted by Unknown - -


Hati yang terus menanggung,
suatu perasaan yang agung,
cinta akan kekasihNya tanpa kesudahan,
sebaik-baik makhluk yang dijadikan.



Selagi ada awan dilangit,
selagi itu hujan akan membasahi bumi,
selagi ada cinta dihati,
selagi itu air mata membasahi pipi.

Sesungguhnya menangis keranamu tiada puas,
bagaikan air sungai terus-menerus mengalir dalam keriangan,
menangis keranamu itu adalah niqmat,
mengingati akan kebesaran.

Cinta kepadamu suatu kepujian,
itulah yang selalu dirimu pesan,
cintailah aku melebihi segala alam,
itulah sebaik-baik iman.

Bagaimana hati boleh tiada rasa cinta,
sedangkan jasamu mencurah sentiasa,
didunia hingga akhirat sana,
tiada terbalas akan si hamba.



Rugilah mereka yang membuang perasaan ini,
sedangkan cinta ini amatlah suci,
diberi kepada mereka yang mengerti,
akan kebesaran dan keagungan Nabi.

Wahai Nabi yang sentiasa hidup,
permergianmu hanya sebagai petunjuk,
sedangkan dirimu sentiasa hidup,
bahkan dapat berjumpa dengan segenap makhluk.

Izinkanlah aku melihatmu,
wahai Nabi yang suci,
izinkanlah aku bersentuhan denganmu,
itulah niqmat yang indah sekali.



Wahai Tuhan yang memiliki hati,
tetapkanlah diri dalam cinta ini,
sampaikanlah dariku kepadanya setiap hari,
agar tidak sahaja terperap dihati.

Selagi mana air mengalir disungai tanpa henti,
selagi itu cinta akan tetap menari-nari dihati,
selagi mana hujan turun membasahi bumi,
selagi itu air mata mencurah-curah menjadi penyaksi.

اللهم صلى على سيدنا و حبيبنا محمد واله وصحبه وسلم

Mus'ab ibn Umayr
03/07/2009 2:40am
Qasidah Burdah itu pembersih jiwa,
menjadikan hati sentiasa berbunga,
didalamnya kisah Nabi tercinta,
bagaikan dengannya kita bermesra.