Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Menu hairanku~

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Assalamualaikum~



Bismillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah..

Bersyukur ke hadrat Allah yang telah terus menerus mengurniakan kita pelbagai niqmat, iman dan mahabbah, antara niqmat yang terbesar yang telah dikurniakan kepada kita dan sepatutnya dengan itu kita lebih-lebih menambahkan rasa syukur dengan memperbanyakkan zikrullah, dan ibadat-ibadat yang lain sambil menjauhi pelbagai sifat mazmumah ketika melaksanakan kesyukuran kepadaNya~



Selawat dan salam keatas junjungan kekasih, penghulu, pemimpin, pengsyafaat kita, iaitu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang menjadi wasilah kepada kita untuk mengenal Allah, melalui Bagindalah kita dapat merasai niqmat Islam, dan menjadi sebaik-baik manusia.

hurm~menu hairan..itulah yang terungkap dihatiku bila ter"idea" mereka satu masakan yang simple tp best bg siapa-siapa yang nk diet ataupun nak bermujahadah dalam makanan untuk mendidik nafsu.
Idea ni muncul selepas ana bersarapan roti esh dan mayonis berserta hirisan buah tomato dengan mentor ana, Ustaz ilias di rumah beliau. Cuma berteraskan roti esh,telur,tomato,lensyun(hirisan daging), mudah dan menjimatkan masa bagi tolibul ilmi.
Enggak perlu lagi susah payah basuh beras, masak lauk yang memakan masa, haha. Memang mudah~
kalau sape-sape yang berminat nk buat jugak resepi ni, senang sahaja.
cara-caranya=
1)sediakan roti esh(kalau kt mesir, tp kt lain xtahu la ade x esh).
2)potong 1 biji tomato dalam bentuk hirisan.
3)sediakan telur(ikut la berapa biji pun mahu tapi satu biji saja sudah memadai). Tambah garam sedikit dan kacau telur itu sampai kuning.
4)lensyun(satu hirisan pun dah ok, tapi terpulang nk tambah lagi)

Kemudian, roti esh itu dikerat sedikit bahagian atasnya, kn dalam esh itu ada gelembung. Selepas itu sumbat hirisan tomato dan lensyun memenuhi gelembung dalam roti esh itu, tapi hati-hati, jangan sampai terkoyak, lebih-lebih lagi roti esh yang sudah 2,3 hari.
Selepas itu, panaskan kuali, letak planta untuk dijadikan minyak dan agar lebih sedap, kalau xde guna sahaja minyak masak biasa. Dan letak roti esh yang telah disumbat itu dalam kuali. Selepas itu, roti esh tadi kn ada tempat yang antum koyakkan sikit tu, kemudian tuangkan telur tadi kedalam tempat koyak tadi, dan pastikan telur masukke dalam gelembung itu. Kemudian, terbalikkan esh tadi dan gorenglah untuk beberapa ketika. Bila dah nampak okey untuk dimasukkan dalam perut, hidangkan bersama sos tomato heinz(sbb ana guna jenama ni beli kt game') ataupun boleh tambah mayonis untuk rasa ummm~ lagi..^_^
Dan jadilah seperti ilutrasi dibawah,


Rasanya?..entah, bagi ana sendiri, rasanya lebih enak daripada burger, lebih berkhasiat dan mengenyangkan.
cubalah bagi siapa-siapa yang nk cuba, tapi, kalau perut still bergantung pada nasi, xdapat la den nak tolong..hehe~

selamat mencuba ye~

Cantik kan permandangan senja dari koridor kompleks Pahang blog B, menghadap ke suq sayyarat(pasar kereta) di Perumahan Malaysia di Tooba Ramlee, Nasr City, Kaherah, Misr~
niqmatilah makanan sambil tengok matahari dan niatkan kita makan untuk menguatkan diri kita untuk beribadat, dan untuk mendidik nafsu agar sentiasa dalam keadaan lapar~..

kata ulama',"Ilmu tidak akan masuk melainkan hingga perut rapat ke punggung" ~maka lebih-lebih lagilah kepada tolibul ilmi, perlu kuatkan mujahadah dan elakkan berlazat-lazat dengan dunia!!~

Allahua'lam bis sowab~

One Response so far.

  1. Ya Habibi says:

    Ya akhi...

    nampak cam sedap je..
    hehehe~