Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Pesan Guruku~

Posted by Unknown - -



Assalamualaikum~

Alhamdulillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillahi sallallahu 'alaihi wasallam. Segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatnya ke seluruh alam, dan menurunkan Nabi Muhammad sebagai penunjuk jalan yang lurus, pembawa rahmat dan ilmu, moga-moga kita termasuk didalam golongan yang mahabbah kepada Baginda sallallahu 'alaihi wasallam.

petang 4 julai 2009/7.05PM...
Aku menelefon guruku, Ustazuna Sidi Mustafa Kamal menggunakan aplikasi lowratevoip di CC berdekatan dengan kompleks ku~"tut....tut...tut", bunyi deringan beberapa kali.
"mungkin aja ustaz masih lagi sibuk", memandangkan waktu di Malaysia itu ialah 12 tengah malam. Aku merindui beliau, sudah banyak kali aku cuba menelefon beliau sebelum ini, akan tetapi tidak diangkat. Tapi aku mengerti, bahawa ustazku itu memang seorang yang sibuk dalam aktiviti dakwah dan memimpin masyarakat kepada Allah.
tiba-tiba,"assalamualaikum", kedengaran suara yang begitu dikenali dan dirindui, suara ustazku~...ahh,begitu lega rasanya akhirnya dapat juga meluangkan masa bersama dengan ustaz yang ku rindui..
Aku langsung bertanyakan khabar beliau, tentang Madrasah ku, dan sahabat-sahabatku yang dulunya bersama-sama menadah kitab denganku. Aku amat merindui semua itu, bila berada di mesir ini, hati ini ingin bangat pulang kembali mengaji di pondok ku itu dan bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang dicintai. Lebih-lebih lagi sekarang di pondokku itu sudah tiada lagi pelajar-pelajar yang "terlampau xtive", semuanya sekarang aman, setelah banyak tapisan-tapisan,setelah masa demi masa, dan sekarang juga jadual mereka amatlah padat dengan mengaji 24jam. Fuh, terbayang bagaimana sahabat-sahabatku disana yang terpaksa memanaskan "punggung" mereka menadah kitab sentiasa, sedangkan ketika waktu aku berada disana, suasananya tidaklah seperti ini. ahh~rindunya!

Banyak yang diceritakan oleh guruku tentang beliau dan sahabat-sahabatku. Kata beliau, beliau sekarang sedang aktif dalam satu pertubuhan yang dikenali, Ikatan Pengkaji Tauhid Tasawuf, yang fungsinya membawa masyarakat kembali kepada kehidupan bertasawuf. Aku bangga dengan guruku, beliaulah antara mentorku yang banyak membimbingku dahulu. Beliau sentiasa menegurku, menasihatiku. Sehingga sekarang, perkataan beliau berlegar-legar menjadi pemotivasiku disaat aku berjauhan dari pimpinan beliau sekarang, antaranya, "perelokkan akhlakmu". ah~ha, begitu susah, kerana akhlak itu bukannya budaya. Tetapi, akhlak itu terletaknya dihati, dan adab itu cerminan dari hati.

Aku melanjutkan bicaraku tanpa banyak membazirkan masa beliau, "ausiini, berikan saya nasihat ustaz". Ustazku terdiam seketika, menyelami apa yang patut dinasihati kepadaku yang cocok denganku~ "ingatlah tiga perkara dalam menuntut ilmu:-
pertama=perlu sentiasa beradab dengan guru kita, lebih-lebih lagi dengan sheikh.
kedua=perlu taat pada suruhan guru kita.
ketiga=perlu banyakkan khidmah kepada mereka.
Kerana ilmu ini kita tidak dapat melalui mereka, akan tetapi, bila kita melakukan tiga perkara tersebut, maka mereka akan redha pada kita, dan Allah juga redha pada kita. Disitu akan terbuka "futuha Ilmu" pembukaan ilmu kepada kita."

Ya, bernas sekali nasihat beliau. Terasa sahaja ingin memeluk dan mencium tangan beliau ketika itu.
Ini kerana beradab dengan orang berilmu itu penting untuk kita mendapatkan ilmu. Dan ilmu tidak akan bermanfaat dan dimanfaatkan di tangan orang yang tidak beradab.
"Terima kasih ustaz, doakan saya disini sentiasa dan sampaikan salam kepada sahabat-sahabat saya di pondok. Saya rindukan semuanya".
"Insyaallah", jawab ustazku. "Assalamualaikum". "Waalaikumussalam", ustazku membalas.
fuh~begitu lega hatiku. Aku tersenyum keseorangan dan tiada siapa yang mengetahui kegembiraanku melainkan Allah~..
moga-moga apa yang dinasihatkan oleh ustazku bermanfaat buatku dan kepada para sahabat sekalian, yang duduk didalam toriq ilallah. Sesungguhnya ilmu itu diperolehi oleh golongan yang mempunyai tiga ciri ataupun sesetengah darinya:-
1)Orang yang pintar
2)Orang yang berusaha dan kuat mujahadah
3)Orang yang beradab
Tolibul ilmi yang sempurna ialah yang memiliki ketiga-tiga ciri tersebut.

Allahua'lam bis sowab~

Bunga dicari di tepi perigi,
buat seseorang dihati,
kalau ada salah selama ini,
maaf dipohon tulus dari hati.

Ustaz Mustafa Kamal yang disegani,
guru yang banyak mendidik dan mentarbiah kami,
segala jasa mu akan dikenangi,
di dunia sampai akhirat nanti.

*Pantun yang dibacakan olehku ketika majlis perpisahanku di pondok.


Kalau kita pergi ke gunung dait,
jangan lupa beli gandum sekati,
"Mus'ab ibn Umayr" adalah contoh yang baik,
mari kita sama-sama mencontohi.

*Pantun yang dibalas guruku dalam majlis yang sama..^_^



~Aku merindui kamu semua~Semoga Allah memberkati kita sebagai tolibul ilmi..Ameen Ya Robb!~