Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Si SUFI memang pelik 1

Posted by Unknown - -

Assalamualaikum..



Bismillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah~



Inginku berkongsi dengan korang semua, suatu kisah yang menyentuh tentang seorang SUFI yang tenggelam didalam hadrat Ilahi, yang hidupnya hanya "Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah".



Diriwayatkan oleh sheikhuna Sidi Rohimuddin al-bentani,
Disuatu zaman, dan suatu tempat, terdapat seorang sufi yang diagungkan oleh masyarakat sekeliling. Keilmuannya, dan kefahamannya didalam agama memang disanjungi oleh mereka, sehingga segala masalah berkenaan mereka, dirujuk kepada beliau. Akan tetapi, lama-kelamaan masyarakat disitu menjadi terlampau mengagungkan beliau sehingga beliau menjadi bimbang akan ketaksuban mereka terhadap beliau.

Lalu, beliau pun teramat risau akan keadaan yang menimpa masyarat disitu, menyebabkan beliau terasa ingin bebas dari suasana yang seperti ini. Seorang sufi sememamgnya telah terlatih hati dan jiwa mereka untuk "hidup hanya kerana Allah", bagi mereka cacian, dan pujian itu sama sahaja. Bila mereka dipuji, mereka menjadi amat rendah diri, dan bila dicaci, mereka bersyukur bahkan bergembira. Inilah sifat-sifat yang ada pada seorang sufi.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, beliau lalu berijtihad demi mengelakkan masyarakat terus-menerus mengagungkan beliau. Pada suatu hari, beliau keluar rumah dalam keadaan muka tertutup pada siang hari, seolah-olah seorang pencuri. Lalu menyelinap ke sebuah rumah yang terdapat sidaian pakaian disitu.

Beliau tahu, Allah melihat tindakannya, masyarakat sekeliling sedang memerhati, akan tetapi beliau tekad. Lalu beliau bertindak mencuri pakaian yang terdapat disidaian rumah itu, dan masyarakat yang ada disitu pun mengejar akan pencuri itu. Pencuri itu lari, dengan sepenuh tenaga, dan yang mengejarnya adalah orang ramai. Lalu, pencuri itu masuk ke rumah orang sufi tadi, padahal sememangnya rumah beliau. Mereka yang mengejarnya menyangka,"ahha, amat bodoh pencuri itu masuk ke rumah orang soleh, tahulah orang soleh itu menghukumnya nanti".

Akan tetapi, bila dibuka pintu rumah orang soleh itu, alangkah terkejut mereka, kerana pencuri itu adalah orang soleh yang mereka agungkan itu. Lalu mereka memukul dan mencaci beliau dengan secaci-cacinya. Sehingga beliau luka parah di seluruh badan beliau. Beliau pasrah~

Selepas puas mereka menghukum beliau, dan meninggalkan beliau seorang diri dalam keadaan yang teruk berseorangan,
akhirnya beliau tersenyum..
Beliau puas, dan bergembira..
Di mulut beliau, beliau mengucapkan,"Ya Allah, sekarang yang hanya tinggal hanyalah antara aku dan Mu...Alhamdulillah".


Begitulah kisah mereka yang hanya hidup kerana Allah. Tiada siapa yang sanggup, bila mendapat kepujian setinggi-tingginya, kemudian sanggup menjatuhkan diri agar tidak dipuji dengan berlebihan, supaya hati bebas bertaut kepada Allah semata-mata.
Dan dengan "ijtihad" beliau itulah, secara tak langsung beliau telah menyelamatkan aqidah masyarakat beliau itu dari terpesong.

"Sufi sememangnya pelik, kerana hidup mereka penuh berakhlak kepada Allah, semuanya kerana Allah, kerana Allah, setiap nafas kerana Allah"


ALLAH..ALLAH..ALLAH


Allahua'lam bis sowab~