Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Salam 'Eidul Adha kepada semua~

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -

Assalamualaikum~
Bismillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah. Alhamdulillah, dengan penuh rahmat Allah, yang mencurah-curah turun kepada hambaNya di atas muka bumi ini. Berjuta-juta pujian diucapkan keatas junjungan mulia kekasih kita, penghulu yang memimpin dunia akhirat, pembawa cahaya tauhid dan kasih sayang, sandaran para kekasihnya s.a.w, Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada ahlul bait Baginda yang mulia, dan para sahabat yang terpuji~


Alhamdulillah, pada 23/11/2009 lalu, ana telah kembali ke tanah airku~dapat lah berjumpa dengan keluarga tercinta, rumah tempat membesar~negeri tercinta, Terengganu n kerepok lekor.hoho~
walaupun pada asalnya memang tidak bercadang untuk pulang, tp atas kerana terdapat urusan penting yang perlu diselesaikan dengan segera, kenelah pulang juga dan Alhamdulillah, kepulanganku juga hampir pada "hari gembira" umat Islam, 'eidul adha tahun 1430.

Jadi, sempena dengan 'Eidul Adha yang bakal menjelang esk, ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT 'EIDUL ADHA 1430~moga semakin bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. ^_^~~~~~

Kita umat yang beruntung, dianugerah Allah dengan 2X hari yang "special" dalam setahun, iaitu 'Eidul Fitri, dan 'Eidul Adha. Sesungguhnya Allah s.w.t. amat penyayang terhadap hambaNya, lebih-lebih lagi terhadap hambaNya yang taat dan kasih yang tinggi kepadaNya. Tidak putus-putus, rahmat, margfirah, hidayah, taufiq, dikurniakan terhadap hambaNya yang dikehendaki setiap detik.

Sempena hari yang menggembirakan ini juga, ana sertakan satu Hadith dari kekasih kita s.a.w., berkenaan tingginya kasih sayang, sifat JAMAL Allah, terhadap sekian hambaNya:~

Diriwayatkan di dalam Musnad Imam Ahmad bahwa ketika seorang wanita melihat Rasul saw, ia sedang membenahi kayu dan bara api yang menyala, lalu ia mengangkat bayinya “wahai Rasul aku sungguh tidak akan mungkin melemparkan bayiku ke dalam api, apakah Allah akan melemparkan hamba – hambaNya yang cinta kepada-Nya ke dalam api?”, maka Rasul Saw menutup wajahnya, menunduk dan menangis, seraya berkata : “demi Allah, sungguh Allah tidak akan memberi siksaan dan kehinaan kepada mereka yang mengucap tiada Tuhan selain Allah”.

Sebagaimana sabda Sang Nabi saw riwayat Shahih Bukhari “man qaala lailahailallah khaalishan min qalbihi haramahullahu alannaar” barangsiapa yang mengucap lailahailallah dari dasar hatinya dan ia wafat maka Allah haramkan ia dari api neraka. (Shahih Bukhari)


sadaqta ya Rasulullah, wallahu Ta'ala a'lam~

*Jadual perjalanan ana selanjutnya:
5hb 12 2009=pergi ke Kuala Lumpur.
Kemudian menetap di rumah kami di Setiawangsa, dan diisi dengan melawat keluarga sekitar Kajang dan Sungai Buluh.
8hb 12 2009=bertolak ke Lubnan.

*segala masa yang terluang, insyaallah akan diluangkan untuk bersenam jari menaip isi blog~ ^_^