Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Selamat Tinggal Mesir~Lubnan menanti ^_^

Posted by Unknown - -



Dengan nama Allah yang Maha Agung, segala puji bagi Allah Tuhan yang menetapkan segala ketentuan dengan kebaikan dan hikmah, selawat dan salam keatas junjungan besar Kekasih, Penghulu, Pensyafaat, Pemimpin, Penunjuk jalan hidayah, iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah.



Alhamdulillah, 8 bulan lebih ana telah berada di Mesir untuk menimba sedikit sebanyak ilmu di bumi para ulama'. Kini masanya untuk ana meninggalkannya pula. Banyak pengalaman manis dan pahit yang diperolehi sepanjang berada di Mesir ini. Walaupun tidak terfikir untuk pulang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Lebanon, tetapi akhirnya terpaksa pulang juga kerana masalah pasport yang hampir tamat tempohnya~. Ana akan pulang ke Malaysia untuk beberapa hari sebelum menuju ke Lebanon, dan terus menuntut ilmu disana.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Sheikhuna yang banyak memimpin ana disini, para masyayikh yang banyak menyebarkan ilmu warisan Baginda s.a.w, para ahbab di Darul Hasani yang sudi membantu membimbing diri yang kerdil ini, dan kepada para sahabat yang dikenali sepanjang di Mesir.
Kepada yang mengenali diri ini~Moga antum teruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi Mesir dengan penuh semangat untuk kembali memimpin manusia ke jalan yang lurus~


Lubnan~walaupun negara yang penuh dengan duri peperangan dengan Israel laknatullah dan perang saudara, tetapi inilah destinasiku, Institute of Azhar Lebanon, yang terletak di kawasan pergunungan pinggir Beirut. Mungkin disini tempat yang terbaik untukku memperbaiki diriku dan menuntut ilmu mengenal Tuhanku. Moga Allah merahmati Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani yang telah banyak membuka jalan petunjuk kepadaku dalam menuju kepada Tuhanku~ Allahumma sallimni wa sheikhi..

Jadual perjalanan ana:
Hari Ahad - bertolak ke Egypt International Airport pukul 9 malam.
Tiba di KLIA-pukul 4 petang dan kemudiannya akan pulang ke Terengganu~

*Insyaallah, kepada sesiapa yang tinggal sekitar Qaherah, ana akan adakan kenduri di rumah ana di Walidain-kawasan perumahan di belakang suk sayyarat-. Semua yang mengenali diri ini dijemput hadir. ^_^

*segala update di blog ini dan blog Cahaya~Penyuluh akan ditangguhkan terlebih dahulu sehingga ana tiba di Terengganu~home sweet home~ ^_*!

~Doakan perjalanan ana agar selamat pergi dan tiba~

allahua'lam.

One Response so far.

  1. Assalamualaikum Warahmatullah...

    Smga urusan enta dipermudahkan..

    Teruskan perjuagan di Lubnan..

    Bangkit utk Islam..

    Sampai disana, nanti free ym ya..
    Jg diri, jg iman..

    ada rezeki, bertemu mungkin..insyaAllah