Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

KLIA~Kuwait~Beirut..

Posted by Unknown - -

Alhamdulillahi Wassolatu Wassalam 'ala Rasulillah~

Bersyukur ke hadrah Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kita ni'mat Islam dan Iman, serta mengekalkan kita di dalam keadaan rahmat sebagai seorang mu'min, dan yang telah menurun rahmat segala rahmat, iaitu dengan lahirnya Baginda s.a.w. sebagai pembawa risalah Islam dan kebahagiaan. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. serta kepada para ahli keluarga Baginda s.a.w. yang suci lagi disucikan, dan juga ke atas para sahabat Baginda s.a.w. yang mulia yang berjuang bermati-matian untuk menegakkan kalimah La-ilaha-illAllah, Muhammadur-Rasulullah~

Alhamdulillah, pada tanggal 18/9/2010, Sabtu, dengan limpah dan rahmat yang Allah kurniakan kepada al-Faqir dan juga kepada sahabatku, kami terbang ke Kuwait dengan menaiki pesawat Kuwait Airways pada pukul 3.15 pagi. Dan alhamdulillah, dengan pemeliharaan Allah, kami sekarang berada di Kuwait International Airport, transit disini untuk ke Beirut, Lebanon sebagai tempat tujuan kami untuk menuntut ilmu warisan Baginda s.a.w.

Pada penerbangan kami sebentar tadi, disertai juga ramai anak-anak Malaysia yang akan ke Mesir dan juga ke Jordan, sehinggakan kebanyakkan penumpang dalam pesawat adalah anak-anak Malaysia. Cuaca disini di sekitar 23-25 darjah celcius, dengan ditemani beberapa rakan yang juga menunggu penerbangan ke Mesir pada jam 12 tengah hari, kami hanya duduk di bangku sambil melihat orang lalu lalang serta online dengan menggunakan perkhidmatan wifi percuma yang disediakan..

ALhamdulillah, 'ala kulli hal, doakan kami agar dapat sampai di destinasi kami, iaitu Beirut, untuk bertemu dengan kekasih kami, Sheikhna Sidi Yusuf ibn Muhyildeen al-Bakhour al-Hasani, yang akan menjemput kami di Rafiq Hariri International Airport, Beirut setelah kami sampai di sana. Serta doakan agar segala urusan kami dipermudahkan disini, dan agar berada di dalam laungan rahmat Allah sentiasa~ ^,^

Allahua'lam bis sowab~ Ya ALlah, Permudahkanlah segala urusan kami..

2 Responses so far.

  1. moga Allah pmudahkn segala urusan. amin