Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Salam Maal Hijrah 1432, Setiap Hari Adalah Hijrah Bagi Orang Mu'min~

Posted by Unknown - -



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillahi Wassolatu Wassalam 'Ala Habibillah~

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t., yang telah mengurniakan kita keenakan merasai Tauhid dalam hati kita, yang telah mengurniakan kenikmatan sebagai seorang Islam yang menyedari keagungan Allah s.w.t. yang Maha Agung. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Baginda s.a.w. yang telah menyebarkan Iman, Islam, dan Ihsan kepada seluruh umat Islam, yang telah mengurniakan cinta baginda s.a.w. kepada seluruh umat baginda s.a.w., samada kepada para sahabat baginda s.a.w. yang bersua wajah, ataupun kepada para kekasih baginda s.a.w. yang hidup selepas baginda s.a.w. bertemu dengan Tuhannya. Begitu juga kepada para ahlul bait baginda s.a.w. yang mulia, juga kepada para sahabat baginda s.a.w. yang telah banyak berjuang menegakkan Agama Allah di atas muka bumi ini.

salam ma'al hijrah 1432 diucapkan kepada seluruh umat Islam, dan pengunjung blog yang serba kekurangan ini, kullu aam wa antum bikhair diucapkan. Semoga ibadat kita pada tahun sebelum ini dimakbulkan Allah, serta mendapat keredhaanNya dalam seharian kehidupan kita, dan semoga tahun baharu ini kita memperelokkan segala amalan yang kurang sempurna, akhlak yang buruk kepada akhlak yang mulia, dan memperbanyakkan husnul zhan kepada sesama muslim hatta kepada muslim yang masih ditampuk kema'siatan, semoga Allah mengampuni mereka dan menggolongkan mereka dalam golongan orang yang soleh..

Hijrah Baginda s.a.w. demi menegakkan Agama Allah, bukanlah kerana ingin melarikan diri ataupun berputus asa dengan dakwah baginda s.a.w. di Makkah. Akan tetapi hijrah baginda s.a.w. kerana ingin memperkemaskan dakwah Islam, kerana tanah Madinah lebih bersedia untuk menerima Islam yang mulia sebagai Agama mereka berbanding Makkah, yang hanya memandang diri Baginda s.a.w. sebagai seorang yang yatim, anak kepada Abdullah, cucu kepada Abdul Mutholib. Baginda s.a.w. amat menyintai tanah Makkah, kerana di sanalah baginda s.a.w. dilahirkan, di sanalah baginda membesar dan beribadat kepada Allah, serta di sanalah terdapat rumah Allah iaitu ka'abah yang telah dibina oleh "bapa Agama" iaitu sayidina Ibrahim alaihi salam, begitu juga di sana terdapat maqam-maqam para anbiya' di sekitar kaabah~

Baginda s.a.w. juga mengetahui, bahawa Islam akan berkembang dengan luasnya selepas hijrah baginda s.a.w. ke madinah, dan tidak akan ada hijrah seperti hijrah baginda s.a.w.. Oleh yang demikian baginda s.a.w. bersabda, "tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota makkah, melainkan jihad serta niat". Dan benarlah sabda baginda s.a.w., umat Islam sehingga sekarang tiadalah berhijrah melainkan berjihad, iaitu melawan golongan kufar, serta berjihad menentang hawa nafsu dan cintakan dunia, dan juga hijrah pada niat, iaitu seperti berubah daripada suatu yang buruk kepada suatu yang baik.

maka, ayuhlah kita bersama-sama, sebagai para pencinta baginda s.a.w., berhijrah dari zahir dan batin, dari amalan yang buruk kepada amalan yang baik, dari akhlak yang buruk kepada akhlak yang terpuji, dari cintakan dunia kepada cintakan baginda s.a.w. dan Allah, kerana barang siapa berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka dia akan mendapati cinta dan redha Allah dan rasulNya dan barang siapa berhijrah kerana dunia dan wanita yang dikasihinya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu.

sama-sama membaca doa awal dan akhir tahun Hijrah, seperti yang digalakkan oleh para ulama' iaitu:
Doa akhir tahun,
اللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ وَدَعَوْتَنِيْ إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِيْ عَلَى مَعْصِيَّتِكَ ، فَإِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لِيْ . وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ ، فَأَسْئَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya:
"Ya Allah ! Apa yang aku lakukan pada tahun ini tentang sesuatu yang Engkau larangi untuk aku melakukannya, kemudian belum bertaubat, padahal Engkau tidak meredhainya (merelakannya), tidak melupakannya dan Engkau bersikap lembut kepadaku setelah Engkau berkuasa menyiksaku dan Engkau seru aku untuk bertaubat setelah aku melakukan kedurhakaan kepada MU, maka sungguh aku mohon ampun kepada MU, ampunilah aku !
Dan apapun yang telah aku lakukan dari sesuatu yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala kepadaku, maka aku mohon kepada MU ya Alloh, Dzat Yang Maha Pemurah, Dzat Yang Maha Luhur lagi Mulia, terimalah persembahanku dan janganlah Engkau putus harapanku dari MU, wahai Dzat Yang Maha Pemurah!
Semoga Allah tetap melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat beliau. "

Doa awal tahun,
اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ نَسْئَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَآئِهِ وَجُنُوْدِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّـارَةُ بِالسُّوْءِ وَاْلإِسْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصَحْابِهِ وَسَلَّمَ. آمين
Maksudnya:
"Ya Allah ! Engkau Dzat Yang Kekal, yang tanpa Permulaan, Yang Awal dan atas kemurahan MU yang agung dan kedermawanan MU yang selalu berlebih, ini adalah tahun baru telah tiba : kami mohon kepada MU pada tahun ini agar terhindar (terjaga) dari godaan syaitan dan semua temannya serta bala tentara (pasukannya), dan (kami mohon) pertolongan dari godaan nafsu yang selalu memerintahkan (mendorong) berbuat kejahatan, serta (kami mohon) agar kami disibukkan dengan segala yang mendekatkan diriku kepada MU dengan sedekat-dekatnya. Wahai Dzat Yang Maha Luhur lagi Mulia, wahai Dzat Yang Maha Belas Kasih!
Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan dan penghulu kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat beliau. Semoga Allah mengabulkan permohonan kami."

Allahua'lam~

*p/s= Setelah hampir 3 bulan berada di negara Lebanon, akhirnya ana al-faqir pulang ke kampung halaman atas beberapa urusan yang penting. Insyaallah ana al-faqir akan kembali menyambung pelajaran di sana setelah urusan selesai.

Jadual di Malaysia setakat ini=
9-15hb/12 - Bermusafir ke Singapore dan juga Batam.
16@17hb/12 - Bermusafir ke Nilai bertemu dengan Sheikhna Sidi Rahimuddin al-Bentani al-Yusufi, dan selepas itu mengikuti jaulah da'wah Sheikhna sepanjang Sheikhna berada di Malaysia termasuk di Terengganu di Madrasah al-Hidayah dan juga beberapa pondok sekitar Terengganu.
Insyaallah jadual Sheikhna akan di postkan di sini agar dapat para pencinta Allah dan Rasul dapat mengikuti sama da'wah beliau sepanjang di Malaysia..





sekian~